Monday, August 31, 2009

Hari hari merdeka terus bergema...

MERDEKA!!


Hari ini genap 52 tahun negara kita Merdeka..
Merdeka secara ringkas bermakna bebas dari penjajah. Saban tahun pelbagai artikel dan wacana kemerdekaan terpampang dan tercetak di dada akhabar, majalah, internet perihal merdeka jiwa dan minda dari penjajah. Tidak kurang juga nasihat dan peringatan berkaitan kemerdekaan sebenar.
Namun hakikatnya sejauh mana erti, kefahaman dan maksud yang ingin disampaikan itu sampai kepada jiwa-jiwa anak merdeka (istilah untuk mereka yang lahir selepas kemerdekaan). Menyampaikan @ memesongkan merupakan dua perkara yang cukup berbeza.
Seorang bapa marah jika anaknya tidak belajar, dalam masa yang sama membeli pelbagai barang permainan games, PS2, astro, internet, games dan sebagainya. Akhirnya anaknya terus tidak belajar kerana aspek kawalan tidak diberi perhatian dan diambil enteng. Rakyat memahami Negara merdeka 52 tahun yang lalu, tetapi pengisian kemerdekaan dengan konsert, countdown, tidaklah terkesan kearah pemahaman erti kemerdekaan. Faham erti secara teori juga mungkin tidak berjaya menghasilkan gagasan kesedaran. Ada juga yang mungkin beranggapan kemerdekaan kita tidak mengorbankan nyawa pejuangnya dan hanya berjaya dicapai di meja rundingan. Langsung tidak dhargai. Harga dan nilainy sebuah kemerdekaan naik turun macam harga minyak. Untuk menjamin harga yang stabil, diturunkan pula kualitinya @ nilainya.

Akhirnya kita wajar menyoal semula apa yang difahami tentang kemerdekaan? Untuk apa kita ‘menyambut’ dan ‘meraikan’ kemerdekaan saban tahun.? Bagaimana kita mengisi kemerdekaan 52 tahun negara? Sejauh mana kita memartabatkan agama atas dasar kemerdekaan dari penjajah? Sejauh mana toleransi kita hari ini, menjaga hati kaum-kaum lain tetapi membiarkan agama terinjak tanpa sokongan, backup dan kesedaran untuk mempertahankannya? Akhirnya, merdekakah kita di akhirat kelak ?

p/s : terasa skemanya ayat. patriotisme melanda ka? Lama betul terasa cuti minggu ni. Malas plak rasa esok..
Selamat bekerja semua! (cubaan bg semangat pada diri sendiri.. huhu)

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates