Monday, December 31, 2007

Soutul Mujahidin

Tumpang dari blog zukhairi. Teringat kisah lama di kisas, klang.

Tuesday, December 18, 2007

Bekalan Eidul Adha



Monday, December 17, 2007

Badan anda cepat letih? Kenapa?


Satu diantara persoalan penting yang sering di tanya oleh masyarakat dari masa ke semasa ialah mengapa badan mereka sering menjadi letih walaupun mereka merasakan tidur mereka mencukupi? Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memiliki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita. Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja.

Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya.
Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon Yang bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif. Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih.Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.

Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam. Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan. Selama lebih kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di penuhi rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran. Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada pada mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur. Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur diwaktu sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu.

Lantas andaikata kita bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30 pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan. Kita mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segalah kebaikkan atau hasanah di dunia ataupun di akhirat. Masyaallah kita insan yang special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.

Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita rosakkan di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang, tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih. Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang lima. Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia tidak melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormone kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.

Oleh itu, marilah kita hayati ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi golongan yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal di waktu sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara berlebihan pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulah formula kepada kerugian dan kehancuran.

Semoga insyaallah kita menjadi insan yang berdisiplin dan kita juga insyaallah menjadi insan yang mengambil iktibar daripada ibadah yang di tuntut oleh agama Islam kita yang suci lagi murni insyaAllah.

"Siapalah aku di sisi MU ya Allah"

Kesimpulannya : Baiki cara tidur kita, bangun tidur secara konsisten (jangan tido pas subuh ;)), hayati dan istiqomah dengan amalan Ramadhan. InsyaAllah anda sentiasa cergas dan cerdas. 4.0 setiap semester.

Sunday, December 16, 2007

Teori atau praktikal.?


Sewaktu saya di sekolah rendah, lazimnya ada dua sesi pengajian yang saya hadiri. Pertama, 7.30-1.15 tghr : hari biasa ke sekolah (pembelajaran didalam kelas seperti biasa). Kedua , 2.30ptg -5.00ptg : Kelas Fardhu ain(optional kepada yang ingin belajar mengaji dan ilmu agama).

“ Tidak cukupkah sekadar belajar pendidikan Islam di kelas pagi? “ persoalan yang timbul di kepala saya.

“Of course tidak cukup.” Jawab saya dengan yakin.

Ayah dan emak saya merupakan faktor pendesak kepada penyertaan saya ke kelas petang tersebut. Puas betul ayah memujuk. Suatu pagi, ayah pulang dari masjid dan bagitau pada mak. “Tadi abah dah tanya kat ustazah tu. Dia kata, kelaih agama tu start ngan budak darjah 3 sampai darjah enam.”

“Esok, hang kena pii la tengok, blajaq mengaji.” Kata mak pada saya.

“Malaslah mak..”. kata saya selamba. Memang saya tak mau pi pun. Sebabnya tak ramai pun yang pergi. Yang ada pun mungkin bukan dari kelas saya. Anak-anak orang kampong.

Esoknya, awal-awal pagi lagi mak dah kejut saya. Pada waktu tersebut, saya masih darjah tiga. Maka, sesi persekolahan saya di sebelah waktu petang. Setelah puas dipujuk, saya pun mengalah dan dengan lembabnya bersiap-siap pergi juga. Kata mak memujuk, “ Takpa arini pi servey tgk ja. Bukan nak masuk kelaih lagi pun.Pi satja pastu balik la.”

Bermula hari itu saya pegi ke kelas fardhu ain tersebut, dan mula memujuk sahabat lain untuk turut serta. Maklumlah bukan kena bayar mahal pun. Kalau tak silap berapa sangatlah yurannya. Walaupun selalu skor dengar cemerlang di dalam exam kelas fardhu ain, bacaan alQur’an saya tidaklah lancar sangat. Tetapi Alhamdulillah, saya dapat meguasai ilmu-ilmu asas fardhu ain dan tajwid. Bukannya saya tak pernah belajar mengaji sebelum ini, tetapi sekadar melepasi muqaddam saje. Zaman dulu belum ada lagi buku Iqra’ atau Qiraati.

Kita tinggalkan kisah kelas fardhu ain, tetapi masih lagi dalam lingkungan kisah tersebut.(Apa ayat berbelit-belit nie.. Huhuhu). Antara pendekatan yang dibawa pada waktu sekolah fardhu ain tersebut ialah solat berjemaah di masjid. Selesai kelas kami pada waktu petang, kami akan berjemaah Asar di masjid. Agaknya, inilah pendekatan praktikal yang dibawa. Lazimnya pada hari ini, anak-anak diajar tentang ilmu agama, tetapi mereka tidak di bawa untuk melakukannya secara praktikal. Ya, kita ada Ujian KAFA pada peringkat sekolah rendah, namun praktikal yang dibawa bukan secara realiti dan pengamalan. Lihat juga berkaitan pembacaan alQur’an, anak-anak di suruh belajar mengaji setiap hari atau beberapa kali seminggu, tetapi dibiarkan menonton tv di rumah tanpa mereka disuruh mempraktikkan apa yang mereka belajar. Akhirnya anak-anak, sekadar khatam alQur’an tetapi tidak menghidupkan amalan membaca alQur’an. Alangkah sedihnya.

Secara peribadi, saya yang tidak lancar membaca alQur’an di sekolah rendah, telah mengambil keputusan untuk mempraktikkan bacaan alQur’an atleast satu muka setiap hari sewaktu di sekolah menengah. Alhamdulillah, kesannya sangat menakjubkan. Saya kira, ilmu praktik merupakan elemen paling penting kearah melahirkan masyarakat Islam yang penuh penghayatannya kepada agama. Namun lebih elok lagi memperuntukkan masa anda setiap hari membaca alQur’an sambil disemak oleh sahabat yang lain.

Saturday, December 15, 2007

REKREASI MINDA




Voted best joke 2002

An airplane was about to crash; there were 5 passengers on board but only 4 parachutes.

The 1st passenger said, "I am Kobe Bryant, the best NBA basketball player, the Lakers need me, I can't afford to die." So he took the 1st pack and left the plane.


The 2nd passenger, Hillary Clinton said, “I am the wife of the former US President, a NY State Senator and a potential future president." So she took the 2nd pack and jumped out of the plane.

The 3rd passenger, George W. Bush, said, "I'm the President of the United States of America. I have great responsibility being the leader of a super-power nation and I am the cleverest President in American history, so America's people won't let me die." So he grabbed the pack next to him and jumped out of the plane.

The 4th passenger, the Pope, said to the 5th passenger, a 10 year old schoolgirl, "I am old and frail and don't have many years left, and as a Catholic! I will sacrifice my life and let you have the last parachute."

The girl said, "It’s okay, there is a parachute left for you. America's cleverest President has taken my schoolbag."

p/s : Mengelengkan kepala bila terdengar nama Bush disebut. Presiden paling popular di abad ini!!

Mahasiswa momentum kebangkitan Ummah.



Mahasiswa momentum kebangkitan Ummah.
Oleh : ibnuishak (http://ibnuishak.blogspot.com/)


Peristiwa Baling pada bulan November 1974 pastinya merupakan antara peristiwa penting kemuncak perjuangan mahasiswa dahulu yang pastinya masih segar diingatan masyarakat Malaysia. Peristiwa ini telah membabitkan lebih dari 4000 mahasiwa dari beberapa universiti turun padang membentuk engagement bersama masyarakat petani di Baling untuk sama-sama berdemonstrasi membantah kebuluran yang berlaku di Baling, Kedah. Impaknya, tidak kurang dari 1000 orang mahasiswa telah diseret untuk ditahan serta sebahagiannya dihadapkan ke mahkamah. Ekoran dari peristiwa ini yang dianggap mengancam kedudukan pemerintah menyebabkan kerajaan meminda akta AUKU pada 1975 supaya kegiatan mahasiswa dikawal dan aspek monitoring kepada semua kegiatan mahasiswa diperketat. Sengaja penulis mengimbas peristiwa ini bagi memberi gambaran asas berkaitan realiti kerjasama erat antara mahasiswa dan masyarakat suatu ketika dahulu. Tidak hairanlah, apabila Allahyarham Usman Awang melahirkan rasa kagumnya kepada mahasiswa melalui bait-bait puisinya:

Dengan Buku di tangan kau nyayikan lagu itu
Meresap pada jantung bangsa
Lagu daerah teluk gong
Dari ruang sudut pidato
Pecahlah kaca menara gading
Dengan Berani berteriak
Untuk petani-petani yang tertindas
Lihat pancar mata ayah mu di desa
Lihat senyum ibu mu di kampung
Kebanggaan bahawa kau anak mereka
Usman Awang 1967


Jika diteliti pada era 1970-an, kita melihat suasana baru dimana telah ramai anak-anak petani dan anak-anak dari luar bandar yang berlatarkan kemiskinan berpeluang melanjutkan pelajaran ke gedung-gedung ilmu di ibu kota. Mereka mula mendapat tempat di universiti dan mula memainkan peranan penting di dalam pergerakan mahasiswa lantaran timbulnya kesedaran tentang perlunya kemajuan di daerah masing-masing dan memandang bahawa masyarakat desa perlu diberi perhatian dan perubahan.[Hassan Karim, 1984]. Atas kecekalan azam dan karisma kepimp inan, kebanyakan mahasiswa inilah yang sedang berada dalam kepimpinan masyarakat dan negara pada masa kini.

Maka ada benarnya dengan kata-kata yang sering kita dengar bahawa, “Belia hari ini merupakan cerminan kepimpinan masa hadapan”. Maka mampukah mahasiswa hari ini mencorakkan kepimpinan masa hadapan? Mampukah mahasiswa hari ini menggerakkan momentum ummah 5 tahun atau 10 tahun atau mungkin 20 tahun akan datang? Penulis suka untuk menggunakan istilah momentum yang juga merupakan antara istilah penting sains fizik untuk menggambarkan kecepatan atau kederasan sesuatu objek bergerak. Maka momentum kebangkitan ummah pastinya merujuk kepada peranan mahasiswa di dalam mobilasi kesedaran serta kefahaman masyarakat untuk terus bangkit dari kelesuan dan kemunduran minda dan jiwa.

Realiti Mahasiswa masa kini.

Suatu ketika dahulu, mahasiswa sering menjadi kebanggaan masyarakat. Masyarakat memandang tinggi kedudukan mahasiswa hinggakan apa sahaja nasihat dan pandangan mahasiswa akan diambil perhatian oleh masyarakat. Masyarakat desa dan kampung khususnya akan berasa bangga dengan kejayaan anak-anak mereka menjadi pelajar universiti dan pastinya mereka akan dihormati oleh masyarakat bila pulang ke kampung.. Namun sejak akhir-akhir ini, sering kedengaran tentang penglibatan mahasiswa dan golongan belia di dalam gejala-gejala sosial. Mengikut perangkaan indeks yang dikeluarkan tidak lama dahulu mencatatkan bahawa golongan mahasiswa merupakan antara golongan yang menyumbangkan antara peratusan tertinggi di dalam perangkaan kadar kesalahan jenayah dan juga sosial masyarakat pada masa kini. Sebut sahaja masalah-masalah sosial pada hari ini seperti mat rempit, gejala zina, anak luar nikah, pil ecstasy, dadah dan pelbagai lagi pasti akan melibatkan segelintir mahasiswa.

Kita juga melihat kepada budaya hedonisme yang begitu memuncak di dalam masyarakat pada hari ini juga banyak menempiaskan aura dan pengaruhnya kepada golongan mahasiswa yang sepatutnya memimpin masyarakat di dalam membasmi budaya ini. Tempias budaya hedonisme ini semakin ketara jika dilihat kepada penyertaaan golongan ini yang sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit untuk program-program realiti tv, kurangnya penyertaan di dalam seminar-seminar ilmiah dan agama serta bertambahnya penyertaan golongan ini di dalam gejala-gejala sosial. Pastinya gejala ini bakal mewujudkan ideologi baru iaitu “tidakpedulisme” golongan ini kepada isu-isu sensitif masyarakat hingga menyebabkan aspek kemajuan dan kefahaman masyarakat dikesampingkan. Pastinya peranan sebagai jurubicara masyarakat hanya tinggal imaginasi, kenangan silam serta bahan catatan yang tercatat dihelaian kertas sahaja.

Mahasiswa sebagai golongan intelek.

Mahasiswa sangat sinonim untuk disebut sebagai golongan dan permata intelek negara. Pemikiran yang matang serta keupayaan untuk melakukan pengkajian yang menyeluruh sepatutnya digunakan oleh mahasiswa untuk menyumbang kepada kesedaran dan kemajuan masyarakat. Umpamanya, golongan mahasiswa boleh membantu meringankan beban masyarakat terutama di dalam aspek sosial dan kefahaman tentang sesuatu isu sensitif seperti gejala murtad, ekonomi, politik dan banyak lagi. Namun, kita melihat budaya membaca agak kurang dikalangan mahasiswa bukan sahaja di Malaysia malah meliputi negara-negara lain. Seperti mana yang pernah dinyatakan oleh Allan Bloom dalam “The Closing of American Mind” apabila menjawab permasalahan generasi muda di Amerika, beliau meletakkan kerunsingan kepada kurangnya minat golongan muda di Amerika Syarikat terhadap budaya membaca yang menjadi kunci kepada kekuatan budaya ilmu. Maka bagaiman ingin melahirkan golongan berilmu dan intelek jika mahasiswa malas membaca?

Perangkaan dan statistik rasmi yang dikeluarkan pada tahun 2003 menunjukkan bahawa China menerbitkan 18,000 judul buku dan United Kingdom dengan 116,000 buah buku setahun sedangkan industri buku negara hanya mengeluarkan 1,000 judul setahun yang mana sebahagian besarnya adalah buku teks atau berkaitan dengan sekolah. Agaknya mungkin kita ketandusan golongan intelek yang mampu untuk menghasilkan buku-buku berkualiti pada masa kini. Gagalkah mahasiswa hari ini untuk menyumbang kepada kelahiran golongan intelek yang mampu mencorak negara pada masa hadapan? Budaya penterjemahan kitab-kitab dan buku-buku dari luar juga agak kurang di Malaysia jika dibandingkan dengan negara jiran kita iaitu Indonesia yang mana budayanya cukup subur dan golongan mahasiswa merupakan kelompok yang banyak terlibat di dalam usaha penterjemahan dan penerbitan buku dari luar ini.

Mahasiswa dan kerja-kerja dakwah

Di dalam aspek dakwah kepada masyarakat, mahasiswa sepatutnya mengoptimumkan peranan mereka didalam memberi pendedahan yang bersesuaian kepada masyarakat berkaitan kefahaman Islam yang kelihatan agak terhakis pada masa kini. Pendekatan yang lebih bersifat interaktif, mesra masyarakat serta memanipulasi keseluruhan teknologi baru perlulah digarap sepenuhnya sebagai agenda baru “da’ie enterprising” dikalangan mahasiswa. Enterprising yang dimaksudkan lebih kepada sifat kecergasan dan daya usaha yang tinggi di dalam diri mahasiswa untuk mengislah masyarakat selaku antara mad’u mereka yang utama. Penulis cukup tertarik dengan ungkapan Pak Nasir di dalam bukunya Fiqh al-Dakwah, “Janganlah sekali-kali pendakwah menjadikan diri mereka “manusia suci” takut menyentuh dan tersentuh. Manusia yang berdosa di luar sana sedang menanti sentuhan tangan kalian, ayuh keluarkan mereka dari dosa dan maksiat barulah kalian bergelar pendakwah sebenarnya.”

Mahasiswa perlu memperkemaskan jentera gerakan dakwah mereka dalam usaha menongkah arus perjuangan semasa. Dakwah pada hari ini terpaksa berdepan dengan kualiti ummah yang disebut oleh Rasulullah tidak ternilai seperti buih di lautan. Lantaran itulah pendekatan tarbiah dan pendidikan yang sesuai sangatlah perlu dipertingkatkan. Aspek siasah semasa juga perlu diambil perhatian sebagai antara aspek penting yang perlu kepada perancangan rapi di dalam mendepani merealisasikan siasatu dakwah yang lebih realistik dan efektif kepada masyarakat.

Golongan professional pendakwah yang mahir dalam bidang-bidang tertentu juga pastinya akan terlahir dari kalangan mahaiswa hari ini. Tanpa usaha jitu mahasiswa di dalam memperkemaskan aspek akademik, mereka akan gagal menjadi pakar di dalam bidang-bidang penting negara. Pastinya satu kegagalan di masa hadapan jika kita masih gagal meletakkan figur-figur dakwah di keseluruhan bidang kehidupan. Maka, mahasiswa perlu optimis dan mempunyai keyakinan yang padu di dalam perjuangan dakwah ini kearah masyarakat yang lebih bertamadun dan mempunyai penghayatan Islam yang menyeluruh.

Konklusi

Setelah berakhirnya Perang Dunia II pada tahun 1945, kerajaan Inggeris masih setia menjajah Mesir disamping menguasai Terusan Suez dan telah mengambil alih pemerintahan Mesir ketika itu. Oleh itu, mahasiswa telah menyuarakan suara rakyat Mesir supaya Inggeris keluar daripada tanah air mereka. Mereka telah mengeluarkan penyataan dan tuntutan nasional dari rakyat Mesir iaitu: :
a) Penjajah keluar dari seluruh tanah, air dan udara Mesir.
b) Menyerahkan masalah Mesir ke dunia global di depan Dewan Keamanan PBB
c) Membebaskan negeri daripada dominasi asing dalam bidang ekonomi.
Hasilnya pada 21 Februari 1946, penjajah Inggeris telah beredar dari Mesir selepas berlakunya pertembungan hebat antara mahasiswa yang bersama rakyat dengan tentera Inggeris di Lapangan Pembebasan ( Madyan At-Tahrir ). Peristiwa ini sepatutnya menjadi motivasi kepada mahasiswa di dalam mengikis penjajahan bentuk baru yang agak ketara pada masa kini. Ghazwul fikr dan penjajahan pemikiran adakalanya kelihatan sangat meruncing dan memerlukan tonik serta formula baru mahasiswa.

Ibn ‘Atha’illah telah berkata dalam hikmahnya, “ Banyak sekali manusia yang diberikan usia umur yang panjang tetapi sumbangan yang diberikannya sangat sedikit dan banyak sekali orang yang mempunyai sumbangan yang sangat banyak tetapi umurnya tidak panjang. Sesiapa yang umurnya diberi berkah oleh Allah SWT maka dalam jangka masa pendek dia akan dapat mendapat berbagai-bagai kurniaan daripadaNya, yang sangat sulit untuk diungkapkan.” Ungkapan ini mungkin sedikit sebanyak mencetuskan suatu lontaran yang terbaik buat kita selaku golongan mahasiswa yang mungkin masih muda dan mungkin masih mempunyai banyak masa, namun sejauh mana sumbangan kita di dalam menggerakkan momentum baru kebangkitan ummah. Sejauh mana usaha kita? Sejauh mana sumbangan kita?
Sudah tiba masanya untuk kita selaku mahasiswa untuk mula merancang, merencana serta menggerakkan kudrat yang ada untuk terus bergerak. Mobilasi dinamik yang telah kita jana pastinya akan menyumbang kepada nilai kejayaan pada masa hadapan. Tidak hairanlah Albert Eintain menyebut berkaitan imaginasi bahawa, “Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world.” Perancangan dan perencanaan memerlukan kepada imaginasi yang mula mencongak dan membina general view kepada asas kejayaaan masa depan. Maka tibalah untuk mahasiswa bertindak. Bertindak ke arah momentum kebangkitan ummah!

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap jiwa melihat (merancang) apa yang mahu disediakan (persiapan) untuk hari esok, dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Hasyr : 18)

Thursday, December 13, 2007

Website dan blog

“Macam mana nak buat web site yer?” begitu persoalan yang pernah saya timbulkan suatu ketika dahulu.

Soalan ini banyak saya ajukan pada teman-teman saya. Saya mula mengenali Macromedia Dreamweaver dan Microsof Frontpage selepas tamat SPM pada tahun 2001.(zaman menganggur). Namun saya tidak pernah serius untuk membina laman web saya sendiri. Sekadar suka-suka. Tambahan pula, pada masa tersebut banyak laman sekadar menggunakan html dan java script. Saya belum kenal php, asp, asp.net, mahupun bahasa pengaturcaraan yang lain. Maka, saya tidak pernah bermimpi untuk mahir menggunakan skill tersendiri membuat website. Ya, hari ini ramai yang sudah mahir. Atleast, mereka sudah mempunyai blog mereka sendiri. Hebatnya warga Malaysia hari ini. Kepada mereka yang pernah melayari momentum-islam.blogdrive.com tentu mengenali saya. Itulah blog saya suatu ketika dahulu. Ideanya bermula bila melihat blog wanzu, yang popular dengan alwancomics, senior saya semasa di kisas. Saya mula berminat membaca blognya di sekitar tahun 2002-03. Nampaknya masa pantas berlalu. Teknologi juga begitu pantas berkembang. Frienster.com yang saya telah daftar pada tahun 2002 telah menjadi sesuatu yang popular pada tahun 2005 di UIAM hingga topik perbualan berkaitan friendster juga menjadi tajuk utama perbualan pelajar-pelajar universiti. (sambil menggeleng kepala.. hehehe esp berkaitan fs “awek2” mereka).

Akhirnya, hari ini saya menulis semula. Namun, belum temui rentak penulisan saya sendiri. “Tak tahu nak tulis apa” bak kata sahabat saya bila ditanya berkaitan kenapa tidak dibuat blog sendiri. Hari ini, saya kembali jadi warga blogger.com. Saya lebih familiar menggunakan wordpress (CMS lain untuk blog). Namun kerana tiada webhosting sendiri, terpaksalah menggunakan blogspot sahaja. Namun anda boleh mencuba menggunakan perisian CMS blog yang lain seperti wordpress,nucleus,evoblog atau banyak lagi di pc atau laptop anda sendiri.



Kajian di suatu laman web (saya tidak ingat ‘url’nya) menunjukkan CMS yang mencapai rating tertinggi tersenarai. Antara yang saya familiar adalah sebagaimana yang tertanda di atas. Anda tentu boleh download cms ini di laman web nya dan mula menggunakan localhost anda untuk mahir menggunakannya. Jika ingin belajar bagaimana, boleh email saya di muslih84@gmail.com. Jika ada masa, saya akan guide anda atau sertakan panduan mudah untuk anda mula bertindak.




Di atas ini pula merupakan rating bagi cms portal. Memang agak banyak yang boleh dicuba. Sifu saya pernah mengajar saya menggunakan hampir kesemuanya. Tetapi saya hanya berminat kepada 4 yang bertanda sahaja. Anda boleh melawat komunitinya sendiri untuk melihat perbezaan design portal yang ada dan boleh juga mendownload cms tersebut untuk cuba-cuba.

Kebanyakan forum sekarang juga telah dipackage bersama portal cms. Jika anda menggunakan phpnuke, package phbb sudah tersedia. Mudah bukan. Terbitnya ukhwah.com, sahabathijjaz dan banyak lagi portal adalah base kepada cms phpnuke. Pelbagai template yang boleh anda gunakan mengikut kreativiti anda sendiri. Jika anda semakin kreative, tidak perlu lagi kepada cms ini. Teruskan usaha dengan membina laman web php anda sendiri sebagaimana harakahdaily.net, malaysiakini.com.my dan banyak lagi..

Selamat berblog dan membuat website!

Wednesday, December 12, 2007

Wang kertas dan penipuan

Sambungan artikel lepas :


Warga Amerika Syarikat, Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan The Federal Reserve Department (FRU) pada 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amenika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) adalah sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.


Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan negara Amerika Syarikat, antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Banking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga had ini, FRB digunakan oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berganda-ganda melebihi kekayaan sebenar.


Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British menguasai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.


Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929.


Pada 1944, muncul pula Perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.


Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata Wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetony Fund (IMF) pun ditubuhkan.


Pada 1948, negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat di tengah-tengah negara Palestin yang sah. Seterusnya, pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Richard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah defisit imbangan pembayaran yang berterusan.


Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat dan dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun, Amerika Syarikat licik bertindak dengan cara memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.


Selepas 15 Ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa Permintaan dan penawaran pasaran tukaran asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IME. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran, maksudnya, “Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Taghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah’ (anNisaa, ayat 76).

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, fraksi, sebakul barangan dan lain-lain). Nilai yang dicetak di alas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.


Ia hanyalah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semestinya menunaikan ‘janji’ itu. Atas dasar inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, ‘Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai...’ Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar di sebalik wang kertas ialah a sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap kertas ini, ia pun menjadi tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.


Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan,, mata wang sesebuah negara yang dilanda krisis akan hancur lah wang kertas, dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘dolt Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.


Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank alau institusi kewangan dan kad plastik digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh spekulator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusiaan.


Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramalkan menjadi lebih buruk berbanding krisis pada tahun 1929.


Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan can tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.


Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenangnya tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa. Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat itu akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama seperti sepuluh tahun lalu. ini menjadikan nilai wang kertas (fiat) hanya terletak pada barangan yang kita beli pada had ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM1,000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM2O,000 sebulan pun belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan - terutama rumah - menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.


Orang sekarang bekerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi kewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dan hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.


Bagi melindungi golongan tidak berada, kerajaan terpaksa mengambil langkah-langkah seperti mengawal harga barangan makanan asasi yang dikeluarkan oleh sektor pertanian. Namun begitu, langkah ini menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi. Bagi mengimbanginya kerajaan terpaksa menaikkan harga barangan di sektor pembinaan. Kesan nyata adalah meningkatnya harga rumah sehingga menyebabkan rumah-rumah kediaman menjadi semakin kecil dan sempit. Saiz rumah yang kecil kemudiannya mengundang pelbagai masalah sosial terutama di kalangan remaja. Kawalan harga di sektor pertanian juga menyukarkan kehidupan para petani. Pemberian pelbagai jenis subsidi kepada golongan petani tidak begitu membantu mereka.


Jelas, wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila kongres Amerika Syarikat meluluskan penubuhan ERD dan Amerika Syarikat mengadakan Perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’.


INI LAH PENIPUAN TERBESAR DALAM SEJARAH MANUSIA.


p/s : Artikel ini dipetik dari majalah milenia. Terima kasih kepada Milenia kerana telah membongkar kisah wang kertas yang sebenar.

Senjata menentang Riba

Dinar Emas Kelantan Dilancar 20 Sept

Tuesday, December 11, 2007

Anjakan Paradigma dan perspektif kanak-kanak


“Abang gheja apa?” tanya saya.
“Gheja engineer ja,” sambutnya perlahan.
“Gheja engineer tu best tak bang?” tanya saya lagi ingin tahu.
“Blehla tahan. Takla teruk sangat. Kalau kat kilang abang tu, just pi check mesin-mesin ja. Banyak masa duduk ja. Pastu nanti ronda la lagi kalau mesin ada problem ka apa ka.” Jawabnya selamba.
“Owh macam tu.” Saya mengangguk paham.

Malam tersebut cita-cita saya berubah lagi. Bukan lagi ingin jadi guru seperti abah. Tapi ingin menjadi engineer seperti abang di hadapan rumah saya tu. Dia fasih berbahasa jepun. Pastu boleh mengajar saya tuisyen bahasa inggeris (Saya memang agak lemah berbahasa inggeris semasa sekolah rendah). Ah, Aku ingin menjadi seorang engineer! Itulah tekad seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Ketika itu tahun 1992. Kini sudah penghujung 2007. Pengajian saya juga bakal tamat. Saya bakal bergelar siswazah kejuruteraan mekatronik. Inikah cita-cita yang saya impikan semasa tahun 1992 dahulu?

Hakikatnya semua orang memiliki cita-cita. Kanak-kanak kerap berubah cita-cita. Saya kira apabila angkasawan pertama negara Sheikh Muszaphar menjejakkan kaki untuk menandakan beliau merupakan rakyat Malaysia pertama menjejak kaki ke ISS, sekali gus sebagai MUSLIM ketiga sampai ke ruang angkasa, tentu ramai kanak-kanak yang mengubah cita-cita mereka untuk menjadi angkasawan pula. Kanak-kanak telah belajar untuk mendapat paradigma berbeza mengikut perspektif apa yang mereka lihat, apa yang mereka dengar dan apa yang mereka baca. Minda mereka menganalisis maklumat dengan kapasiti kemampuan mereka pada masa tersebut, dan seterusnya membuat keputusan untuk MENJADI APA? Bagaimana kita yang telah dewasa? Adakah kita menganalisis maklumat yang kita ada untuk mengubah paradigma kita? Kita punyai mata, telinga dan minda. Tentulah jawapannya YA.

Istilah “ANJAKAN PARADIGMA” atau “PARADIGM SHIFTING” tentu merupakan istilah istimewa dan agak menarik untuk kita bicarakan. Pertama kali saya mendengarnya semasa saya sekolah rendah, tetapi saya mula memahaminya apabila berada di Universiti. Nampaknya begitu lama jurang masa yang memahamkan saya berkaitan istilah ini. Mungkin saya malas mengkaji. Mungkin juga saya malas membaca. Ataupun mungkin saya merasa diri saya sudah faham. Akhirnya, bersyukur kerana saya telah memahami. Hehehe.

Anda ingin memahami? Saya suka mencadangkan anda membaca buku 7 habit the most effective people karya Steven Convey. Saya suka menyimpulkan dengan cerita Steven Con vey berkaitan paradigm shifting. Suatu hari beliau pulang dari bandar dan naik sebuah train (baca: LRT kalo kat Malaysia). Maka ketika di dlam train, jeng jeng jeng..(macam suspen jer) masuk seorang lelaki dengan dua orang anaknya yang agak kecil. Dengan wajah yang selamba, lelaki tersebut duduk di satu kerusi. Selepas beberapa minit, kelihatan anak-anaknya mula membuat bising dan berlari ke sana sini sekali gus menimbulkan rasa kurang senang penumpang lain. Penumpang mula merasa gelisah dan rasa tidak puas hati melihat perlakuan anaknya. Ketika itu, steven pula merasa pelik dengan perilaku ayah kepada kanak-kanak tersebut yang langsung tidak mengendahkan perilaku anak-anaknya yang agak buas (baca: nakal). Maka steven pun memberanikan diri untuk menegur lelaki tersebut berkaitan anak-anaknya. Anda tahu apa yang di jawab oleh lelaki tersebut? Jeng jeng jeng... (Suspen lagi) Dia menjawab dengan perlahan, bahawa ibu kepada kanak-kanak ini baru meninggal dunia, dan dia berasa sangat sedih dan tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Dia berasa seperti putus harapan. Maka, Steven mengatakan rasa tidak puas hati dan marahnya tiba-tiba hilang. Perasaan simpati pula yang muncul. Penumpang lain yang turut merasa marah tadi juga berubah sikap, dan mula menyampai rasa takziah mereka kepada lelaki tersebut. Anda lihat, bagaimana paradigm shifting telah berlaku kepada steven dan penumpang2 tersebut.

Untuk kisah selanjutnya, bacalah buku tersebut. Memang berbaloi. Boleh juga menyemak link di http://saifulislam.com/. (Ada diceritakan serba sedikit berkaitan habit 1,2,3,6).
p/s : Read to lead. Carita steven tu sekadar sekilas pandang bacaan saya. Mungkin ada yang bertukar. Tapi maksudnya begitulah.

Wang kertas dan wang dinar. Di mana kebenaran?

Masalah Wang Kertas


• Sekiranya wang kertas disirnpan di rumah (di dalam tabung atau di bawab tilam), nilainya akon susut oleh kuasa pasaran lebih-lebih lagi jika disimpan dalam jangkamasa yang lama.
• Sekiranya nilai itu susut, kita terpaksa menyimpan di bank kerana nilainya akan bertambah melalui faedah. Bagaimanapun, faedab itu bukan lah keuntungan tetapi ‘penyelarasan’ untuk susut nilai yang tetap akan berlaku.
• Kemungkinan wang di dalam bank tidak selamat sekiranya berlaku susut nilai yang berlebihan. Malah wang kertas boleh lupus terus sekiranya akaun dibekukan atau bank ditutup.
• Apabila kita meminjam RM1,000 daripada sahabat kita dan kita pulangkan RM1OO0 itu selepas 10 tahun sebagai contoh, kita beranggapan tidoak ada riba yang terlibat. Bagaimanapun, nilai wang atau kuasa beli dalam tempoh 10 tahun telah berubah. Tanpa riba, wang ini tetap bersifat tidak adil.

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas, orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
“Apa itu wang kertas?” Wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan oleh empayar Rum di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-l4 Masihi juga menggunakan Wang emas.

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikutan runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelotan yang dahsyat.

bersambung.. (utk artikel penuh nanti)

Akhirnya ayat-ayat cinta terbit sebagai filem


Akhirnya novel "Ayat-ayat Cinta" difilemkan. Bagi mereka yang belum membaca novel tersebut mungkin akan merasa, ia filem mengenai cinta muda-mudi yang sebagaimana kita lihat hari ini. Namun. bagi mereka yang sudah membacanya, pasti tidak sabar untuk melihat wayang gambarnya walaupun mungkin tidak dapat mengatasi keseronokan imaginasi minda semasa membaca novel ini. Bagi yang ingin melihat komen berkaitan novel ini, boleh dilihat di sini.



Movie trailer "Ayat-ayat Cinta"

Ayat-Ayat Cinta merupakan novel berbahasa Indonesia karangan Habiburrahman El Shirazy yang diterbitkan pertama kali pada tahun 2004 melalui penerbit Basmala dan Republika. Novel ini berisikan 418 halaman dan berjaya menjadi salah satu novel best seller di Indonesia yang dicetak sampai dengan 160 ribu eksemplar (tak tahu nak terjemah camne, heheh) hanya dalam jangka waktu tiga tahun. Ayat-Ayat Cinta juga merupakan pelopor karya sastera islami yang sedang dalam masa kebangkitannya dewasa ini.


Ringkasan : Novel ini berisikan cerita tentang seorang pemuda Indonesia bernama Fahri bin Abdullah Shiddiq yang telah tujuh tahun menempuh pendidikan di Universiti Al Ahzar di Kairo, Mesir. Dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa dia menempuhi banyak tentangan dalam hidup dari masalah kewangan, kesihatan, sampai urusan cinta. Pada suatu saat Fahri bertemu dengan seorang gadis Amerika yang tertarik dengan agama Islam bernama Alicia dan seorang gadis Jerman Palestin Turki bernama Aisha yang menaruh hati pada Fahri. Dalam novel ini, Fahri dikisahkan sebagai seseorang yang sempurna, hampir tanpa cacat sedikitpun. Pintar, rajin dan beruntung mendapatkan isteri yang kaya serta banyak disukai oleh orang-orang, termasuk kaum hawa. Nak tahu selanjutnya ? Dapatkan buku tersebut di pasaran.


Film Ayat-Ayat Cinta, Artikel utama: Ayat-Ayat Cinta (film)
Melihat keberhasilan penjualan novel ini, sutradara Indonesia Hanung Bramantyo sedang menggarap pembuatan film Ayat-Ayat Cinta yang dibintangi oleh Fedi Nuril sebagai Fahri, Rianti Cartwright sebagai Aisha, Zaskia Adya Mecca sebagai Noura, dan Melanie Putria sebagai Nurul.

p/s: Bile orang Islam akan maju dalam dunia perfileman untuk penghasilan lebih banyak filem islamik?

Bersedia sebelum terlambat : Get experience before you work!




“I’m sorry, but we’re looking for someone with experience.”


How many times have you heard this when you apply for a job? If you are a fresh graduate without any formal work experience, you will probably hear this quite a bit before someone decides to give you a try.
But, instead of feeling sorry for yourself and wailing “How am I supposed to get experience if no one wants to give me a job!”, there are actually lots of things you can do to get all kinds of work experience.

6 Creative ways to overcome the ‘No Experience’ tag

Classroom Experience
This is a great place to get started. Think beyond your exams and papers. What else could you do to earn ‘experience’ in your chosen area of study? If you are studying Finance, could you do a term project about the economic impact of SARS outbreak on tourism in Malaysia? You could do research, analysis, draw charts and make presentations on the subject. What does this reveal about you? It reveals initiative, curiousity, perseverance, attention to detail, creativity, research ability, and the ability to collate different information together to form a comprehensive picture.
All of the effort you put into the project counts as – you guessed it, EXPERIENCE. It adds value to your resume.

College/University Activities
That’s right. Take part in associations/organizations on campus. Take on responsibility like being the Treasurer for the next Graduation Ball. Be seen, heard and work hard. Don’t sit in your shell and think that aceing your exams is your ticket to a good job and a high salary. By taking part in campus activities, you learn teamwork, leadership, people, financial and management skills. It also shows you are a person who knows how to manage his or her time, and that you have extra-curricular interests.
You will learn so many skills – all of which you can put down on your resume as - EXPERIENCE
Sports
Most employers take notice of people who can show active participation in sports while studying. Why? A person who does sports is usually healthy and has a more positive outlook. This is also a person who has a life outside of studies which shows a balanced lifestyle. Nobody wants a potential employee with a string of A’s, but a loner. By joining a team, you learn teamwork and camaraderie. It shows people skills. All of these are important work skills. You may also be given some responsibility like team captain.
Again, these are all positions and responsibilities that count as – EXPERIENCE

Volunteer
Is there a children’s shelter where you can volunteer to teach a language? Or even an animal shelter that needs volunteers? There are many non-profit organizations that desperately need volunteers to help with their activities – two of which Yayasan Salam and Mercy - are presented in this issue. Study them and see if you want to help. Volunteering opens up your mind and your heart – to see beyond your immediate problems and needs. It will also teach you patience, perseverance, commitment and attention to detail. You will learn people skills, planning skills, resource management skills and financial skills, just to name a few.
Being a volunteer may not earn you a big salary, but there is a big payoff in the – EXPERIENCE.

Community Service
All our lives, we will be part of a community of one kind or another. Community services in your neighbourhood, for example, would be a gotong-royong, painting the balai/community hall, organizing a community Hari Raya celebration, or a 5km run. Find out what’s happening in your community, and offer your services. Help organize/manage/plan the event.
It may be a small thing in your community, but for you, it will count as big – EXPERIENCE

Mosque Activities
If you are active in your mosque activities, it’s another great place to pick up some experience. Find out what activities are being planned, and how you can help. Get to know the people in your mosque because it is also a fantastic place to network and make new contacts. Whatever you do to help, even if it’s helping to serve food at a festival gathering, it shows you are dependable, committed, excited, and a team player.
It’s all – EXPERIENCE.

p/s: Think yourself. You are looking for job or JOBS are looking for you. MASA UNTUK BERTINDAK!

Bekerjalah untuk berjaya.

"Dah start gheja ka Hariz?" sapa saya pada seorang teman lama.

"Ha'ah, baru ja start gheja sebulan lebih kot." sambutnya.

"Owh, bagusla. Tak lama lagi kawinla kot hang. Heheheh." gurau saya.

"Ish. Apa plak. Cukup makan ja gheja nie. Baru sangat gheja. Bukan banyak sangat pun gaji. Barang pun mahai laa nie.. huhuhu." balas sahabat saya itu.

"Ala tak lama lagi naik pangkat laa tu.." sapa saya memberi semangat.

"Taktau la aku.. bila la nak naik pangkat." jawabnya selamba.


Saya belum bekerja. Masih di akhir tahun pengajian. Tapi saya pernah merasai suasana kerja dan sedikit memahami pengalaman bekerja. Pelbagai cara digunakan untuk memenangi hati bos. Ada yang kuat membodek. Ada yang kuat mengampu. Tapi ada juga yang kuat BEKERJA. dan tidak kurang juga yang kuat BERCAKAP. Akhirnya saya memahami sesuatu. Pengalaman mengajar kita segala-galanya.



10 Attitudes of Successful Workers


Why do some people seem to reach the top of the corporate ladder easily, while others remain stuck on the middle-management rung? You might think that it is just because those people have more of what it takes to succeed, like brains, talent and powerful people in their corner. But there is something else that is just as important: attitude.


Dr. Martin Seligman, an authority on optimism, discovered that attitude was a better predictor of success than I.Q., education and most other factors. He found that positive people stay healthier, have better relationships and go further in their careers. And he even found that positive people make more money.


Anyone can adopt the right attitude. No matter where you are from or how much innate talent you have, the right attitude can make a difference in your career. Try adopting these 10 attitudes of successful workers:
1. I am in charge of my destiny.

If you spend your entire career waiting for something exciting to come to you, you will be waiting a long time. Successful professionals go out and make good things happen. So commit yourself to thinking about your career in an entirely different way. You will make it to the top, and you are in charge of making it happen.
2. Anything is possible.

Think that there is no way you will ever be at the vice-president level? Then you definitely won't. Remember: If you think you can't, you probably won't. Adopt the attitude of The Little Engine That Could -- "I think I can."
3. No task is too small to do well.

You never know when you are going to be noticed. That is one reason to take pride in your work -- all of it. One public relations executive in Chicago said that her first task in the PR department of a ballet company was reorganizing the supply closet. She tackled the project with gusto and was immediately noticed for her hard work and attention to detail. Remember this the next time you feel like slacking because you are working on a menial task.
4. Everyone is a potential key contact.

While you do need to be aggressive in the workplace, you can also go far by being nice to those around you. Do you think it's unimportant to establish a good rapport with your boss's secretary? Well, just try getting your meeting squeezed onto the schedule when you really need it. Be courteous to those around you -- you never know when your past contacts will play a role in your future.
5. I was made to do this job... and the one above me.

If you spend your days feeling like you are not cut out to do the work you are responsible for, your performance will suffer. Your job may not be the perfect fit, but successful workers act like they are in their dream job, no matter where they are.
6. It's not just what I know, but who I know.

Successful workers understand the importance of networking, both in and out of the office. You need to proactively establish professional contacts. Invite a colleague out to lunch. Go to the after-work happy hour. Join your professional association. Do your part to establish a networking path for your future.
7. What else can I do? Since you are in charge of your destiny, it's your job to look for ways to improve your professional self.

Volunteer to take on an extra project. Learn a new skill that will make you more marketable. Stay late to help your co-workers. Successful workers don't just complete the job and sign out -- they look for additional ways to make their mark.
8. Failure will help pave the way to my success.

While it seems like some people never experience setbacks, the truth is everyone fails from time to time. The difference between successful and unsuccessful people is how they deal with failure. Those who find success are the ones who learn from mistakes and move on.
9. I am my own biggest fan.

Have you been waiting for someone in the office to recognize your talents and efforts? Maybe it's time you start tooting your own horn. Step up and talk about your accomplishments and what you have done for the company. Successful workers know how to point out their achievements without sounding boastful.
10. My opportunity monitor is never turned off.

Yes, there will be days when you will want to just be happy with the status quo. But remember that successful workers are always on the lookout for opportunities to improve. Keep your eyes, ears and your mind open to new opportunities -- you never know when you will discover the one that will change the course of your career!


p/s: Akhirnya anda bakal MENCIPTA SEJARAH anda yang tersendiri! Bekerja untuk terus berjaya.

ICT: Bagaimana Melayari Internet Dengan Kebersamaan Allah

"Hang, cuti-cuti takdak gheja dok watpa?" tanya saya pada seorang kawan.

"Takdak watpa pun, online ja. Hehehehe." sambutnya dengan tersengih ala-ala kerang busuk.

"Owh, online tu general sangatla wan. Cuba specifik sket. Benda pa yang hang buat." akhirnya saya mengirimkan soalan maut saya.

" La, besala. hang takkan tak besa online. Chatting, check email, tengok frenster, masuk meebo.com pastu adala benda lain yang best-best lagi." jawabnya bersungguh-sungguh.

" Owh camtu.." angguk saya sambil tersenyum.


Internet merupakan senjata bermata dua, satu pendekatan yang mempunyai dua wajah yang bertentangan; dalamnya ada unsur peruntuh dan membina, memati dan menghidup, petunjuk hidayah dan godaan. Dan cara bagaimana ia digunakan adalah garis pemisah antara keduannya. Saya harap tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa internet mempunyai daya tarikan, keberkesanan, mudah dicapai, dilayari dan bersifat intraktif yang menjadikan ia alat terkini dari segi kesan dan ruang cakupan. Ia melitupi bola bumi tanpa sekatan dan tandingan. Ia boleh dijadikan mimbar untuk orang Islam menegakkan hujjah keatas manusia dengan menyebarkan Islam dan menyampaikan dakwahnya kepada seluruh
manusia diseluruh pelusuk alam.

Benarlah seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

Supaya tidak menjadi hujjah manusia terhadap Allah selepas kedatangan rasul-rasul. (an Nisa' 165)


Dan firman maksudnya: dan begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada manusia dan rasul menjadi saksi keatas kamu.(al Baqarah 143).


Walaubagaimana pun kita sepatutnya mengetahui bahawa internet dipenuhi dengan segala jenis unsur yang rosak dan merosakkan dan syaitan jin dan manusia memuatkan rangkaian ini dengan berjuta-juta laman yang canggih dan cekap dengan seni mempedaya dan menyesatkan satu perkara yang tidak diterima akal dan sukar digambarkan. Satu kajian yang disiarkan oleh majalah Time menunjukkan bahawa bilangan laman seks mencecah angka 650 juta laman pada tahun 1998 dan dianggarkan akan sampai 8 bilion pada tahun 2002. Salah satu laman ini memiliki 300,000 gambar lucah dan telah dihantar sebanyak lebih satu bilion kali???.Manakala dari sudut perniagaan, satu kajian menunjukan bahawa sejumlah pembelian bahan lucah melalui internet mencecah 18 bilion dolar.


Ini mendorong pengkaji Steve Waters berkata dalam komentarnya terhadap betapa besarnya bencana ini: "Biasanya pelayaran internet bermula dengan cuba-cuba, kemudian ia berlarutan menjadi penagihan dan disertai dengan kesudahan yang sangat merbahaya".


Semua itu perlu diletakkan dalam perkiraan apabila berbicara tentang internet, melayarinya dan berinteraksi dengannya.
1. Seseorang yang ingin melayari internet wajar membersihkan niat dengan betul dengan menetapkan terlebih dahulu tujuan sebelum memasukinya.


2. Mereka yang melayari internet sebagai alat untuk berhibur akan lupa diri dan tanpa disedari terheret ke pada kematiannya dalam keadaan ia tidak menyedarinya.


3. Kemudian duduk dihadapan internet dalam tempoh yang lama akan mensia-siakan pusingan hidup seluruhnya. Mereka akan mengabaikan tugas dan tuntutan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Inilah kerugian yang nyata. Disamping ia juga akan menyebabkan kehilangan daya tumpuan dan menyebabkan akal bercelaru.


Adapun apabila kita melayari gelombang internet yang ganas dalam laut yang gelap dan dalam keadaan ditemani Allah bererti kita hidup dengan kebersamaan ini dalam setiap suasana, urusan, kondisi dan setiap masa. Rasa kebersamaan ini bukan suatu yang boleh dipinjam-pinjam atau direka-reka; kerana itu, ia bukan datang dan pergi sebaliknya satu keadaan yang tetap terus berkembang tanpa kurang atau surut. Merealisasikan kebersamaan ini sesaorang perlu mengekang nafsunya daripada hawa dan penyesatannya. Hawa harus ditolak dan nafsu sepatutnya dibimbing untuk menaiki tangga kesempurnaan, meninggalkan kealpaan, mengalahkan waswas dan mengatasi ajakan-ajakan syahwat. Kemudian dengan memelihara keberterusan "muraqabah" dan "muhasabah" serta mengekang nafsu dengan keazaman dan dipaksa dengan pekerti dan akhlak yang mulia, apa lagi dizaman yang penuh dengan fitnah dan keajaiban ini.


Seperti yang pernah diberi amaran dan ingatan oleh Rasulullah s.a.w secara khusus mengenai zaman tersebut dimana orang yang siuman menjadi bingung, perkara makruf menjadi mungkar dan mungkar menjadi makruf sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: apabila dunia hampir kiamat akan berlaku fitnah seperti potongan malam yang gelap, fitnah seperti kepulan asap, dalam situasi itu hati manusia akan mati seperti matinya tubuh badan mereka, mereka beriman pada pagi hari dan kufur pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan kufur pada waktu pagi antara mereka ada puak yang menjual akhlak dan agama mereka dengan habuan dunia.(hadis riwayat Ahmad)


Kita berdoa kepada Allah supaya memberikan kita kesihatan dan berterusan dalam keadaan afiat serta bersyukur dengan afiat tersebut. Kita mohon dari Allah kebaikan masa dan kebaikan mereka yang hidup pada zaman ini. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan zaman dan kejahatan mereka yang hidup pada zaman ini. Allah maafkanlah kami, ampunkanlah kami, perelokkan kesudahan kami dan pastikan pada waktu kematian kami, kami sedang melakukan kebaikan dan amal soleh. Amin ya rabba al alamin.


(Artikel tulisan Fathi Yakan yang juga merupakan pejuang ikhwanul muslimin serta banyak menghasilkan buku-buku Dakwah seumpama Maza Ya'ni Lilintima' al Islam, Bahtera Penyelaman dan banyak lagi.)


p/s : Teringat zaman mula-mula saya mengenali internet. Bila habis SPM, larut dlm dunia chatting yang membuang masa. Hari ini baru tersedar dan tersentak dengan manfaat yang diperolehi jika kita BIJAK dan PANDAI memanfaatkannya di smping memaksimumkan penggunaannya dengan kebersamaan Allah.

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Blog Archive

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates