Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, January 9, 2008

Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah


Sebenarnya hijrah Rasulullah SAW ke Madinah membawa erti kelahiran sebuah Negara Islam yang pertama di alam ini (di kala itu) dan ini juga pernyataan akan wujudnya sebuah pemerintahan Islam (Khilafah) di bawah kelolaan pengasasnya yang pertama Muhammad ‘alaihissalatu Wassalam.”
[Fiqh al-Sirah, Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti]



“Satu Muharam detik permulaan.. Perkiraan tahun Islam Hijrah… Penghijrahan nabi dan umat Islam.. dari kota Makkah ke kota Madinah……”

Inilah dia nasyid popular dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke hari ini. Namun pada saya, ketika kanak-kanak pengertian hijrah kurang dihayati malahan langsung tidak tahu menahu antara kaitan hijrah, Ma’al Hijrah, mahupun apa-apa perkara berkaitan Hijrah. Apatah lagi senonim dengan budaya masyarakat hari ini yang langsung tidak tahu menahu berkaitan tahun Hijrah. Jika anda tidak percaya, cuba tanya diri sendiri atau sahabat dari semasa ke semasa, berapa haribulan hari ini dalam tahun Hijrah. Takpun soalan mudahnya, bulan apa sekarang ini dalam tahun hijrah, ataupun lebih mudah lagi tahun ke berapa hijrah sekarang nie? Mesti ramai akan mula menggaru kepala dan kemudian mula menukar topic perbincangan. Agaknya kalau bapak mertua nak test calon menantu bolehla kot guna soklan nie. Gerenti menngeletar seluruh badan memikirkan jawapannya.


Beberapa hari yang lalu saya baru membeli suatu buku yang saya rasakan sesuai untuk anda menilik dan memotivasikan diri anda. Buku yang diberi tajuk “Kuasa hijrah kuasa untuk berubah” ini memang agak sesuai dijadikan bahan bacaan anda bersempena dengan permulaan tahun Hijrah 1429 ini. Selain penjelasan dan langkah-langkah penting yang agak praktikal kearah penghijrahan anda, buku ini juga menyelitkan kisah-kisah hasil temuramah penulis dengan tokoh-tokoh terkenal tanah air. Sebagaimana dalam entry saya yang lepas, saya ada memetik saranan Jack Canfield berkaitan memperbanyakkan belajar dan membaca kisah tokoh-tokoh yang telah Berjaya, maka Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah mempunyai pakej kisah-kisah tersebut. Tahniah diucapkan kepada Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah dan saudara Fadzli Yusof.


“Sesetengah orang melihat sesuatu seadanya dan berkata; kenapa? Saya impikan sesuatu yang tiada dan berkata; Kenapa tidak?’~ George Bernard Shaw ~
[dipetik dari buku One More Time, Tengku Farith Rithaudeen]

Sepatutnya pada saat ini, anda perlukan tekad dan disiplin diri untuk mengatakan kepada diri anda bahawa “Aku ingin berHIJRAH, aku ingin BERUBAH”. Jika anda gagal bukan lah bermakna anda gagal untuk selamanya. Apa yang saya yakini, GAGAL BERKALI-KALI BUKANLAH BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMANYA. Thomas A. Edison gagal berkali-kali sebelum dapat menghasilkan apa yang kita sebut sebagai Lampu ataupun "light bulb". Bill Gate juga pernah gagal sebelum menjadi manusia terkaya pada abad ini.

Nah apa lagi, kegagalan hanya sementara. Jika kita punyai keyakinan, nilai tawakal, serta amanah, kita bakal mengecap apa yang disebut sebagai KEJAYAAN.

p/s : Teringat kegagalan saya untuk memenangkan group sekolah rendah kami dalam pertandingan kuiz agama peringkat daerah Kulim, Kedah sempena Sambutan Ma'al Hijrah ketika darjah Enam. Alangkah sedihnya..

Tuesday, January 8, 2008

Semua orang berpeluang untuk berjaya



Kata Jack Canfield dalam bukunya "The Success Principal", kita perlu banyak membaca dan berkongsi pengalaman dengan orang yang telah berjaya. Mereka ini pastinya punyai pengalaman dan tips-tips keluar/penyelesaian masalah yang mereka hadapi sebelum menjadi insan terkenal dan berjaya.

Kali ini ingin saya paparkan berkaitan Steve Jobs [yang dipetik dari blog Kitaro] yang mula-mula memperkenalkan font-font menarik di komputer peribadi. dan dia pernah kena pecat dari syarikat yang dia sendiri asaskan. Dia lebih dahulu ketengahkan konsep Graphical User Interface (GUI) lagi awal dari Bill Gates. Bayangkan hari anda dengan Times New Roman dan Arial sahaja. Tentu saja bosan kan?

Monday, January 7, 2008

Mengisi Masa Lapang



Readers Are Leaders

Kajian menunjukkan bahawa purata rakyat Amerika menonton tv sebanyak 6 jam sehari. Maka, dengan mengambil kira umur selama 60 tahun, sebanyak 15 tahun telah tersia-sia dengan menonton televisyen semata-mata. Berapa banyak 15 tahun itu.? Seperempat dari umur kita. Dengan mengurangkan masa menonton selama sejam, akan memberi tambahan 365 jam setahun kepada kita untuk mencapai perkara lain yang AMAT PENTING di dalam hidup.
[Jack Canfield, The Success Principles(2005)]

Usah bazirkan lagi masa anda. Apa kata jika anda mula membaca sebuah buku seminggu, di dalam 10 tahun anda akan membaca 520 buah buku dan dalam 20 tahun sebanyak 1000 buah buku. Wow, suatu jumlah yang mampu memberikan kredit yang besar kepada diri anda sendiri. Boleh ker nak banyak buku setiap hari? Tentulah boleh, tambah-tambah lagi jika kita dapat tambahkan kepantasan kita membaca sekali gus juga secepat mana kita menyerap info bahan bacaan kita.


Teknik Membaca yang betul


Paul Schele ada menawarkan course berkaitan pembacaan pantas melalui PhotoReading Corse. Mungkin boleh lawati juga laman webnya www.learning strategies.com. Alangkah baiknya jika anda dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan kita. Antara lain saya memetik beberapa teknik bacaan pantas dari laman web http://www.fadzliyusof.com/ ;
  • Lihat isi kandungan buku.
    Timbulkan persoalan-persoalan awal sebelum membaca.
    Buat ujikaji keberkesanan bacaan pantas.
  • Bayangkan apa yang anda akan baca.
  • Buang tabiat suka mengungkapkan perkataan semasa membaca.
  • Baca serumpun perkataan, bukan satu perkataan
  • Belek semula.

Membaca di Ruang Cyber


Kepesatan teknologi yang melanda negara, bukan sekadar mengubah cara hidup, cara berhubung dan banyak lagi, malah turut mengubah tabiat pembacaan masyarakat. Jika dahulu, masyarakat lebih suka membaca bahan-bahan bacaan yang berupa buku, akhbar, majalah sahaja. Tetapi hari ini mereka juga mula beralih kepada pembacaan di blog, ebook, e-majalah dan pelbagai lagi yang bersifat cyber. Maklumat juga lebih mudah dicari. Bahan bacaan juga sudah pelbagai. Berita-berita semasa mudah dilayari dang lebih “updated”. Tidak hairanlah dengan perkembangan blog yang melata. Semua orang sudah mula membuat blog mereka sendiri dari seorang cikgu, Businessman, pelajar, mahasiswa, ahli politik, pemimpin mahasiswa mahupun negara, suri rumah dan sbg. Ruang bacaan cyber yang lebih menjimatkan kadangkala menjadi pilihan utama kepada pelajar atau penduduk bandar untuk mencari maklumat yang lebih cepat dengan satu klik.


Maka anda punyai 24 jam. Pemimpin negara juga punyai 24 jam. Ayah anda juga begitu. Semua orang punyai 24 jam setiap hari. Tinggal lagi, bagaiamana pengisian ruang-ruang kosong dari 24 jam itu sahaja. Itupun jika masih ada yang kosong. Kalaupun penuh, analisis semula samada penuh dengan perkara berfaedah atau tidak? Tidur sebagai aktiviti memenuhkan masa lapang? baca di sini. Apa kata mulai hari ini, dengan azam tahun baru anda, cuba setkan satu buku atleast seminggu. Maka, dalam setahun sudah boleh mencapai 50++ buah buku.

Tuesday, December 11, 2007

Anjakan Paradigma dan perspektif kanak-kanak


“Abang gheja apa?” tanya saya.
“Gheja engineer ja,” sambutnya perlahan.
“Gheja engineer tu best tak bang?” tanya saya lagi ingin tahu.
“Blehla tahan. Takla teruk sangat. Kalau kat kilang abang tu, just pi check mesin-mesin ja. Banyak masa duduk ja. Pastu nanti ronda la lagi kalau mesin ada problem ka apa ka.” Jawabnya selamba.
“Owh macam tu.” Saya mengangguk paham.

Malam tersebut cita-cita saya berubah lagi. Bukan lagi ingin jadi guru seperti abah. Tapi ingin menjadi engineer seperti abang di hadapan rumah saya tu. Dia fasih berbahasa jepun. Pastu boleh mengajar saya tuisyen bahasa inggeris (Saya memang agak lemah berbahasa inggeris semasa sekolah rendah). Ah, Aku ingin menjadi seorang engineer! Itulah tekad seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Ketika itu tahun 1992. Kini sudah penghujung 2007. Pengajian saya juga bakal tamat. Saya bakal bergelar siswazah kejuruteraan mekatronik. Inikah cita-cita yang saya impikan semasa tahun 1992 dahulu?

Hakikatnya semua orang memiliki cita-cita. Kanak-kanak kerap berubah cita-cita. Saya kira apabila angkasawan pertama negara Sheikh Muszaphar menjejakkan kaki untuk menandakan beliau merupakan rakyat Malaysia pertama menjejak kaki ke ISS, sekali gus sebagai MUSLIM ketiga sampai ke ruang angkasa, tentu ramai kanak-kanak yang mengubah cita-cita mereka untuk menjadi angkasawan pula. Kanak-kanak telah belajar untuk mendapat paradigma berbeza mengikut perspektif apa yang mereka lihat, apa yang mereka dengar dan apa yang mereka baca. Minda mereka menganalisis maklumat dengan kapasiti kemampuan mereka pada masa tersebut, dan seterusnya membuat keputusan untuk MENJADI APA? Bagaimana kita yang telah dewasa? Adakah kita menganalisis maklumat yang kita ada untuk mengubah paradigma kita? Kita punyai mata, telinga dan minda. Tentulah jawapannya YA.

Istilah “ANJAKAN PARADIGMA” atau “PARADIGM SHIFTING” tentu merupakan istilah istimewa dan agak menarik untuk kita bicarakan. Pertama kali saya mendengarnya semasa saya sekolah rendah, tetapi saya mula memahaminya apabila berada di Universiti. Nampaknya begitu lama jurang masa yang memahamkan saya berkaitan istilah ini. Mungkin saya malas mengkaji. Mungkin juga saya malas membaca. Ataupun mungkin saya merasa diri saya sudah faham. Akhirnya, bersyukur kerana saya telah memahami. Hehehe.

Anda ingin memahami? Saya suka mencadangkan anda membaca buku 7 habit the most effective people karya Steven Convey. Saya suka menyimpulkan dengan cerita Steven Con vey berkaitan paradigm shifting. Suatu hari beliau pulang dari bandar dan naik sebuah train (baca: LRT kalo kat Malaysia). Maka ketika di dlam train, jeng jeng jeng..(macam suspen jer) masuk seorang lelaki dengan dua orang anaknya yang agak kecil. Dengan wajah yang selamba, lelaki tersebut duduk di satu kerusi. Selepas beberapa minit, kelihatan anak-anaknya mula membuat bising dan berlari ke sana sini sekali gus menimbulkan rasa kurang senang penumpang lain. Penumpang mula merasa gelisah dan rasa tidak puas hati melihat perlakuan anaknya. Ketika itu, steven pula merasa pelik dengan perilaku ayah kepada kanak-kanak tersebut yang langsung tidak mengendahkan perilaku anak-anaknya yang agak buas (baca: nakal). Maka steven pun memberanikan diri untuk menegur lelaki tersebut berkaitan anak-anaknya. Anda tahu apa yang di jawab oleh lelaki tersebut? Jeng jeng jeng... (Suspen lagi) Dia menjawab dengan perlahan, bahawa ibu kepada kanak-kanak ini baru meninggal dunia, dan dia berasa sangat sedih dan tidak tahu apa yang perlu dibuatnya. Dia berasa seperti putus harapan. Maka, Steven mengatakan rasa tidak puas hati dan marahnya tiba-tiba hilang. Perasaan simpati pula yang muncul. Penumpang lain yang turut merasa marah tadi juga berubah sikap, dan mula menyampai rasa takziah mereka kepada lelaki tersebut. Anda lihat, bagaimana paradigm shifting telah berlaku kepada steven dan penumpang2 tersebut.

Untuk kisah selanjutnya, bacalah buku tersebut. Memang berbaloi. Boleh juga menyemak link di http://saifulislam.com/. (Ada diceritakan serba sedikit berkaitan habit 1,2,3,6).
p/s : Read to lead. Carita steven tu sekadar sekilas pandang bacaan saya. Mungkin ada yang bertukar. Tapi maksudnya begitulah.

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates