Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, March 25, 2008

Kemelut oh kemelut!!


Sudahlah gagal mempertahankan 5 negeri. badai kemelut dalaman UMNO semakin terserlah dibawah kepimpinan "Mr Clean" kita. Ketidak upayaannya yang semakin terserlah menyebabkan rakyat bingung dan melihat sahaja kemelut yang sedang melanda dan bakal melanda kelak. Sudahlah bertentangan dengan pihak istana, kemudiannya kenyataan yang tanpa unsur periksa terus dilakukan oleh Pak Lah. Saya menyarankan PM bermuhasabah diri dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan2 kontroversi yang bakal menampakkan kelemahan diri dan kepimpinan yang diterajui nya ini. Cukuplah dengan kebencian rakyat kepada menantunya, tidak perlu beliau mengheret dirinya untuk turut sama dibenci rakyat. Bermuhasabahlah wahai Pak Lah...


Lantik Ahmad sah, Abdullah salah - Ku Li

sumber: harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa perlantikan sesiapa sahaja selain Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu bercanggah dengan perlembagaan adalah salah, kata Tengku Razaleigh Hamzah.


"Seperti dalam krisis di Perlis baru-baru ini, tindakan-tindakan Perdana Menteri menunjukkan ketidakcekapan yang memeranjatkan di dalam mengendalikan hubungan fundamental dan fungsi kerajaan yang begitu jelas," kata bekas Menteri Kewangan yang menawarkan diri sebagai calon Presiden Umno itu.


Apa yang berlaku di Terengganu, katanya, adalah krisis kerajaan dan bukannya krisis perlembagaan.


"Sultan telah bertindak dalam bidang kuasa baginda untuk melantik seseorang yang dipercayai mempunyai dukungan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)," kata Ahli Parlimen Gua Musang itu dalam kenyaataanya yang dianggap keras mengenai kelemahan Abdullah.


Menurut beliau, perlantikan Datuk Ahmad Said oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu adalah sah dan Adun itu sekarang adalah MB Terengganu.


"Terserahlah kepada persidangan DUN nanti untuk memberikan usul percaya kepadanya (Ahmad)," tambahnya.


Semua petisyen, ancaman, paksaan dan deklarasi menyokong Perdana Menteri dan Idris tidak mempunyai kekuatan di sisi undang-undang untuk mencabar perlantikan yang dibuat oleh Sultan itu kerana ia adalah sah di sisi undang-undang, katanya.

Monday, March 24, 2008

Siapa yang sebenarnya biadap???!!

Saya tidak ingin mengulas panjang. Cume mungkin anda boleh menilai sendiri dengan membaca berita dari utusan ini dan bandingkan dengan situasi semasa.
DAP(baca: UMNO) biadab -- Arahan pulau majlis pelantikan MB Perak dianggap hina raja Melayu

Oleh: HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP(baca: UMNO) bertindak biadab apabila mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang sepatutnya berlangsung hari ini.

Beberapa pemimpin yang membidas tindakan DAP(baca: UMNO) itu turut menegaskan, adalah satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu jika ada mana-mana pihak yang tidak menghormati majlis tersebut yang merupakan sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan DAP(baca: UMNO) melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Penasihatnya, Lim Kit Siang semalam merupakan sesuatu yang di luar batasan.

“DAP(baca: UMNO) secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan kesultanan Melayu.

Niat memulaukan istiadat pelantikan juga menunjukkan mereka hanya gilakan kuasa sehingga sanggup membelakangkan kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

DAP (baca: UMNO)malam tadi mengarahkan kesemua 18 ADUN(baca:22) parti itu di Perak(T'ganu) memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang dijadualkan petang ini. Pada pilihan raya lalu, Barisan Nasional menang 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Pas (5) dan PKR (7).

Tindakan itu diambil berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam melalui Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memilih ADUN Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.
Kit Siang dalam kenyataannya semalam menegaskan keputusan melantik Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar hanya mencetuskan kejutan dan kemarahan pimpinan, ahli serta penyokong DAP.

Sebaliknya menurut Kit Siang, DAP hanya bersetuju dua(baca: satu) nama sahaja iaitu Pengerusi DAP Perak merangkap ADUN Sitiawan, Ngeh Koo Ham dan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR)(baca: Ideris Jusoh) sebagai Menteri Besar.

Majlis tersebut kemudian ditangguhkan selepas pihak istana mendapati DAP, Pas dan PKR tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

Bagaimanapun hari ini, Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya itu.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula dengan tegas menyifatkan kenyataan Kit Siang itu sebagai biadab.

“Jangan baru sehari dua berkuasa, sudah mula tunjuk belang. Memang ia biadab.

“Perlu ingat negeri Melayu ada adat dan pantang larang, sebab itu DAP(baca:UMNO) jangan sesekali lupa pepatah, ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.

Saya percaya dalam hal ini bukan sahaja saya, tetapi puluhan juta lagi rakyat menjunjung kasih dan mengucapkan syabas ke bawah Duli Tuanku Sultan Perak(baca: Sultan Terengganu), Sultan Azlan Shah kerana terus menegakkan peruntukan Perlembagaan,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun Kit Siang sudah memohon maaf dan akur untuk menghadiri majlis angkat sumpah, namun langkah itu umpama ‘sudah terhantuk baru tengadah’.

“Sebagai rakyat Malaysia yang taat kepada institusi raja dan menghormati dasar-dasar negara, kita rasa terpukul dengan keangkuhan DAP(baca: UMNO) yang seolah-olah mengundang api perkauman.

“Sikap yang keterlaluan dan melampau ini seolah-olah mengundang api perkauman supaya disemarakkan dan memang benar telahan umum selama ini DAP(baca: UMNO) merupakan parti cauvinis yang bertopengkan konsep ‘Malaysian Malaysia’,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman pula berkata, perkembangan yang berlaku di Perak itu seharusnya menginsafkan orang Melayu.

Sekarang kita nampaklah belang DAP(baca:UMNO). Tanya saya, memanglah biadab bila tidak boleh terima keputusan istana,” tegasnya.
p/s: Sudah habis membaca? Apa kata jika tukar perkataan DAP dengan UMNO. Perak dengan Terengganu. Tentu lebih menarik bukan.. Mungkin juga kerajaan cmpuran PKR+PAS+DAP juga boleh ditukar kepada kerajaan UMNO. Alangkah hinanya mereka memalukan diri sendiri dengan ditambah sokongan Presiden UMNO dan setiausaha Agung UMNO, untuk membantah keputusan raja. Hari ini rakyat Melayu, Cina dan INdia, Kadazan, Bidyuh dsbg menjadi saksi talam dua muka yang depertontonkan oleh pemimpin Melayu.
Ada satu peribahasa kepada pemimpin BN/UMNO di sini:"Mengata dulang paku serpih. Mengata orang UMNO yang lebih."

Update: Sedikit pelajaran sivik untuk Adun-Adun UMNO/BN Trengganu:-
Maka kami rakyat malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan.

Thursday, March 20, 2008

Pertahankan DEB atau pertahankan kelompok tertentu..


Kira-kira 1,000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di Dataran Shah Alam hari Rabu bagi membantah cadangan PKR dan DAP yang kini memerintah Selangor untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Perhimpunan yang berlangsung di dalam hujan lebat itu menyaksikan perhimpunan yang dinamakan Himpunan Melayu Selangor itu dipenuhi dengan ucapan yang membantah cadangan pihak kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan DEB. Beberapa pemimpin perhimpunan itu dalam ucapannya mengutuk cadangan menghapuskan DEB yang disifatkan mencabar kesabaran orang Melayu. Malah mereka melaungkan slogan Hidup Melayu dan Daulat Tuanku berharap agar Sultan Selangor terus diberikan kekuatan untuk mempertahankan kepentingan orang Melayu di Selangor. Perhimpunan berkenaan berlangsung dalam masa setengah jam dan berjalan dengan aman dan pihak polis kelihatan berkawal di sekitar Dataran Shah Alam sepanjang perhimpunan itu berlangsung. - 19/3/2008


komen ibn_sabil : Teringat pulak ketika zaman pemerintahan Tuan Guru Hj Hadi, wang royalti di tarik balik dari keraajaan negeri. Zaman Idris pulak, masjid Kristal dibina untuk membazirkan duit rakyat. Negeri Kelantan dimomokkan dengan tahap kemiskinn yang sangat serius. Dimana agaknya DEB? Kenapa UMNO tiba-tiba menjadi hero DEB? Mungkin sudah tidak ada isu agaknya. Apatah lagi takut-takut perhimpunan menyokong DEB tiba-tiba bertukar kepada perhimpunan membantah/mendesak Pak Lah berundur. Alangkah celarunya dunia baru UMNO 2008...

Monday, February 18, 2008

Undi PKR




PARLIMEN P-18 KULIM BANDAR BARU


Assalammu’alaikum,Sahabat serta rakan taulan sekelian,

Pertama saya memanjat rasa syukur kehadrat ALLAH atas kurniaNya saya diberikan sahabat serta rakan taulan seperti saudara/saudari yang sudi membantu dalam satu projek kami untuk mendapatkan kerusi Parlimen P-18 Kulim Bandar Baharu. Projek yang saya codename sebagai OTAK= Ops Tawan Kulim Bandar Baharu.

Pada asalnya saya patut bertanding di Parlimen Pandan, Selangor, yang mana saya telah pun membuat groundwork sejak tahun 2006 lagi dengan pelbagai program dan aktiviti. Namun musibah telah menimpa calun yang dititip untuk bertanding di Kulim iaitu Sahibus Samahah Dato' Sheikh Azmi Sheikh Ahmad (bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang) apabila beliau ditimpa penyakit kencing manis/diabetic menyebabkan kaki kiri beliau terpaksa dipotong diatas paras lutut dua minggu lepas.

Pihak pimpinan telah menapis beberapa calun yang berpotensi dan mendapati saya harus menggantikan Dato' atas alasan saya berasal dari Baling, daerah yang bersebelahan dengan Kulim. Juga pihak PAS Kawasan di bawah pimpinan Ust. Yaakob dan PKR Bhg. Kulim di bawah pimpinan sdr. Irwan bersetuju sebulat suara untuk saya menjadi calun P.18. Ini juga dipersetujui oleh Badan Perhubungan PAS negeri Kedah dan Badan Perhubungan Negeri PKR. Oleh itu saya menerima mandat yang diberikan walaupun saya berasa ramai lagi di luar sana yang lebih layak daripada saya terutama anak-anak tempatan Kulim-Bandar Baharu yang tidak kurang kelayakan.

Walaupun saya merupakan ahli PAS (sekarang menjawat Pengerusi Tetap PAS Kwsn Bandar Tun Razak), namun dipinjamkan ke PKR kerana kerusi Parlimen P. 18 adalah kerusi PKR.

PRU- 12 : Pengendali Laman Web, Bloggers sedia Gempur BN

p/s : Bila tiba musim pilihanraya, semua jentera kerajaan dipalu, mahasiswa diberi amaran.. Cuma dibenarkan mengundi tida dibenarkan menyertai kempen parti.. Peliknya kerajaan malaysia...



KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Laman web dan bloggers pro pembangkang sudah pasti akan menggunakan internet sebagai medium utama dalam menghadapi propaganda Barisan Nasional sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 12 ini.

Di sebalik pelbagai usaha BN untuk menyekat kebebasan penyebaran maklumat, ia ternyata gagal menghalang kemaraan rakyat yang semakin sedar dengan pelbagai salahlaku serta penyelewengan pemimpin kerajaan.

Walaupun internet terhad kepada segmen tertentu dari kalangan pengundi, namun perkembangan pesat teknologi maklumat serta peningkatan rakyat celik IT amat membimbangkan BN, terutamanya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Pengendali laman web terkenal, Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin berpendapat, internet tetap digunakan secara konsisten dan lebih aktif oleh rakyat Malaysia sejak pilihan raya umum 2004 setelah tercetusnya gelombang reformasi kebangkitan rakyat akibat tangkapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Kita telah bersedia dengan strategi di peringkat bloggers untuk berhadapan dengan pihak Umno sejak 10 tahun yang lalu, bukan hanya dalam jangka masa mendekati pilihan raya ini,”
Tegasnya, meskipun ramai yang mempunyai tanggapan mengenai kepentingan web tersebut yang masih dipandang rendah akan keberkesanannya kepada pengundi, Raja Petra memaklumkan bahawa terdapat sebilangan pengundi yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun yang tidak pernah mengundi sebelum ini mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya kali ini selepas terkesan dengan pengaruh maklumat pada laman web.

“Mereka ini adalah pengundi yang tidak pernah mendaftar, tetapi setelah mendapat maklumat daripada laman-laman web mereka mengambil keputusan untuk mengubah kerajaan yang ada kerana telah ‘fed-up’,”

Selain itu, beliau menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 11 juta bilangan pengguna internet berdaftar di Malaysia yang aktif menggunakan teknologi ‘broadband’ atau jalur lebar sepanjang tahun.

“Ini bermakna sebahagian besar daripada mereka merupakan pengundi dalam pilihan raya ini, walaupun kita mengetahui bahawa orang bandar kurang berminat untuk mengundi berbanding orang kampung. Sebab itu Umno-BN mensasarkan orang kampung yang pada pandangan mereka lebih mudah untuk digula-gulakan,”

Dalam pada itu, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa Umno-BN telah mengadakan banyak perbincangan bagi mengatur strategi khusus memerangi laman web dan blog pembangkang namun kesemuanya menemui kegagalan.

“Mereka telah kaji cara untuk tangani ‘cyber war’ menjelang pilihan raya dengan menubuhkan kumpulan ‘cyber-troopers’ di bawah kelolaan Dato’ Azalina dan Dato’ Norza, tetapi semuanya gagal kerana kita telah tahu taktik mereka yang menghantar komen-komen yang membanjiri blog dan laman web kita sebagai perangkap,”

Jelasnya, usaha yang mereka jalankan sejak 1998 itu gagal menyaingi kumpulan pengendali laman web dan blog alternatif.

Sementara itu, seorang lagi penulis blog yang sensasi, Jeff Ooi pula merasakan sungguhpun kempen menggunakan internet sebagai medium mempengaruhi pengundi tidak relevan dengan kawasan luar bandar, ia tidak bermakna ia harus dikesampingkan.

“Sememangnya kempen siber memang tidak relevan dengan kawasan luar bandar kerana tiada akses internet yang mantap. Tetapi parti-parti politik telah lama menggunakan saluran tersebut untuk menyampaikan agenda kepada pengundi,”

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa rakyat Kelantan adalah antara pengguna internet yang agresif.

“Internet telah biasa digunakan secara agresif di Kelantan. ketika saya singgah di sebuah warung di tepi jalan sebuah pekan kecil, saya sangat terkejut kerana ia mempunyai akses internet tanpa wayar (wireless),” katanya.

Dengan tidak menafikan bahawa terdapat halangan serta kekurangan kempen menggunakan saluran internet ini, beliau masih menyatakan bahawa ia merupakan suatu ruang yang seharusnya dimanafaatkan secara maksimum oleh jentera parti yang bertanding.

Hal ini sekaligus menangkis dakwaan yang dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy, yang menyatakan bahawa laman web dan blog tidak akan menjadi faktor penentu dalam pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun, beliau melihat ia akan menjadi ‘ jentera ‘ yang lebih penting bagi menghadapi pilihan raya selepas ini.

Selain itu, Khairy turut mengakui pasukan dalam alam siber Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih gagal menyaingi jentera siber pro pembangkang namun ia sudah ada permulaan yang agresif.

“Saya nampak pasukan kita masih belum dapat bersaing tetapi sudah ada permulaan dan saya nampak perkara ini penting bukan untuk pilihan raya kali ini tetapi pada pilihan raya selepas ini,” kata Khairy pada Agendadaily ketika ditemui selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, dekat Sungai Rapat Ipoh, Perak petang Sabtu.
Beliau menganggap ketika ini amat penting bagi jentera perang alam siber pemuda digerakkan berlatih menghadapi pilihan raya secara ‘ realiti ‘ untuk tujuan membina kekuatan bagi menghadapi ‘peperangan’ sebenar dalam pilihan raya ke 13.

Katanya, “kalau kita ketinggalan kali ini, kita tidak ada latihan, kita tidak dapat praktis. Saya nampak alternatif media ini tidak akan menjadi satu faktor penentu di pilihan raya kali ini tapi pada pilihan raya akan datang atau seterusnya faktor media alternatif ini akan menjadi lebih penting”.

“Kalau kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk ‘berlatih’ dalam alternatif media ini, kita akan kehilangan satu peluang yang baik. Kita sekarang kena dry run disamping kita cuba menangkis segala tohmahan dalam internet tapi kita akui mereka jauh mendahului kita dalam internet tetapi inilah juga masa yang baik untuk kita cuba dry run...

Thursday, January 10, 2008

Parti Mahasiswa Negara [PMN]


“Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka.
“Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalam tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas.
“Pembincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak..”

>>Baca Selanjutnya

Sdr Najwan Halimi ada menanyakan mengenai penubuhan Parti Mahasiswa Negara. Sdr Najwan diminta menghubungi teman-teman PMN. Kita harus segera berbicara. Tenaga perlu disatukan, berjuang dlm gerakan padu - bunyan marsus!
ANWAR IBRAHIM

p/s: Saya juga masih samar-samar berkaitan hal ini. Namun mungkin juga ini satu kejutan kepada pasca politik tanah air yang masih belum terasa kehangatan PRU akan datang. Mungkin juga PMN ingin mencetuskan suasana hangat ke arah PRU Malaysia akan datang? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates