Monday, February 18, 2008

PRU- 12 : Pengendali Laman Web, Bloggers sedia Gempur BN

p/s : Bila tiba musim pilihanraya, semua jentera kerajaan dipalu, mahasiswa diberi amaran.. Cuma dibenarkan mengundi tida dibenarkan menyertai kempen parti.. Peliknya kerajaan malaysia...



KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Laman web dan bloggers pro pembangkang sudah pasti akan menggunakan internet sebagai medium utama dalam menghadapi propaganda Barisan Nasional sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 12 ini.

Di sebalik pelbagai usaha BN untuk menyekat kebebasan penyebaran maklumat, ia ternyata gagal menghalang kemaraan rakyat yang semakin sedar dengan pelbagai salahlaku serta penyelewengan pemimpin kerajaan.

Walaupun internet terhad kepada segmen tertentu dari kalangan pengundi, namun perkembangan pesat teknologi maklumat serta peningkatan rakyat celik IT amat membimbangkan BN, terutamanya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Pengendali laman web terkenal, Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin berpendapat, internet tetap digunakan secara konsisten dan lebih aktif oleh rakyat Malaysia sejak pilihan raya umum 2004 setelah tercetusnya gelombang reformasi kebangkitan rakyat akibat tangkapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Kita telah bersedia dengan strategi di peringkat bloggers untuk berhadapan dengan pihak Umno sejak 10 tahun yang lalu, bukan hanya dalam jangka masa mendekati pilihan raya ini,”
Tegasnya, meskipun ramai yang mempunyai tanggapan mengenai kepentingan web tersebut yang masih dipandang rendah akan keberkesanannya kepada pengundi, Raja Petra memaklumkan bahawa terdapat sebilangan pengundi yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun yang tidak pernah mengundi sebelum ini mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya kali ini selepas terkesan dengan pengaruh maklumat pada laman web.

“Mereka ini adalah pengundi yang tidak pernah mendaftar, tetapi setelah mendapat maklumat daripada laman-laman web mereka mengambil keputusan untuk mengubah kerajaan yang ada kerana telah ‘fed-up’,”

Selain itu, beliau menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 11 juta bilangan pengguna internet berdaftar di Malaysia yang aktif menggunakan teknologi ‘broadband’ atau jalur lebar sepanjang tahun.

“Ini bermakna sebahagian besar daripada mereka merupakan pengundi dalam pilihan raya ini, walaupun kita mengetahui bahawa orang bandar kurang berminat untuk mengundi berbanding orang kampung. Sebab itu Umno-BN mensasarkan orang kampung yang pada pandangan mereka lebih mudah untuk digula-gulakan,”

Dalam pada itu, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa Umno-BN telah mengadakan banyak perbincangan bagi mengatur strategi khusus memerangi laman web dan blog pembangkang namun kesemuanya menemui kegagalan.

“Mereka telah kaji cara untuk tangani ‘cyber war’ menjelang pilihan raya dengan menubuhkan kumpulan ‘cyber-troopers’ di bawah kelolaan Dato’ Azalina dan Dato’ Norza, tetapi semuanya gagal kerana kita telah tahu taktik mereka yang menghantar komen-komen yang membanjiri blog dan laman web kita sebagai perangkap,”

Jelasnya, usaha yang mereka jalankan sejak 1998 itu gagal menyaingi kumpulan pengendali laman web dan blog alternatif.

Sementara itu, seorang lagi penulis blog yang sensasi, Jeff Ooi pula merasakan sungguhpun kempen menggunakan internet sebagai medium mempengaruhi pengundi tidak relevan dengan kawasan luar bandar, ia tidak bermakna ia harus dikesampingkan.

“Sememangnya kempen siber memang tidak relevan dengan kawasan luar bandar kerana tiada akses internet yang mantap. Tetapi parti-parti politik telah lama menggunakan saluran tersebut untuk menyampaikan agenda kepada pengundi,”

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa rakyat Kelantan adalah antara pengguna internet yang agresif.

“Internet telah biasa digunakan secara agresif di Kelantan. ketika saya singgah di sebuah warung di tepi jalan sebuah pekan kecil, saya sangat terkejut kerana ia mempunyai akses internet tanpa wayar (wireless),” katanya.

Dengan tidak menafikan bahawa terdapat halangan serta kekurangan kempen menggunakan saluran internet ini, beliau masih menyatakan bahawa ia merupakan suatu ruang yang seharusnya dimanafaatkan secara maksimum oleh jentera parti yang bertanding.

Hal ini sekaligus menangkis dakwaan yang dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy, yang menyatakan bahawa laman web dan blog tidak akan menjadi faktor penentu dalam pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun, beliau melihat ia akan menjadi ‘ jentera ‘ yang lebih penting bagi menghadapi pilihan raya selepas ini.

Selain itu, Khairy turut mengakui pasukan dalam alam siber Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih gagal menyaingi jentera siber pro pembangkang namun ia sudah ada permulaan yang agresif.

“Saya nampak pasukan kita masih belum dapat bersaing tetapi sudah ada permulaan dan saya nampak perkara ini penting bukan untuk pilihan raya kali ini tetapi pada pilihan raya selepas ini,” kata Khairy pada Agendadaily ketika ditemui selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, dekat Sungai Rapat Ipoh, Perak petang Sabtu.
Beliau menganggap ketika ini amat penting bagi jentera perang alam siber pemuda digerakkan berlatih menghadapi pilihan raya secara ‘ realiti ‘ untuk tujuan membina kekuatan bagi menghadapi ‘peperangan’ sebenar dalam pilihan raya ke 13.

Katanya, “kalau kita ketinggalan kali ini, kita tidak ada latihan, kita tidak dapat praktis. Saya nampak alternatif media ini tidak akan menjadi satu faktor penentu di pilihan raya kali ini tapi pada pilihan raya akan datang atau seterusnya faktor media alternatif ini akan menjadi lebih penting”.

“Kalau kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk ‘berlatih’ dalam alternatif media ini, kita akan kehilangan satu peluang yang baik. Kita sekarang kena dry run disamping kita cuba menangkis segala tohmahan dalam internet tapi kita akui mereka jauh mendahului kita dalam internet tetapi inilah juga masa yang baik untuk kita cuba dry run...

Tuesday, February 5, 2008

PM bertemu Agong, jangka bubar Parlimen 12 Februari ini?


KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Parlimen Malaysia dijangka akan dibubarkan pada 12 Februari ini, sementara penamaan calon pada 21 Februari dan pembuangan undi pada 1 Mac ini, kata satu laporan laman web Malaysia-today.net.
Ini bermakna pada 1 Mac ini, 10.6 juta yang berdaftar sebagai pengundi akan membuang undi bagi menentukan wakil rakyat yang dipilih.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan bertemu Yang diPertuan Agong hari ini bagi memaklumkan soal pembubaran Parlimen.

Banyak pihak menyatakan, pilihan raya kali ini adalah antara pilihan raya yang sengit memandangkan banyak isu yang mengelilingi kerajaan BN selain usaha jentera BN merampas kembali Kelantan dari PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula telah mewartakan daftar pengundi 2007 hari ini sekaligus menjadikan keseluruhan jumlah pemilih berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang seramai 10,922,139 orang.

Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mat Nor berkata, Daftar Pemilih Induk 2007 yang akan diwartakan itu melibatkan penggabungan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Pertama Sehingga Suku Keempat 2007 dengan Daftar Pemilih Induk 2006.
Katanya, pewartaan itu bagi membolehkan senarai pemilih yang berdaftar pada DPT tahun ini digunakan dalam sebarang urusan pilihan raya.

"Ini selaras dengan Peraturan 24 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

"Dengan pewartaan tersebut, jumlah pemilih dalam Daftar Pemilih Induk 2007 adalah seramai 10,922,139 orang," katanya.- wann/mks.

p/s : Anda bagaimana? Telah mendaftar sebagai pemilih? Mahasiswa dan golongan muda.. ayuh pilih pimpinan berkaliber yang MAMPU membangun NEGARA dalam PRU kali ini.

Monday, February 4, 2008

Bila nak Kawin????




Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba(he..he..ni cadangan pelik kawanku)

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami/isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh,
Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

p/s: sesuai utk diberikan sbg jawapan bila org tanya "bila nak kawin??" :)

Wednesday, January 30, 2008

Belasungkawa untuk Almarhum Dato' Ishak Baharom


Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.


Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.


Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.


Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007. - mns

Tuesday, January 22, 2008

Praying Robot

Sem lepas, saya mengambil matapelajaran Mechatronics System Design (MSD), salah satu subject core di dalam Mechatronics Engineering. Antara yang menarik adalah berkaitan bioloid robot yang di 'demostrated' oleh Br. Zulkifli. Antara aktiviti menarik robot tersebut adalah solat. Robot juga bersolat?.. Enjoy the youtube..

Saturday, January 19, 2008

PERSPEKTIF: KAMPUS MEDAN TERBAIK DEBAT POLITIK

Walaupun artikel ini di'publish' pada tahun 2007. Tetapi saya merasakan ia sangat baik untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat yang masih menganggap kampus hanyalah sekdar tempat kita belajar dan berpersatuan [persatuan ala dak sekolah]..

Berita Harian – 29 September 2007
PERSPEKTIF: KAMPUS MEDAN TERBAIK DEBAT POLITIK

ISNIN lalu, Universiti Columbia di New York mengundang Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berceramah kepada sekumpulan pelajar dan pensyarahnya. Seperti dijangka, pelbagai pihak di Amerika Syarikat (AS) yang terpengaruh atau bersekongkol dengan Presiden Bush atau mempunyai kepentingan politik tertentu dan menuduh Ahmadinejad dengan perkara yang bukan-bukan mengecam penganjuran ceramah itu, malahan mendesak supaya ia dibatalkan.

Tetapi, ceramah itu tetap diadakan. Tidak mengapalah jika Presiden universiti itu, Lee Bollinger, memberikan ucapan pengenalan yang tidak sopan, manakala ucapan Ahmadinejad pula tidak sebaik yang disampaikannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada keesokan harinya.

Yang pentingnya ialah universiti itu berpegang teguh dengan kebebasan akademiknya dalam menganjurkan ceramah membabitkan pemimpin politik yang berhaluan bertentangan dan tidak tunduk kepada tekanan politik dari luar, manakala Ahmadinejad membuktikan keberaniannya berhadapan dengan mahasiswa, apalagi dalam keadaan yang diketahuinya akan menjadi panas baginya.

Thursday, January 17, 2008

PAUSE its prayer time

p/s : Malaysia pun kena la wat iklan yang betul2 bermanfaat. Bukan sekdar mempromosi produk sahaja.

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates