
Friday, January 11, 2008
SI PENCARI KAYU
Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.
Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.
"Bukan yang ini", jawab si pencari kayu dgn ikhlas.
Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin...mana larat nak "maintain" empat-empat tu.
Sebab itulah hamba kata! 'YA'!!!".....terang si pencari kayu ikhlas...
Taqwim Hijri, Syiar Yang Terpinggir!!

Di zaman pra Islam, kaum Arab menggunakan taqwim yang berasaskan kepada sistem lunar (Qamariah). Walau bagaimanapun, mereka banyak mencampur adukkan perbuatan melewatkan tarikh, mengawalkannya sehingga kiraan menjadi caca merba. Mereka menjadikan peristiwa-peristiwa besar sebagai penamaan kalendar. Misalnya mereka menamakan tahun 1871S.M. dengan mengambil sempena pembinaan Kaabah, banjir besar pada tahun 120S.M. dan tahun Gajah pada 571M serta tarikh-tarikh yang lain.
Walau bagaimana pun, golongan Arab Jahiliah pra Islam telah meminda kalendar yang mereka gunakan itu semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Mereka telah menjadikan di dalam satu tahun sebanyak 13 bulan lantas menjadikan bulan Muharram itu sebagai Safar.
Thursday, January 10, 2008
Parti Mahasiswa Negara [PMN]
“Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka.
“Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalam tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas.
“Pembincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak..”
Sdr Najwan Halimi ada menanyakan mengenai penubuhan Parti Mahasiswa Negara. Sdr Najwan diminta menghubungi teman-teman PMN. Kita harus segera berbicara. Tenaga perlu disatukan, berjuang dlm gerakan padu - bunyan marsus!
ANWAR IBRAHIM
p/s: Saya juga masih samar-samar berkaitan hal ini. Namun mungkin juga ini satu kejutan kepada pasca politik tanah air yang masih belum terasa kehangatan PRU akan datang. Mungkin juga PMN ingin mencetuskan suasana hangat ke arah PRU Malaysia akan datang? Sama-sama kita tunggu dan lihat.
Wednesday, January 9, 2008
Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah

[Fiqh al-Sirah, Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti]

“Satu Muharam detik permulaan.. Perkiraan tahun Islam Hijrah… Penghijrahan nabi dan umat Islam.. dari kota Makkah ke kota Madinah……”
Beberapa hari yang lalu saya baru membeli suatu buku yang saya rasakan sesuai untuk anda menilik dan memotivasikan diri anda. Buku yang diberi tajuk “Kuasa hijrah kuasa untuk berubah” ini memang agak sesuai dijadikan bahan bacaan anda bersempena dengan permulaan tahun Hijrah 1429 ini. Selain penjelasan dan langkah-langkah penting yang agak praktikal kearah penghijrahan anda, buku ini juga menyelitkan kisah-kisah hasil temuramah penulis dengan tokoh-tokoh terkenal tanah air. Sebagaimana dalam entry saya yang lepas, saya ada memetik saranan Jack Canfield berkaitan memperbanyakkan belajar dan membaca kisah tokoh-tokoh yang telah Berjaya, maka Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah mempunyai pakej kisah-kisah tersebut. Tahniah diucapkan kepada Dato’ Dr. Hj. Fadzilah Kamsah dan saudara Fadzli Yusof.[dipetik dari buku One More Time, Tengku Farith Rithaudeen]
Hijrah itu perjuangan
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam Tercinta
Tuesday, January 8, 2008
Duit tak ada tapi hati mahu kahwin
Antara keluhan yang sering diluahkan oleh para siswa-siswi di IPT ialah tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin. Tuntutan naluri muda mereka menyeru mereka untuk berkahwin. Persekitaran yang diwarnai oleh kefasadan dan maksiat juga menuntut mereka untuk menghalalkan perhubungan berlainan jenis yang merupakan sifat tabi'i manusia.Kajian-kajian oleh sesetengah pihak dan juga laporan-laporan media membuktikannya. Samada hasil kajian yang pernah didedahkan oleh akhbar kosmo pada awal tahun 2006, mahupun apa yang telah dilaporkan oleh NST pada 18 Ogos 2006. Kesemuanya membuktikan kemelut yang sedang dihadapi oleh para siswa dan siswi di IPT-IPT. Sayang sekali, kemampuan material mereka tidak membenarkan pernikahan dilangsungkan di alam pengajian.
>> baca selanjutnya
Artikel lain yang perlu anda baca :
- Menguruskan Fikiran Tentang Perkahwinan
- Cinta Anta & Anti
- Erti sebuah perkahwinan
- Perkahwinan boleh menghalang ma'siat
- Memilih calun isteri anjuran Rasulullah
- Memilih suami yang soleh
- Cinta Itu Suci Murni.. Cintailah CINTA!
- BERNIKAH-LAH Wahai Remaja Moden!!!...
- [akan ditambah dari semasa ke semasa.
