Friday, January 11, 2008

Jom meriahkan kampusnegara


Jom meriahkan kampusnegara (KN)!!

SI PENCARI KAYU

Alkisah diceritakan dalam hikayat satu hari satu malam maka tersebutlah kisah seorang pencari kayu. Adapun si pencari kayu ini terkenal dengan sifat jujurnya lagi ikhlas. Beliau tinggal dipinggir hutan bersama isteri tersayang, hidup bahagia walaupun tiada cahayamata.

Suatu hari, ketika pencari kayu sedang menebang sebatang pokok di tepi sungai dengan tak semena-mena terlepaslah kapak besinya ke dalam sungai. Si pencari kayu berasa sedih kerana satu-satunya kapak yang merupakan hartanya telah hilang dalam sungai yang dalam itu.

Tiba-tiba muncul menjelma seorang pari-pari dan bertanya pada si pencari kayu,"Mengapa bermuram durja wahai tuan hamba?".Si pencari kayu pun memberitahu keadaan hal yang berlaku.
Pari-pari tadi turun ke dalam sungai dan muncul dengan membawa kehadapan pencari kayu sebilah kapak emas.

"Adakah ini kapak milik tuan hamba?",tanya pari-pari."Bukan...",jawab si pencari kayu ringkas.Pari-pari turun! semula ke dalam sungai dan kembali dengan membawa kapak dari perak. "Yang ini tuan hamba punya?",tanya pari-pari lagi.

"Bukan yang ini", jawab si pencari kayu dgn ikhlas.

Sekali lagi pari-pari turun ke dalam sungai kali ini membawa kapak dari gangsa. "Err..mungkin yang ini?, duga pari-pari.

"Pacal yang hina ini tidak mempunyai kapak yang bernilai ini", jawab si pencari kayu jujur.

Akhirnya pari-pari turun ke dalam sungai dan naik memegang kapak besi milik si pencari kayu."Ya,inilah kapak hamba yang terjatuh ke dalam sungai tadi", jawab pencari kayu dgn gembira.

Gembira dengan sifat kejujuran si pencari kayu,maka paripari memberi kesemua ke empat-empat kapak kepada si pencari kayu.

Si pencari kayu pulang ke rumah begitu gembira sekali.

Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan.Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul.Maka meratap menangis si pencari kayu atas kehilangan isteri! tercinta.

Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang menimpa sipencari kayu.Dengan nada sedih beliauberkata,"Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...".

Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali bersama-samanya SitiNurhaliza."Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga. "Yes..yes",jawab si pencari kayu.

Pari-pari begitu marah",Penipu, pembohonggg...., nah terimalah baaa...",belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu berkata,

"Maafkan hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian.Ini hanya salah faham". "Jikalau hamba berkata 'TIDAK', tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Wardina.

Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan hamba akan memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin...mana larat nak "maintain" empat-empat tu.

Sebab itulah hamba kata! 'YA'!!!".....terang si pencari kayu ikhlas...

Taqwim Hijri, Syiar Yang Terpinggir!!


Assalamulaikum Wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Artikel ini adalah petikan Saifulislam.com pada tahun 2005.
Di zaman pra Islam, kaum Arab menggunakan taqwim yang berasaskan kepada sistem lunar (Qamariah). Walau bagaimanapun, mereka banyak mencampur adukkan perbuatan melewatkan tarikh, mengawalkannya sehingga kiraan menjadi caca merba. Mereka menjadikan peristiwa-peristiwa besar sebagai penamaan kalendar. Misalnya mereka menamakan tahun 1871S.M. dengan mengambil sempena pembinaan Kaabah, banjir besar pada tahun 120S.M. dan tahun Gajah pada 571M serta tarikh-tarikh yang lain.

Walau bagaimana pun, golongan Arab Jahiliah pra Islam telah meminda kalendar yang mereka gunakan itu semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Mereka telah menjadikan di dalam satu tahun sebanyak 13 bulan lantas menjadikan bulan Muharram itu sebagai Safar.

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates