Saturday, November 29, 2008

Islam Terrorist? Israel bukan terrorist?


Jambatan merentasi Bosphorus



Salam ukhuwwah,

Andai kerajaan khilafah tidak ditumbangkan pada tahun 1924 di Turki oleh rejim Mustafa Kamal Attarturk, tentu hari ini tiada ungkapan terrorist buat umat Islam. Semestinya Islam yang juga bermaksud sejahtera tidak memusuhi sesiapa kecuali mereka yang tegar serta memerangi agama ini. Peristiwa di Mumbai, seolah2 cuba mencetus semula idea Islam Terrorist yang dicetuskan Amerika sejak peristiwa WTC 11 Sept. Sungguhpun ader sedikit keganjilan serta teori konspirasi yang wujud disebalik peristiwa, Islam dan umatnya terus dihenjak serta di tuduh sebagai ancaman terrorist. Sedangkan Semenanjung Gaza yang terpaksa bergelap dan terputus bekalan makanan akibat sekatan tentera Israel langsung tidak ditegur dan dituduh sebagai terrorist pencekik darah. Lantas mereka dilayan ala layanan diraja dengan rundingan damai. Tidak seperti Sempadan Iraq yang dibom hanya kerana disyaki persembunyian suspek pengganas yang akhirnya membunuh warga awam.
Saya baru terbaca novel Rona Bosphorus semula. (Dulu pernah baca tapi dah lama. Buku dihadiahkan pada sahabat. :) Saya cuma tertarik dengan gambaran masyarakat Turki yang terus menerus cuba untuk bangkit mengangkat semula keagungan Islam. Tidak hairanlah, bagaimana Adnan Menderas pernah dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Cela Bayar pula sebagai Presiden republik itu pada tahun 1950. Siapa Adnan Menderas ?
"He was more tolerant towards traditional lifestyles and different forms of practice of Islam than Atatürk and his party had been - he campaigned in the 1950 elections almost exclusively on the platform of legalizing the Arabic language adhan, which had been banned. " wikipedia
Tidak hairanlah apabil azan dilaungkan semula dalam bahasa Arab, ramai di kalangan rakyat Turki yang mengalirkan air mata. Malah ada pula yang keluar dari rumah mereka lantas terus sujud di jalan-jalan raya sebagai tanda gembira dan syukur atas perubahan itu.

Bila sebut kisah Turki tentu sahaja banyak cerita yang terpancar dari kotak minda saya. Tapi tunggulah dahulu. Mungkin nanti beroleh lebih kesempatan untuk menulis sedikit. Saya kira ramai juga pengkaji2 sejarah Turki yang mungkin juga banyak menulis berkaitan Turki dan sejarahnya. Juga isu-isu semasa, politik siasah serta ragam pimpinan. Banyak sekali. Antara yang popular ialah berkaitan Merve Kavakçı yang telah dilarang dari mengangkat sumpah di Parlimen Turki hanya kerana die memakai hijab. Peristiwa tersebut berlaku pada 18 April 1999 yang turut mendapat liputan akhbar.

Istanbul dari pandangan udara. dulunya di kenali sebagai Islambol setelah ditawan oleh

Sultan Muhammad al-Fateh.

Yang pastinya dunia sedang bergolak. Disebalik krisis ekonomi Amerika yang turut melanda dunia, pergolakan di Thailand, peristiwa Mumbai yang katanya mencetus semula pergolakan India-Pakistan (sebelum ini lebih terarah perebutan Kasymir), sekatan rejim Israel di Gaza, dan pelbagai lagi pergolakan dan bencana yang menimpa pastinya memerlukan kuasa Islam untuk diangkat semula sebagai solusi utama. Dunia Islam ptut mulakan langkah menawarkan solusi Islam sebagai the way of life dalam aspek ekonomi, pentadbiran, dan segala-galanya.


Friday, November 28, 2008

Solat Dhuha: Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Rezki??

Salam ukhuwwah,


APa khabar sahabat? Tentu sehat-sehat belaka. Selamat bercuti buat sahabat mahasiswa/wi dan adik-adik pelajar sekolah yang masih bercuti. Yang menganggur juga. Lazimnya aktiviti paling seronok masa cuti ialah tido selepas solat subuh. Maklumlah tak perlu ke sekolah atau dewan kuliah. Nak2 lagi mengantuk sebab tido lewat. BAngun solat Subuh dan ambil lajak ke tengahari. Qado tido agaknya.
Saya tertarik dengan suatu kisah sahabat. Saya tidak ingat nama sahabah tersebut, tetapi yang pasti melibat kan dua nama besar sahabah Rasulullah. Suatu hari mereka bermusafir bersama menaiki unta. Maka mereka bertolak selepas solat Subuh. Maklumlah perjalanan jauh maka tentulah memakan masa. Maka tiba di suatu sela waktu, seorang sahabat tersedar bahawa telah masuk waktu dhuha. Maka, beliau pun berhenti lantas mengerjkan solat sunat dhuha. Kita lihat inilah sahabah di zaman Rasulullah terus menerus merebut pahala solat sunat. Apabila selesai, beliau meneruskan perjalanan. Terdetik di hatinya kerana tidak kelhatan sahabatnya berenti untuk turut serta menunaikan solat sunat dhuha sebentar tadi. Maka, beliau meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke tempat yang dituju. Sejurus tiba, die disapa sahabatnya kenapa lewat sampai. Maka beliau pon menerangkan beliau berhenti mengerjakan solat sunat. Maka ditanya kembali, tidak terlihat pula sahabatnya itu solat dhuha (dengan husnu dzon seorang sahabat) Maka berkata sahabat seorang lagi bahawa beliau juga menunaikan solat dhuha tp tanpa berhenti, trus dikerjakannya ktika menunggang kenderaannya agar cepat sampai ke tempat yang dituju.
Begitulah kisah dua sahabat yang tekun melaksanakan amalan sunat. Berbeda dengan umat akhir zaman. Yang wajib juga sukar sekali nak melaksanakan. Apatah lagi nak melakukan yang sunat. Nak2 lagi dengan perkara2 haram yang kadangkala menjadi kelaziman.
Berbalik pada topik asal, saya ingin berkongsi perihal solat sunat dhuha. insyaAllah, moga beroleh manfaat bersama.
Mercu tanda skolah yag dah lama di tinggalkan: SMKK
Solat Dhuha :

Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya,
Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu solat Dhuha:

Ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya:

Adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
p/s: Moga kita dapat amalkan bersama. Moga dilimpahkan rezki dan rahmatNya dan cepat kawen (doa untuk sahabat dan diri sndiri. :) insyaAllah.

Wednesday, November 26, 2008

Empat cara pulang bagi Pemimpin

Empat cara pulang bagi Pemimpin dari Perjuangan.

Dia pulang dengan kepala tegak,
membawa hasil perjuangan.

Dia pulang dengan kepala tegak,
tapi tangan di belenggu musuh untuk calon penghuni terungku,
atau lebih dari itu,
riwayatnya akan menjadi pupuk penyubur tanah Perjuangan bagi para Mujahidin seterusnya.


Dia pulang.
Tapi yang pulang hanya namanya. Jasadnya sudah tinggal di Medan Jihad.
Sebenarnya, di samping namanya, juga turut pulang ruh-nya yang hidup
dan menghidupkan ruh umat sampai tahun berganti musim,
serta mengilhami para pemimpin yang akan tinggal di belakangnya.

Dia pulang dengan tangan ke atas, kepalanya terkulai, hatinya menyerah kecut kepada musuh yang memusuhi Allah dan Rasul.
Yang pulang itu jasadnya, yang satu kali juga akan hancur.
Nyawanya mematikan ruh umat buat zaman yang panjang.

Entah pabila umat itu akan bangkit kembali,
mungkin akan diatur oleh Ilahi dengan umat yang lain, yang lebih baik, nanti
Ia “Pemimpin” dengan tanda kutip.

Adakalanya ada nakhoda berpirau melawan arus.
Tapi berpantang ia bertukar haluan, berbalik arah.
Ia belum pulang.


Mohamad Natsir
Medan Djihad, 24 Agustus 1961 M/ Maulid 1381 H.

Sang Murabbi


Disebabkan angin seberang berkaitan filem Sang Murabbi semakin kencang melanda Malaysia, maka saya mengambil kesempatan juga untuk mencorek sedikit di dalam blog. Pertama kali mendengar berkaitan filem ini dari blog seorang teman, Sang Murabbi: Mencari Semangat Dakwah Yang Hilang. Menurut apa yang saya pernah baca, filem ini pada asalnya tidak mampu masuk ke panggung atas dasar kurangnya investor berbanding filem Ayat-ayat Cinta yang sebelum ini mungkin lebih terserlah promosi dan iklan berkaitannya.
Saya ambil catatan seorang sahabat melalui email :
"Berkisar dari seorang pemuda yang sedar akan kehancuran bangsanya yang sedang menjadi permainan kuasa dunia, meruntun anak-anak muda dan orang tua.Kesedaran itu menjadikan dia orang yang sentiasa sibuk menabur bakti menyampaikan Islam dalam bentuk yang syumul (menyeluruh) yang telah hilang dalam kehidupan ummat Indonesia. "Sang Murabbi", kisah benar tentang kehidupanseorang pejuang...K. H. Rahmat Abdullah. Nama yang mungkin kecil buat kita , tapi...
Ikuti temubual ekslusif dgn wakil rasmi penerbit filem tersebut, dan berbicara soal dakwah melalui seni, dan 'Sang Murabbi' - hanya di IKIM.fm esok (selasa) 25 Nov jam 3.15pm. wassalam"

Izzatul Islam - Sang Murabbi

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai tayangan dan sesi bedah filem, satu program khas akan diadakan seperti berikut;

Hari/Tanggal : Minggu, 30 November 2008Tempat : Anjungan A, Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala LumpurBintang Tamu: Irwan Rinaldy (pemeran utama), Neno Warisman, Zul Ardhia (Sutradara)
Harga Tiket : RM50 -> Sessi I (Pk.08.30 – 13.00) + ngobrol barengartis Sang Murabbi.RM10 -> Sessi II (Pk.14.30 – 16.00)

Bonus : Doorprize


p/s : daripada tengok cerita madagascar 2 i like to move it move it (adik saya suka nie), baik la bawak anak2 tengok cerita ni, mana tau dapat ganti ustaz rahmat!

Tuesday, November 25, 2008

Humanoid robot @ robot ala2 manusia

Inilah yang kita katakan development.

ASIMO di One Utama

Salam ukhuwwah,

Pernah dengar humanoid robot? Bagi sahabat yang meminati dunia robot tentu tahu kan antara robot yang termaju adalah Robot ASIMO yang dibina oleh HONDA. Pernah di dalam satu subjek ketika saya masih belajar dahulu, saya bersama sahabat2 segroup membentangkan tajuk berkaitan Humanoid Robot. Antara robot yang kami telusuri susur galur penciptaan, sejarah dan perkembangan semasanya adalah Asimo Honda, Sony Aibo, dan beberapa lagi robot komersial. Sebenarnya banyak lagi robot humanoid yang tidak dikomersial kan dihasilkan oleh pelajar-pelajar universiti untuk Projek Akhir Tahun mereka. Capabilities yang dimiliki agak menarik. Bila mencipta robot barulah terasa hebatnya penciptaan manusia. Salah satu aspek penting yang sangat2 diambil berat apabila mula merangka robot ini adalah keseimbangan. Terasa izzahnya penciptaan manusia dengan kekuatan tersendiri mampu seimbangkan diri ketika berumur lebih kurang setahun.


Rupa2nya robot ini telah sampai ke Malaysia lebih kurang sebulan yang lalu. Teringin juga saya untuk mengetahui new capabilities yang ada pada robot nie. Apa yang saya dengar dari berita: "Dancing, kicking a ball, serving drinks and with the latest improvements, the new version ASIMO can now run faster at 6km/hour – these are the new capabilities demonstrated by ASIMO at 1 Utama today." Nampak menarik. Apa lagi, bagi penduduk utara bolehla serbu ke P.pinang 27-30hb nie untuk bertemu 4 mata dengan ASIMO yang nilainya berjuta2 nie. Ada rezki dapatla kot ASIMO doll tu yang katanya bernilai 140++. Tapi saya tak minat la doll2 nie, maybe leh hadiah kan pada adik2 yang comel. :)






Demo Asimo

Details of the road tours ASIMO di Malaysia:
One Utama, Selangor

14 November 1:30 pm, 3:30 pm, 5:30 pm and 8:00 pm
15 November 11:30 am, 1:30 pm, 3:30 pm, 5:30 pm and 8:00 pm
16 November 11:00 am, 1:00 pm, 3:00 pm, 5:00 pm and 7:45 pm

City Square, Johor Bahru
20 November 5:30 pm and 8:00 pm
21 November 1:00 pm, 3:00 pm, 5:30 pm and 8:00 pm
22 November 11:30 am, 1:30 pm, 3:30 pm, 5:30 pm and 8:00 pm
23 November 11:00 am, 1:00 pm, 3:00 pm, 5:00 pm and 7:45 pm

Queensbay Mall, Penang
27 November 5:30 pm and 8:00 pm
28 November 1:00 pm, 3:00 pm, 5:30 pm and 8:00 pm
29 November 11:30 am, 1:30 pm, 3:30 pm, 5:30 pm and 8:00 pm
30 November 11:00 am, 1:00 pm, 3:00 pm, 5:00 pm and 7:45 pm
Besides providing information, ASIMO will be demonstrating his abilities – running, up to 6km/hour dancing and even serving! Come and experience this opportunity to catch ASIMO live!

p/s: Agaknya kalau robot yang saya bina semasa FYP dulu bleh join sekali ASIMO ke tak?

Sunday, November 23, 2008

Urus dan tadbir (sambungan )

Salam ukhuwwah,

Akhirnya saya beroleh kesempatan untuk berkongsi dengan anda, suatu pandangan, suatu buah fikiran berkaitan urus dan tadbir yang saya peroleh dari suatu kuliah. Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Elias Zakaria. Begini, lazimnya bila kita mentafsirkan apa-apa yang berkaitan pengurusan atau management lazimnya akan bermain2 di fikiran nama-nama tokoh-tokoh2 luar dengan idea-idea pengurusan mereka seperti Zig Ziglar, Sun Tzu, dan ramai lagi. (tibe-tibe blank nak ingat name penulis buku pengurusan.. huhuhu) Namun kita terlupa suatu perkara, sistem pengurusan diri yang cukup cantik dari selang waktu solat yang telah ditetapkan oleh Allah. Boleh juga kita definisikan sebagai sistem berjadual yang boleh diambil dan digunapakai berlandaskan waktu-waktu solat.

Secara umumnya, kita boleh bahagiakan hari kita kepada 5 sela waktu :
1. Working Prime Time (WRP)

Sela waktu ini merupakan bermula selepas kita solat subuh hingga ke zohor. Sedar ataupun tidak, sesudah subuh merupakan waktu yang paling nyaman dan segar untuk kita mulakan pekerjaan. Bayangkan hari kita bermula dengan bangun lewat, bersiap 5-10 minit, lewat sampai ke tempat kerja, terlupa gosok gigi, tak sempat sarapan... segalanya kelam kabut. Itu bagi individu yang belum berkeluarga. Bagi yang berkeluarga pula, mungkin situasi yang sama tiada sarapan buat anak2 dan suami. Segalanya tidak kene di tempat kerja kerana perut lapar. (tapi maybe yang kerja goverment takda masalah sbb banyak masa untuk keluar makan. :) tp yang kerja privae sector cnform kebulur). Lantaran itu segalanya terurus apabila kita mampu bangun awal mengerjakan solat subuh, ambil masa untuk berzikir, bertilawah, berma'thurat, bersiap diri, bersarapan. Segalanya teratur. Dan bermulanya kerja dengan niat ibadah kerana Allah. Akhirnya segala terancang, tersusun, kemas, serta hati juaga rasa gembira dan keluarga juga harmoni. Agaknya apa lagi kesan kepada masyarakat?
2. Waktu Kerja Sokongan (WKS)

Sela waktu ini merupakan waktu fasa kedua selepas solat Zohor hingga ke waktu Asar. Lazimnya kalau kita di rumah pasti sangat mengantuk kan? di sebabkan kita bekerja maka tak boleh la mengantuk di rumah. Apa lagi, rasa mengantuk di tempat kerja la. Ini merupakan sela waktu untuk kita meneruskan kerja-kerja yang masih belum siap atau tertangguh.
3. Waktu Berehat Diri (WRD)
Ini merupakan sela waktu selepas asar hingga ke maghrib. Waktu petang begini jika tidak kena caranya pasti anda terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas jika anda bekerja di kuala lumpur atau p.pinang (jamabatan). Tentu stress, tension, bermuram durja dsbgnya. Waktu ini merupakan waktu untuk kita rehatkan diri. Bagaimana berehat? Tidur tentulah tidak sesuai. Inilah masa untuk anada bersukan, berjalan di taman (bukan berdating di taman), bermain badminton, berkebun, bercucuk tanam, berlari-lari anak, berjoging. Memang banyakla aktiviti merehatkan diri. Peluh keluar, stress juga hilang. Apa lagi hidup anda lebih ceria.
4. Waktu Muhasabah

Bak kata orang-orang tua, syaitan berkeliaran pada waktu senja. Lazimnya kita akan lihat ibu-ibu akan memanggil anak2 mereka pulang ke rumah sejurus berlabuhnya siang menandakan senja. Ini merupakan sela waktu antara Maghrib dan Isyak. Inilah waktu kita untuk bermuhasabah. Sungguhpun sela waktunya singkat lebih kurang 47-50 minit. Namun, pelbagai aktiviti muhasabah, majlis ilmu, tadah kitab dsbg mampu dilaksanakan. Lebih baiknya jika dapat berjamaah di masjid. Sejurus selepas maghrib boleh, beriktikaf, bertilawah, bermuhasabah, mengikuti majlis ilmu, berusrah dsbg.
5. Zon Bersama Keluarga

Waktu selepas isyak masanya panjang sehingga subuh keesokan harinya. Lazimnya peruntukan masa pertama tentulah untuk besama anak-anak. Anak-anak menyiapkan kerja rumah sambil ibu dan ayah memantau dan memberi tunjuk ajar bukannya mengharapkan guru2 di sekolah dan pusat tusyen semata-mata. Setelah anak-anakm tidur, maka tiba pula zon suami isteri. Tanggungjawab seharian terhadap suami mahupun isteri juga penting untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Apa tanggung jawab tersebut, kawenla dulu. :)

Akhirnya tiba pada zon terakhir iaitu zon himpun daya. Tidur yang optimum penting untuk menjamin kecergasan dan kecerdasan esok hari. Kekuatan untuk bangun malam juga perlula dibina sebagai tanda kita adalah Pejuang Islam.


Mungkin inilah serba sedikit berkaitan Urus dan Tadbir Diri. Memang sangat banyaknya kesan jika perkara ini mampu dilaksan oleh keseluruhan Muslim di Malaysia. Kalaupun belum sampai masanya seluruh Muslim, apa kata kita selaku penggerak-penggerak dakwah serta ahli gerakan mulakan dahulu sebagai quwah yang baik kepada ahli masyarakat. Tentu kita bakal membina masyarakat yang maju selangkah kehadapan kelak!

Saturday, November 22, 2008

Urus dan tadbir vs Walimatul urus

Salam ukhuwwah,

Saidina Ali ada menyebutkan bahawa kebaikan yang tidak terurus boleh dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun atau dengan kata lain jika sesuatu perkara jika dilakukan dengan tidak teratur walapun tujuannya baik pasti akan kalah dengan sesautu yang diatur dengan lebih tersusun walapun atas tujuan kejahatan.
Kenapa sejak akhir-akhir ini pelbagai kes kecurian terus berlaku walaupun kita sedar perbuatan tersebut adalah suatu kejahatan. Kita dikejutkan dengan beberapa siri letupan mesin ATM, kecurian kedai emas, dan pelbagai lagi. Ini merupakan contoh yang ketara menggambarkan bahawa suatu kejahatan jika dirancang dengan baik, terperinci dan mgambil kira semua aspek bakal membuahkan kejayaan yang jitu. Bagaimana pula dengan projek-projek kearah kebaikan yang sering menemui jalan buntu dan gagal di separuh jalan. Adakah kerana kurang perancangan? Atau kurang tenaga organisasinya? Begitulah situasi lazim yang di hadapi kita..

Saya tidaklah mahu bicara panjang soal perkara nie, Cuma just sebagai renungan bersama berkaitan pengurusan atau dengan bahasa mudahnya URUS dan TADBIR. Sudahkah kita mengurus dan mentadbir dengan seluruh keBIJAKsanaan dan keIKHLASan?. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan suatu idea pengurusan Islam yang disebut dalam satu kuliah yang saya hadiri. Isinya agak menarik dan membekas dihati. Tunggu...


Banjir dan musim hujan..
Kebiasaannya bila tiba ja musim hujan, pasti kawan karib die adalah banjir. Itulah yang melanda kawasan perumahan saya. Sederet rumah dilanda banjir. Tak percaya? Tengokla gambar2 di bawah. Memang situasi ni dah sinonim bagi perumahan tempat saya tinggal sejak 1989 nie. Cumanya tak la seteruk rumah kami sewaktu saya berumur 4 tahun. Waktu tu habis semua barang terpaksa diangkut terutamanya televisyen, peti ais dsbg sbb memang dah tinggi sangat. Khabarnya, lepas kami pindah ke sini kadang-kadang ayaq masih naik jugak sebab rumah tu still disewa oleh adik beradik(sanak-saudara) kami jugak.
kawasan banjir di rumah saya
Berbalik kepada kisah di Lunas nie, memang banjir nie selalunya berlaku disebabkan masalah perparitan yang agak kronik di kawasan kami. Nampak gayanya masalah nie still tak dapat diselesaikan walaupun dah berapa kali diadukan kepada pihak yang bertanggungjawab tapi still tak dijawab2 jugak. Akhirnya terpaksa la kami yang tanggung akibat. Mungkin kalau salah seorang penduduk di sini Pak Lah Badawi @ Pak Najib maybe dah lama selesai la kot.
kawasan rumah dipenuhi kenderaan yang dilanda banjir maklumla cuti...
Sekian saja warta dari lunas. :)

Monday, November 17, 2008

Hari esok yang lebih cemerlang


Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Begitulah tajuk utama akhbar beberapa hari yang lalu. Dah lama saya nak mencoret sesuatu, tp dek kerana tak sempat maka hari ini la baru nak tulis sikit. Alhamdulillah, pertamanya sekalung tahniah buat adik saya, Husna yang tersenarai sebagai salah seorang dari 9.2 peratus pelajar seluruh negara yang mendapat 5A. Tahniah, adik memang hebat!

farah dan husna sewaktu di KL


PPSMI


Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah isu yang menjadi bualan ramai setelah result rasmi upsr beberapa hari yang lalu. Tapi apa yang lebih terserlah di kaca tv ialah pandangn Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa keputusan UPSR tahun ini mencatatkan peningkatan sekaligus menyanggah tanggapan negatif masyarakat berkaitan perlaksanaan PPSMI ini yang bermula pada era Tun Dr Mahathir sebagai PM Malaysia yang ke-4. Apapun pandangan tersebut agak bertentangan dengan tokoh-tokoh akademik yang rata2 nya tidak bersetuju dengan PPSMI yang agak menyimpang dari matlamat atau objektif pembelajran yang sepatutnya mengutamakan kefahaman bukannya mengutamakan bahasa perbualan/pembelajaran.

Saya tidak mahu mengulas panjang berkaitan isu ini. Sekadar untuk kita lihat bersama, mungkin kita boleh mendalami seketika apakah objetif perlaksanaan PPSMI ini :

"Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini."

Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.
Mungkin ita boleh sama-sama simpulkan apakah rasional yang diberikan sudah cukup kuat untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Saya kira bagi ibu bapa yang pentingkan prestasi anak-anak mereka hebat di masa hadapan dan mampu bertutur bahasa inggeris dengan baik, pastinya mereka menyokong penuh PPSMI diteruskan. Namun persoalan nya negara-negara seperti Jepun, Korea, Jerman, Russia, France telah membuktikan kehebatan mereka dengan perlaksanaan bahasa masing2 sebagai keutamaan bahasa pengantara berbanding Malaysia yang mengabaikan bahasa kebangsaan mereka. Kesimpulannya, memang perlaksanaan PPSMI mempunyai pro dan kontra dan masih memrlukan idea buah fikiran dari semua pihak disamping tidak mengabaikan masyarakat petani dan nelayan di kampung2.

p/s: Tahniah buat mereka yang berjaya. Penulis didedahkan dengan pembelajaran bahasa inggeris semasa di matrikulasi uia dan main campus uia. Namun, praktik percakapan dan perbualan sekadar diasah setajam2nya semasa mula bekerja. Mungkin bila bahasa tersebut menjadi keperluan, barulah automatik kita lebih fasih dan cakap macam ayaq (bak kata orang utara), Namun sebagai warganegara Malaysia, bahasa pertuturan harian tetap Bahasa Melayu dan inilah bahasa penghubung antara rakyat Melaysia yang berbilang kaum.

Friday, November 14, 2008

Video Rakaman Kebesaran Ilahi, Tiga Burung Berlegar Di Udara

Sekadar memtik dari http://dupahang.wordpress.com/2008/11/12/rakaman-kebesaran-ilahitiga-burung-berlegar-di-udara/

Arruhul Jadid dari Acheh menulis:


“Alhmdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah. Kemusykilan saya mengenai kesohihan berita ‘lawatan’ 3 ekor burung saat tiba jenazah Amrozi dan Ali Ghufron akhirnya terjawab. Jam 01.25 pagi tadi, TRANS TV, Indonesia menyiarkan rakaman 3 ekor burung berlegar di udara diatas ribuan umat Islam yang menyambut ketibaan jenazah mereka. Mungkinkah makhluk Allah ini hadir untuk menyambut roh-roh mereka ? wallahua’lam”.

Untuk tonton rakaman kejadian tersebut lihat video di bawah:

Terpulang pada pembaca untuk membuat penilaian. Tetapi sebagai muslim, haruslah kita berlaku adil dan berbaik sangka.


Kalam Nadi

–http://dupahang.wordpress.com

Wednesday, November 12, 2008

Hidup ini untuk beribadah

Hari nie saya masih lagi mengangggur @ menanam anggur . Lambat lagi nak daftar diri ke Infineon Technology. 1 Dec, fuh lama gak tu. Tapi takpa, esok ada satu lagi interview. Fuji Electric pulak. Teringat sahabat-sahabat di kampus yang masih berjuang menghabiskan sisa-sisa peperiksaan akhir. Selamat berjuang buat semua. Juga buat adik-adik junior yang bakal berdepan PRK tak lama lagi (bila agaknya..?) Gegarkan Suara Mahasiswa!!



Selamat Berjuang!!

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Blog Archive

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates