
“Sebenarnya hijrah Rasulullah SAW ke Madinah membawa erti kelahiran sebuah Negara Islam yang pertama di alam ini (di kala itu) dan ini juga pernyataan akan wujudnya sebuah pemerintahan Islam (Khilafah) di bawah kelolaan pengasasnya yang pertama Muhammad ‘alaihissalatu Wassalam.”
[Fiqh al-Sirah, Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti]
[Fiqh al-Sirah, Muhammad Sa’id Ramadan Al-Buti]

“Satu Muharam detik permulaan.. Perkiraan tahun Islam Hijrah… Penghijrahan nabi dan umat Islam.. dari kota Makkah ke kota Madinah……”
Inilah dia nasyid popular dari zaman kanak-kanak sehinggalah ke hari ini. Namun pada saya, ketika kanak-kanak pengertian hijrah kurang dihayati malahan langsung tidak tahu menahu antara kaitan hijrah, Ma’al Hijrah, mahupun apa-apa perkara berkaitan Hijrah. Apatah lagi senonim dengan budaya masyarakat hari ini yang langsung tidak tahu menahu berkaitan tahun Hijrah. Jika anda tidak percaya, cuba tanya diri sendiri atau sahabat dari semasa ke semasa, berapa haribulan hari ini dalam tahun Hijrah. Takpun soalan mudahnya, bulan apa sekarang ini dalam tahun hijrah, ataupun lebih mudah lagi tahun ke berapa hijrah sekarang nie? Mesti ramai akan mula menggaru kepala dan kemudian mula menukar topic perbincangan. Agaknya kalau bapak mertua nak test calon menantu bolehla kot guna soklan nie. Gerenti menngeletar seluruh badan memikirkan jawapannya.

“Sesetengah orang melihat sesuatu seadanya dan berkata; kenapa? Saya impikan sesuatu yang tiada dan berkata; Kenapa tidak?’~ George Bernard Shaw ~
[dipetik dari buku One More Time, Tengku Farith Rithaudeen]
[dipetik dari buku One More Time, Tengku Farith Rithaudeen]
Sepatutnya pada saat ini, anda perlukan tekad dan disiplin diri untuk mengatakan kepada diri anda bahawa “Aku ingin berHIJRAH, aku ingin BERUBAH”. Jika anda gagal bukan lah bermakna anda gagal untuk selamanya. Apa yang saya yakini, GAGAL BERKALI-KALI BUKANLAH BERMAKNA GAGAL UNTUK SELAMANYA. Thomas A. Edison gagal berkali-kali sebelum dapat menghasilkan apa yang kita sebut sebagai Lampu ataupun "light bulb". Bill Gate juga pernah gagal sebelum menjadi manusia terkaya pada abad ini.
Nah apa lagi, kegagalan hanya sementara. Jika kita punyai keyakinan, nilai tawakal, serta amanah, kita bakal mengecap apa yang disebut sebagai KEJAYAAN.
p/s : Teringat kegagalan saya untuk memenangkan group sekolah rendah kami dalam pertandingan kuiz agama peringkat daerah Kulim, Kedah sempena Sambutan Ma'al Hijrah ketika darjah Enam. Alangkah sedihnya..