Tuesday, January 8, 2008

Duit tak ada tapi hati mahu kahwin

Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi'i manusia.

Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Samada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian.
Ibubapa moden yang berfikiran materialistik dan kolot juga menjadi penghalang utama. Bagi para ibubapa, anak-anak mestilah menghabiskan pengajian, mestilah mempunyai kerja yang tetap dan kukuh, membeli kereta, barulah anak-anak tersebut boleh berkahwin. Akhirnya, anak-anak di IPT bergelumang dengan dosa berpacaran dan berkhalwat yang dilarang oleh Allah SWT.

>> baca selanjutnya


Artikel lain yang perlu anda baca :



Semua orang berpeluang untuk berjaya



Kata Jack Canfield dalam bukunya "The Success Principal", kita perlu banyak membaca dan berkongsi pengalaman dengan orang yang telah berjaya. Mereka ini pastinya punyai pengalaman dan tips-tips keluar/penyelesaian masalah yang mereka hadapi sebelum menjadi insan terkenal dan berjaya.

Kali ini ingin saya paparkan berkaitan Steve Jobs [yang dipetik dari blog Kitaro] yang mula-mula memperkenalkan font-font menarik di komputer peribadi. dan dia pernah kena pecat dari syarikat yang dia sendiri asaskan. Dia lebih dahulu ketengahkan konsep Graphical User Interface (GUI) lagi awal dari Bill Gates. Bayangkan hari anda dengan Times New Roman dan Arial sahaja. Tentu saja bosan kan?

Monday, January 7, 2008

Mengisi Masa Lapang



Readers Are Leaders

Kajian menunjukkan bahawa purata rakyat Amerika menonton tv sebanyak 6 jam sehari. Maka, dengan mengambil kira umur selama 60 tahun, sebanyak 15 tahun telah tersia-sia dengan menonton televisyen semata-mata. Berapa banyak 15 tahun itu.? Seperempat dari umur kita. Dengan mengurangkan masa menonton selama sejam, akan memberi tambahan 365 jam setahun kepada kita untuk mencapai perkara lain yang AMAT PENTING di dalam hidup.
[Jack Canfield, The Success Principles(2005)]

Usah bazirkan lagi masa anda. Apa kata jika anda mula membaca sebuah buku seminggu, di dalam 10 tahun anda akan membaca 520 buah buku dan dalam 20 tahun sebanyak 1000 buah buku. Wow, suatu jumlah yang mampu memberikan kredit yang besar kepada diri anda sendiri. Boleh ker nak banyak buku setiap hari? Tentulah boleh, tambah-tambah lagi jika kita dapat tambahkan kepantasan kita membaca sekali gus juga secepat mana kita menyerap info bahan bacaan kita.


Teknik Membaca yang betul


Paul Schele ada menawarkan course berkaitan pembacaan pantas melalui PhotoReading Corse. Mungkin boleh lawati juga laman webnya www.learning strategies.com. Alangkah baiknya jika anda dapat memperbaiki dan meningkatkan kualiti bacaan kita. Antara lain saya memetik beberapa teknik bacaan pantas dari laman web http://www.fadzliyusof.com/ ;
  • Lihat isi kandungan buku.
    Timbulkan persoalan-persoalan awal sebelum membaca.
    Buat ujikaji keberkesanan bacaan pantas.
  • Bayangkan apa yang anda akan baca.
  • Buang tabiat suka mengungkapkan perkataan semasa membaca.
  • Baca serumpun perkataan, bukan satu perkataan
  • Belek semula.

Membaca di Ruang Cyber


Kepesatan teknologi yang melanda negara, bukan sekadar mengubah cara hidup, cara berhubung dan banyak lagi, malah turut mengubah tabiat pembacaan masyarakat. Jika dahulu, masyarakat lebih suka membaca bahan-bahan bacaan yang berupa buku, akhbar, majalah sahaja. Tetapi hari ini mereka juga mula beralih kepada pembacaan di blog, ebook, e-majalah dan pelbagai lagi yang bersifat cyber. Maklumat juga lebih mudah dicari. Bahan bacaan juga sudah pelbagai. Berita-berita semasa mudah dilayari dang lebih “updated”. Tidak hairanlah dengan perkembangan blog yang melata. Semua orang sudah mula membuat blog mereka sendiri dari seorang cikgu, Businessman, pelajar, mahasiswa, ahli politik, pemimpin mahasiswa mahupun negara, suri rumah dan sbg. Ruang bacaan cyber yang lebih menjimatkan kadangkala menjadi pilihan utama kepada pelajar atau penduduk bandar untuk mencari maklumat yang lebih cepat dengan satu klik.


Maka anda punyai 24 jam. Pemimpin negara juga punyai 24 jam. Ayah anda juga begitu. Semua orang punyai 24 jam setiap hari. Tinggal lagi, bagaiamana pengisian ruang-ruang kosong dari 24 jam itu sahaja. Itupun jika masih ada yang kosong. Kalaupun penuh, analisis semula samada penuh dengan perkara berfaedah atau tidak? Tidur sebagai aktiviti memenuhkan masa lapang? baca di sini. Apa kata mulai hari ini, dengan azam tahun baru anda, cuba setkan satu buku atleast seminggu. Maka, dalam setahun sudah boleh mencapai 50++ buah buku.

Lama tak update

" Meniti hari-hari cemerlang"

Bina kecemerlangan diri


Akhirnya ada kesempatan juga untuk meng update blog nie. Bagaimana azam anda 2008? Muhasabah 2007? Banyak sangat yang perlu saya muhasabahkan untuk 2007 dan juga 1428 Hijrah. Bagi mereka yang terus melangkah kehadapan, selamat maju jaya saya ucapkan, untuk mereka yang terus berjuang, salam perjuangan saya semarakkan.. dan untuk mereka sudah mula bekerja, Selamat menjalankan AMANAH mereka dengan BIJAKSANA dan IKHLAS. Usia sudah hampir menjangkau 24 thn, namun banyak lagi kelemahan yang perlukan PEMBAIKAN.
Di dalam engineering, sesuatu SYSTEM yang direka pastinya mempunyai feedback response untuk menghantar data kepada control system tersebut. Lazimnya sensor akan digunakan sebagai alat mengukur dan menyelenggara maklumat sebagai feedback response kepada system untuk terus menjalan fungsi yang telah diprogram. Kadangkala sensor rosak atau tidak tepat bacaannya, maka system tersebut mengalami masalah untuk menjalankan fungsi sepertimana yang telah diprogram. Dari semasa ke semasa, kita perlu menganalisis dan mengenalpasti masalah yang mungkin dihadapi oleh sensor tersebut. Adakalanya kita hanya perlu calibrate sahaja, tetapi kadangkala mungkin kita perlu menggantikannya dengan yang baru untuk memastikan system tersebut beroperasi dengan BAIK. Kitar hidup sebuah alat, robot, system lazimnya sebegitu, Bagaimana pula kitar hidup kita sebagai manusia? muslim? anak? suami? ahli keluarga? ahli masyarakat?jiran? pekerja?bos? dan sebagainya..
Anda yang belum laksanakan post mortem anda, maka bolehlah luangkan sedikit masa. Sedikit masa untuk "Hari-hari CEMERLANG anda di masa hadapan". Saya juga begitu. Inginkan hari-hari cemerlang. Bukan sekdar di dunia tetapi di akhirat jua. Wassalam.






Monday, December 31, 2007

Soutul Mujahidin

Tumpang dari blog zukhairi. Teringat kisah lama di kisas, klang.

Tuesday, December 18, 2007

Bekalan Eidul Adha



Monday, December 17, 2007

Badan anda cepat letih? Kenapa?


Satu diantara persoalan penting yang sering di tanya oleh masyarakat dari masa ke semasa ialah mengapa badan mereka sering menjadi letih walaupun mereka merasakan tidur mereka mencukupi? Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memiliki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita. Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja.

Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya.
Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon Yang bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif. Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih.Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.

Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam. Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan. Selama lebih kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di penuhi rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran. Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada pada mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur. Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur diwaktu sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu.

Lantas andaikata kita bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30 pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan. Kita mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segalah kebaikkan atau hasanah di dunia ataupun di akhirat. Masyaallah kita insan yang special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.

Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita rosakkan di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang, tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih. Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang lima. Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia tidak melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormone kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.

Oleh itu, marilah kita hayati ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi golongan yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal di waktu sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara berlebihan pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulah formula kepada kerugian dan kehancuran.

Semoga insyaallah kita menjadi insan yang berdisiplin dan kita juga insyaallah menjadi insan yang mengambil iktibar daripada ibadah yang di tuntut oleh agama Islam kita yang suci lagi murni insyaAllah.

"Siapalah aku di sisi MU ya Allah"

Kesimpulannya : Baiki cara tidur kita, bangun tidur secara konsisten (jangan tido pas subuh ;)), hayati dan istiqomah dengan amalan Ramadhan. InsyaAllah anda sentiasa cergas dan cerdas. 4.0 setiap semester.

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates