Saturday, January 8, 2011

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

Monday, August 2, 2010

Kenangan terindah..

Salam ukhuwah.. Salam kecemerlangan.. Moga sehat2 belako..

Sedar tak sedar dah beberapa bulan berlalu, masa begitu pantas. Pejam celik pejam celik dah ke bulan Ogos. Dah lebih 6 bulan, saya mengharungi kehidupan berumah tangga.

Mungkin 6 bulan yang lepas, saya terlupa nak update blog nie (buat-buat lupa or malas??). Iyelah hari ini tiba-tiba plak rajin nak update and upload sket gambar2 kawen dulu.

Rombongan dari pihak pengantin perempuan. Posing belako.


baru kluar kereta yang kat belakang tu.

Mude mude belako jurucamera nie..

Famili pengantin laki.. COntrol gak nie..

Rombongan pihak pengantin lelaki. Kenyang belako nieh.. Trima kaseh tuan rumah.

Bergambar sket lepas penat uruskan kenduri...

No komen la kot.. nak komen ape ntah..?

Mama, mak ngah, mak lang.. 

Kenduri baru bermula.. Abah dah ready sambut tetamu..

Pengantin masuk rumah.. Hat belakang 2 orang tu tak lama dah..


P/s : Sekian sahaja untuk episod pertama. Ada lagi kot episod-episod seterusnya. Tak larat la nak upload semua. Tp insyaAllah kalau ader kesempatan boleh la upload sket2. =)

Saturday, July 31, 2010

It getting famous.. dah masuk CNN.. Imam Muda

Selamat Pagi Malaysia,

Semalam sempat juga tengok episod terakhir Imam Muda kat Astro Oasis. Nampak gayanya sambutan program ni agak luar biasa. Cuba lihat laporan CNN di bawah.

Muslim clerics star on TV reality show By Dan Rivers, CNN
July 30, 2010 -- Updated 0256 GMT (1056 HKT)

Contestants compete to be a Muslim Cleric
STORY HIGHLIGHTS

* Malaysia's reality TV show 'Young Imam" has been a huge hit
* Ten young Muslim clerics competing to win job at a mosque
* Program makers hope it will engage more young people with religion

(CNN) -- It may look like "American Idol" or "The X Factor", but the contestants aren't vying for money or a record deal.

This is "Imam Muda" or "Young Imam", Malaysia's TV talent show where contestants compete to become a Muslim Cleric.

The slick TV promotion promises: "The show that will change your life, the eternal quest of our very being."

But aside from the overblown claims, the producers are serious about ripping up the rule book of religious programming.

Channel Manager of Astro Oasis TV Izelan Basar says: "Our objective is just to attract the youngsters closer to Islam, that's the main objective. Then it becomes: how are we want to do it? The approach is how are we going to make it interesting for the young. For any religion how to attract the young is a huge challenge."

The winner will get a full-time job at a prestigious mosque, a scholarship to study in Saudi Arabia and an all expenses paid pilgrimage to Mecca.

But their journey to reach those prizes is more like reality TV, than po-faced religious quest. Each episode features the contestants completing different challenges.

So far they've had to counsel married couples going through relationship problems, prepared an HIV positive corpse for burial and deliver a sermon in front of hundreds of worshippers.

Each week, one or sometimes two, hopefuls are voted off by a panel of experts. Tension builds as the presenter reviews the young men's performance and then finally reveals who is being sent home.

There's no Simon Cowell, instead a former Grand Mufti -- equivalent of an Arch Bishop -- is one of those critiquing their every move.

As we filmed two contestants were voted off the show, including a distraught Nuri Ali Arbain.

"So far I am very sad with these results ...I did the best in my exam, my practical, I don't where mistake is actually," he said.

For ten weeks, contestants have been cut off from the outside world. They were unable to watch the football World Cup, instead having to play their own games.

More than a thousand applicants were whittled down to ten finalists, and millions of viewers across Malaysia are expected to tune into the dramatic conclusion this evening.

The producers hope the program will spark debate and inform people about the work of Imams. Its fans say it is a reflection of Malaysia's open, modern and tolerant form of Islam.

The show even has its own Facebook and Twitter accounts, part of a conscious effort to reach out to young viewers and make Islam relevant in the twenty first century.

Whoever wins, a second season seems a certainty. For a religion that is often portrayed as staid and conservative, this is nothing short of revolutionary.

Wednesday, July 14, 2010

Kerana Malas..

Disebabkan penyakit "malas", maka sudah lama blog ini tidak diupdate.
Maka dengan ini, saya akan kembali meng"update" semula blog saya.

'Ter'jenguk seketika apa yang berlaku di dalam blog yang berhabuk begini.
Maka, nantikan posting saya seterusnya..

Kerana malas..
Rumah tidak berkemas,
Sampah berselerakan,
Rumput,lalang tinggi kehijauan di laman,

Kerana malas,
Buku tersimpan,
Sekadar memenuhkan rak dan storan,
Dilupa apatah lg dibaca jangan,
Sekadar menunggu bila kerajinan pulang..

Kerana malas,
Anak-anak terus kelaparan,
Umpama Belalang mencari makan,
Memecah monopoli kemalasan dengan kerajinan,

Akhirnya..
Kemalasan hilang,
Kerajinan berkembang,
Menanti detik kecemerlangan..


Sekian..
(p/s: kerana malas, blog tidak berkemas, susunan kata hilang waras.. heheh)

Friday, January 22, 2010

Murah Rezeki ? Bagaimana? Teruskan membaca...













20 Amalan Murah Rezeki



Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. 

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya: 

1.        Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2.        Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3.        Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.        Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.        Berbakti dan mendoakan ibu bapaDalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.        Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.        Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.        Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.        Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.     Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11.     Menjalin silaturrahim Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12.     Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13.     Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.     Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.  

15.     Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16.     Bersyukur kepada AllahSyukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17.     Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.  
18.     Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.     Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20.     Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)  

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.




p/s: Mesti rasa malas nak baca sampai habis? tahniah anda memang hebat sbb sampai ke titik perenggan terakhir. Hebat lagi kalau dapat amalkan.. =)

Thursday, September 17, 2009

Salam idulfitri

 
Beberapa hari lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirai dan meninggalkan kita. Lazimnya pada penutup Ramadhan kita akan sentiasa berdoa moga -moga dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang kerana belum puas menunaikan ibadah dan belum puas juga menagih bonus Ramadhan lantaran kesibukan bekerja, malas, bertangguh-tangguh, buang masa dan pelbagai lagi seribu satu cabaran dan godaan.
Bersempena dengan 'idulfitri yang bakal menjelma, Saya memohon ribuan kemaafan kepada semua sahabat-sahabat. Maaf Zahir dan Batin. Salam 'idulfitri buat semua.
p/s: Buat sahabt yang mengambil kesempatan raya utk melangsungkan perkahwinan, Baarakallah buat anda semua. Saya bakal menyusul nanti. =) insyaAllah. Asyraf, moga menjadi suami soleh dan moga berjaya dengan perniagaan ia-tech kelak.

Wednesday, September 16, 2009

Berita Syahid dari bumi Al-Aqsa

 Salam ukhuwwah
Ketika di UIAM, sememangnya IIUM Al Aqsa Friends Society merupakan antara persatuan yang aktif. Pemuda-pemuda Palestine yang kaya dengan jiwa pejuang ini, berterusan memahamkan masyarakat sekeliling berkaitan perjuangan mereka dan peranan masyarakat Islam berkaitan Bumi Palestin. Saya juga mengenali beberapa orang sahabat Palestin semasa menuntut di UIA. Kita tentu masih ingat dengan peritiwa pengeboman bumi Palestin secara bertalu-talu  oleh Regim Israel seketika dulu. Kini berita syahidnya seorang graduan UIAM, Ubaida M.A AlQudsi beberapa hari yang lalu di bumi yang diperjuangkannya. Saya kutip kisahnya dari http://blogs.iium.edu.my/martinelli/
Semalam sewaktu menunggu waktu berbuka puasa saya dikejutkan dengan berita  Bro. Ubaida M.A AlQudsi syahid di tanah tumpah darahnya Palestine kerana ditembak oleh askar Israel laknatullah. Hampir tercampak telepon yang saya pegang mendengar berita sedih itu.
Ubaida yang sepanjang belajar di UIA sangat  aktif dalam IIUM Al Aqsa Friends Society dan juga nasyid  baru saja menamatkan pengajian komunikasi dan pulang ke kampung halamannya Palestine selepas selesai peperiksaan semester lepas. Saya menalipon rakannya, Herbawi, untuk mengesahkan berita itu. Herbawi dengan nada sayu menjawab, “Yes madam, he was shot by the Israel army 2 weeks ago  and passed away yesterday.”
Kelab Al-Aqsa Friends Society adalah kelab yang paling aktif menjalankan program2 kesedaran menyelamatkan Masjid AlAqsa. Kebanyakan ahlinya adalah pelajar Palestine. Mereka sering ke pejabat saya untuk membincangkan  program dan pengurusan kelab. Merekalah diantara ribuan anak didik yang saya sayangi di UIA ini. Melihat wajah2 mereka akan membuat anda terasa kecil kerana jiwa muda mereka yang penuh dengan semangat perjuangan. Jasad di UIA tetapi hati nun jauh di negara tercinta. Dengan perasaan dilselubung cemas sepanjang masa kerana mengenangkan nyawa keluarga yang tidak putus2 diancam yahudi, mereka masih terus belajar untuk meraih ilmu.
Kalau anda biasa beri’tiqaf di IIUM SHAH’S Mosque sepuluh Ramadhan terakhir ini anda akan melihat kumpulan pelajar2 ini membawa walkie-talkie kerana menggerakkan usaha menghidupkan Ramadhan di masjid ini di kalangan pelajar UIAM. Saya dapat rasakan perasaan cinta mereka pada masjid UIA yang merupakan menifestasi dari cinta mereka kepad Masjidil Aqsa.
Syahidnya Ubaida akan semakin membakar semangat rakannya2 di sini.

Ini merupakan pemergian ke dua graduan yang bakal menerima skrol semasa konvo 2009 yang akan berlangsung bulan depan. Sebelum ini telah pergi Shafawati yang aktif dalam Kelab Mentor-mentee Gemilang kerana sakit Leukimia. Anak sulung dari 8 beradik berasal dari Sarawak, Shafawati yang dikenali sebagai Kak Sha di kalngan juniornya sangat peka dengan masalah masyarakat sehingga sanggup menghabiskan masanya dalam kerja2 kemasyarakatan CENSERVE tanpa memperdulikan penyakitnya.
Kedua2 mereka adalah hasil produk the Garden of Knowledge and Virtue yang benar2 menterjemahkan ilmu yang mereka dapati dalam bentuk bakti suci buat ummah tercinta. Pemergian mereka yang ditangisi oleh teman2 akan menyemarakkan lagi semangat cintakan ummah di kalangan pelajar2 UIA seluruhnya.
Konvo 2009 dijangka paling syahdu kerana pemergian 2 graduan yang menemui Tuhannya sebelum sempat menerima skrol dan pencapaian dua orang insan istimewa Nik Nor Ermiza dan Fahmi.

Ya Allah berikanlah kami kekuatan untuk terus membantu menghasilkan jiwa2 besar dari UIA yang bakal memimpin ummah tercinta ini. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates