Sunday, August 23, 2009

Peristiwa Penting Ramadhan


p/s : Salam Ramadhan buat semua sahabat. Moga beroleh takwa yang dijanjikan ALLAH. Slalu orang asyik ingat bazar Ramadhan je event2 penting Ramadhan.. Manusia manusia...

1. BULAN DITURUNKAN AL KITAB

Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

2. PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ' Imran ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

3.ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza' ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ahmemilih bersekutu dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ahdi lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ' kemenangan ' dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. ye adik sombong

4.PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab. Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

5.ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

6.KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL 'UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al 'Uzza di Nakhla. Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al 'Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al 'Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

7.PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

8.PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

9.PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.


10.TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat. Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di 'Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

11.PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

12.TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa ' tidak dapat ditawan> ' kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Thursday, April 30, 2009

Think twice!

Salaam ukhuwwah,

Let's take a look to some of the situation. It have happen, but might be very useful for use to think out of the box. Sometimes, something that involved a lot of money is not always the best solution or might be it is the biggest deviation or waste. Think twice ang always think before act. Act without thinking is a regret..


Situation 1

When NASA began launching astronauts into space, they found out that the astronauts' pens wouldn't work at zero gravity (ink wouldn't flow down to the writing surface). It took them one decade and $12 million to solve this problem. They developed a pen that worked at zero gravity, upside down, underwater, on practically any surface including crystal, and at temperatures ranging from below freezing to over 300 degrees C. And what did the Russians do? The Russians used a pencil.

Situation 2

One of the most memorable case studies on Japanese Management techniques was the case of the empty soap box, which occurred in one of Japan's biggest cosmetics companies. The company received a complaint that a consumer had bought a soap box that was empty. Immediately the authorities isolated the problem to the assembly line, which transported all the packaged boxes of soap to the delivery department.

For some reason, one soap box went through the assembly line empty. Management asked its engineers to solve the problem. Post-haste, the engineers worked hard to devise an X-ray machine with high-resolution monitors manned by two people to watch all the soap boxes that passed through the line, to make sure they were not empty. No doubt, they worked hard and they worked fast but they spent whoopee amount of time and money to do so.

But when a rank-and-file employee in a small company was posed with the same problem, he did not get into the complications of X-rays, etc but instead came out with another solution. He bought a strong industrial electric fan and pointed it at the assembly line. He switched the fan on, and as each soap box passed the fan, it simply blew the empty boxes out of the line.

Situation 3

A 50 feet long trailer having 48" wheels got stuck while entering a midtown tunnel in New York because it was approximately 2.5 feet taller than the height of the tunnel. The fire department and the state department of transportation spent the whole day searching for a solution, to no avail.

Then a child, aged about 9 years, asked his father, "Why can't they take out the air from the tyre tubes? The height will automatically come down."

_______________________________________________________
Moral:
Always look for simple solutions.
And learn to focus on solutions, not on problems.
If you look at what you do not have in life, you don't have anything.
If you look at what you have in life, you have everything.

Tuesday, December 2, 2008

Dunia sana sini






Kisah pertama. Anda tentu mengenali sesusuk tubuh di dalam gambar di atas. Kenal dengan Ariel Sharon? Untuk mengetahui apa yang berlaku ke atas dirinya, boleh lihat di sini.




Kisah kedua. Tentu perihal minyak. Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2 seliter kepada RM1.90 seliter, petrol RON92 pula dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter manakala diesel dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter. – Utusan. Begitulah yang di umumkan Pak Lah hari ini. Lama sungguh hendak menunggu turunnya harga minyak ke paras lama. Teringat sidang parlimen yang lepas, ahli-ahli parlimen BN beriya-riya benar mempetahan Bajet yang dibentangkan tanpa perlu kepada usaha pemulihan ekonomi atau segala bentuk pelan ransangan ekonomi. Kata mereka negara tidak terjejas. Pada waktu tersebutla kata mereka. Akhirnya, pelik juga tiba2 Tok Najib umum pelan ransangan ekonomi. Terjejas jugak negara kali ni yer? Tidak kira pembangkang mahupun kerajaan perlu mengiyakan realiti apa yang berlaku. Rakyat Malaysia bukan lagi rakyat minda kelas ke2. Kebanyakannya sudah mampu berfikir dengan lebih matang.


Buku yang menarik. Saya beli dan habiskan di dalam bas, Ramadhan yang lalu dlm perjalanan KL-Kulim.

Kisah ketiga. Bulan Disember nie, semakin ramai sahabat2 yang melangsungkan perkahwinan. Undangan perkahwinan dr sahabat mahupun sanak saudara tentu sahaja memenuhi hujung minggu saya. Tahniah dan moga berkekalan hingga ke anak cucu diucapkan buat sahabat2 yang bakal melangsungkan perkahwinan. InsyaAllah ada rezki, saya juga bakal menyusul nanti. Saya kira ada artikel menarik yang dikongsi oleh Dr Asri Zainal Abidin. Bekas mufti Perlis. Anda boleh lihat di sini dengan kupasan menarik Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin.

Saturday, November 29, 2008

Islam Terrorist? Israel bukan terrorist?


Jambatan merentasi Bosphorus



Salam ukhuwwah,

Andai kerajaan khilafah tidak ditumbangkan pada tahun 1924 di Turki oleh rejim Mustafa Kamal Attarturk, tentu hari ini tiada ungkapan terrorist buat umat Islam. Semestinya Islam yang juga bermaksud sejahtera tidak memusuhi sesiapa kecuali mereka yang tegar serta memerangi agama ini. Peristiwa di Mumbai, seolah2 cuba mencetus semula idea Islam Terrorist yang dicetuskan Amerika sejak peristiwa WTC 11 Sept. Sungguhpun ader sedikit keganjilan serta teori konspirasi yang wujud disebalik peristiwa, Islam dan umatnya terus dihenjak serta di tuduh sebagai ancaman terrorist. Sedangkan Semenanjung Gaza yang terpaksa bergelap dan terputus bekalan makanan akibat sekatan tentera Israel langsung tidak ditegur dan dituduh sebagai terrorist pencekik darah. Lantas mereka dilayan ala layanan diraja dengan rundingan damai. Tidak seperti Sempadan Iraq yang dibom hanya kerana disyaki persembunyian suspek pengganas yang akhirnya membunuh warga awam.
Saya baru terbaca novel Rona Bosphorus semula. (Dulu pernah baca tapi dah lama. Buku dihadiahkan pada sahabat. :) Saya cuma tertarik dengan gambaran masyarakat Turki yang terus menerus cuba untuk bangkit mengangkat semula keagungan Islam. Tidak hairanlah, bagaimana Adnan Menderas pernah dilantik sebagai Perdana Menteri manakala Cela Bayar pula sebagai Presiden republik itu pada tahun 1950. Siapa Adnan Menderas ?
"He was more tolerant towards traditional lifestyles and different forms of practice of Islam than Atatürk and his party had been - he campaigned in the 1950 elections almost exclusively on the platform of legalizing the Arabic language adhan, which had been banned. " wikipedia
Tidak hairanlah apabil azan dilaungkan semula dalam bahasa Arab, ramai di kalangan rakyat Turki yang mengalirkan air mata. Malah ada pula yang keluar dari rumah mereka lantas terus sujud di jalan-jalan raya sebagai tanda gembira dan syukur atas perubahan itu.

Bila sebut kisah Turki tentu sahaja banyak cerita yang terpancar dari kotak minda saya. Tapi tunggulah dahulu. Mungkin nanti beroleh lebih kesempatan untuk menulis sedikit. Saya kira ramai juga pengkaji2 sejarah Turki yang mungkin juga banyak menulis berkaitan Turki dan sejarahnya. Juga isu-isu semasa, politik siasah serta ragam pimpinan. Banyak sekali. Antara yang popular ialah berkaitan Merve Kavakçı yang telah dilarang dari mengangkat sumpah di Parlimen Turki hanya kerana die memakai hijab. Peristiwa tersebut berlaku pada 18 April 1999 yang turut mendapat liputan akhbar.

Istanbul dari pandangan udara. dulunya di kenali sebagai Islambol setelah ditawan oleh

Sultan Muhammad al-Fateh.

Yang pastinya dunia sedang bergolak. Disebalik krisis ekonomi Amerika yang turut melanda dunia, pergolakan di Thailand, peristiwa Mumbai yang katanya mencetus semula pergolakan India-Pakistan (sebelum ini lebih terarah perebutan Kasymir), sekatan rejim Israel di Gaza, dan pelbagai lagi pergolakan dan bencana yang menimpa pastinya memerlukan kuasa Islam untuk diangkat semula sebagai solusi utama. Dunia Islam ptut mulakan langkah menawarkan solusi Islam sebagai the way of life dalam aspek ekonomi, pentadbiran, dan segala-galanya.


Friday, November 28, 2008

Solat Dhuha: Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Rezki??

Salam ukhuwwah,


APa khabar sahabat? Tentu sehat-sehat belaka. Selamat bercuti buat sahabat mahasiswa/wi dan adik-adik pelajar sekolah yang masih bercuti. Yang menganggur juga. Lazimnya aktiviti paling seronok masa cuti ialah tido selepas solat subuh. Maklumlah tak perlu ke sekolah atau dewan kuliah. Nak2 lagi mengantuk sebab tido lewat. BAngun solat Subuh dan ambil lajak ke tengahari. Qado tido agaknya.
Saya tertarik dengan suatu kisah sahabat. Saya tidak ingat nama sahabah tersebut, tetapi yang pasti melibat kan dua nama besar sahabah Rasulullah. Suatu hari mereka bermusafir bersama menaiki unta. Maka mereka bertolak selepas solat Subuh. Maklumlah perjalanan jauh maka tentulah memakan masa. Maka tiba di suatu sela waktu, seorang sahabat tersedar bahawa telah masuk waktu dhuha. Maka, beliau pun berhenti lantas mengerjkan solat sunat dhuha. Kita lihat inilah sahabah di zaman Rasulullah terus menerus merebut pahala solat sunat. Apabila selesai, beliau meneruskan perjalanan. Terdetik di hatinya kerana tidak kelhatan sahabatnya berenti untuk turut serta menunaikan solat sunat dhuha sebentar tadi. Maka, beliau meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke tempat yang dituju. Sejurus tiba, die disapa sahabatnya kenapa lewat sampai. Maka beliau pon menerangkan beliau berhenti mengerjakan solat sunat. Maka ditanya kembali, tidak terlihat pula sahabatnya itu solat dhuha (dengan husnu dzon seorang sahabat) Maka berkata sahabat seorang lagi bahawa beliau juga menunaikan solat dhuha tp tanpa berhenti, trus dikerjakannya ktika menunggang kenderaannya agar cepat sampai ke tempat yang dituju.
Begitulah kisah dua sahabat yang tekun melaksanakan amalan sunat. Berbeda dengan umat akhir zaman. Yang wajib juga sukar sekali nak melaksanakan. Apatah lagi nak melakukan yang sunat. Nak2 lagi dengan perkara2 haram yang kadangkala menjadi kelaziman.
Berbalik pada topik asal, saya ingin berkongsi perihal solat sunat dhuha. insyaAllah, moga beroleh manfaat bersama.
Mercu tanda skolah yag dah lama di tinggalkan: SMKK
Solat Dhuha :

Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya,
Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu solat Dhuha:

Ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya:

Adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
p/s: Moga kita dapat amalkan bersama. Moga dilimpahkan rezki dan rahmatNya dan cepat kawen (doa untuk sahabat dan diri sndiri. :) insyaAllah.

Wednesday, November 26, 2008

Empat cara pulang bagi Pemimpin

Empat cara pulang bagi Pemimpin dari Perjuangan.

Dia pulang dengan kepala tegak,
membawa hasil perjuangan.

Dia pulang dengan kepala tegak,
tapi tangan di belenggu musuh untuk calon penghuni terungku,
atau lebih dari itu,
riwayatnya akan menjadi pupuk penyubur tanah Perjuangan bagi para Mujahidin seterusnya.


Dia pulang.
Tapi yang pulang hanya namanya. Jasadnya sudah tinggal di Medan Jihad.
Sebenarnya, di samping namanya, juga turut pulang ruh-nya yang hidup
dan menghidupkan ruh umat sampai tahun berganti musim,
serta mengilhami para pemimpin yang akan tinggal di belakangnya.

Dia pulang dengan tangan ke atas, kepalanya terkulai, hatinya menyerah kecut kepada musuh yang memusuhi Allah dan Rasul.
Yang pulang itu jasadnya, yang satu kali juga akan hancur.
Nyawanya mematikan ruh umat buat zaman yang panjang.

Entah pabila umat itu akan bangkit kembali,
mungkin akan diatur oleh Ilahi dengan umat yang lain, yang lebih baik, nanti
Ia “Pemimpin” dengan tanda kutip.

Adakalanya ada nakhoda berpirau melawan arus.
Tapi berpantang ia bertukar haluan, berbalik arah.
Ia belum pulang.


Mohamad Natsir
Medan Djihad, 24 Agustus 1961 M/ Maulid 1381 H.

Sang Murabbi


Disebabkan angin seberang berkaitan filem Sang Murabbi semakin kencang melanda Malaysia, maka saya mengambil kesempatan juga untuk mencorek sedikit di dalam blog. Pertama kali mendengar berkaitan filem ini dari blog seorang teman, Sang Murabbi: Mencari Semangat Dakwah Yang Hilang. Menurut apa yang saya pernah baca, filem ini pada asalnya tidak mampu masuk ke panggung atas dasar kurangnya investor berbanding filem Ayat-ayat Cinta yang sebelum ini mungkin lebih terserlah promosi dan iklan berkaitannya.
Saya ambil catatan seorang sahabat melalui email :
"Berkisar dari seorang pemuda yang sedar akan kehancuran bangsanya yang sedang menjadi permainan kuasa dunia, meruntun anak-anak muda dan orang tua.Kesedaran itu menjadikan dia orang yang sentiasa sibuk menabur bakti menyampaikan Islam dalam bentuk yang syumul (menyeluruh) yang telah hilang dalam kehidupan ummat Indonesia. "Sang Murabbi", kisah benar tentang kehidupanseorang pejuang...K. H. Rahmat Abdullah. Nama yang mungkin kecil buat kita , tapi...
Ikuti temubual ekslusif dgn wakil rasmi penerbit filem tersebut, dan berbicara soal dakwah melalui seni, dan 'Sang Murabbi' - hanya di IKIM.fm esok (selasa) 25 Nov jam 3.15pm. wassalam"

Izzatul Islam - Sang Murabbi

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai tayangan dan sesi bedah filem, satu program khas akan diadakan seperti berikut;

Hari/Tanggal : Minggu, 30 November 2008Tempat : Anjungan A, Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala LumpurBintang Tamu: Irwan Rinaldy (pemeran utama), Neno Warisman, Zul Ardhia (Sutradara)
Harga Tiket : RM50 -> Sessi I (Pk.08.30 – 13.00) + ngobrol barengartis Sang Murabbi.RM10 -> Sessi II (Pk.14.30 – 16.00)

Bonus : Doorprize


p/s : daripada tengok cerita madagascar 2 i like to move it move it (adik saya suka nie), baik la bawak anak2 tengok cerita ni, mana tau dapat ganti ustaz rahmat!

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates