Sunday, February 24, 2008

Negara Bankrap Jika Harga Minyak Turun ?

Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan.
Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?

Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15, jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39. 924billion. Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion, maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27. 924b. Ini adalah kenaikan dana RM12. 82billion berbanding tahun 2005. Harus diingat, anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion. Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.

Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang. Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM. Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'. Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat 20. 15% berbanding Shell 89. 01%.

Sekitar 1986, terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas. Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti. Setiap tahun, sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini. Soalnya, berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?
Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia. Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia. Contoh, katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong. Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar Negara adalah USD102 setong. Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1. 49billion setahun.

Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah. Dengan kata lain, kita ada minyak mahal pegi jual. Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok. Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar. Ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US, kita terjejas sama.

Semoleknya, minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport. Penggunaan NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara. Dengan cara itu, minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi. Sementelah lagi, PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari, kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari. Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi. Sebab itu, walaupun harga minyak dunia naik, Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan. 0. 35 riyal satu liter.

Kalau kita tengok Qatar, Qatar harga minyaknya RM0. 87 seliter @ 80 dirham. Qatar macam kita, pengeksport minyak. Dan kalau kita check Singapura, harga minyaknya RM4. 15. Di Indonesia pada 2006, harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah. Ini bersamaan RM1. 84. Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.

Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara. Malaysia pengeksport minyak. Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan. Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah, keretanya pula murah. Toyota Avanza di sana harganya RM40 000. Di sini harganya kira2 RM70000.

Sebagai perbandingan, harga LPG di Malaysia adalah RM1. 75 satu kg. Di Thailand RM1. 65 satu kg. (Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006). Untuk rekod, Thailand bukan pengeksport LPG. Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.

Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas. Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis. Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi. Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana

Menteri di Dewan Rakyat November 2005, rizab minyak negara adalah 5. 29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024. Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut abah. Bohong tak bohong.

Ingat, jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong. Untuk rekod, pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.

Dan jika diikutkan, kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia. Menurut laporan Asian Development Bank, dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah, kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210. 8 juta. Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0. 30 satu liter Awal 2006, harga Miinyak mentah dunia adalah USD70 setong. Kini harganya kira-kira USD96 setong. Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1. 612 bilion.

Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat, masalah kewangan tetap berlaku. Dikatakan duit penjimatan RM4. 4billion itu pergi kepada pengangkutan awam. Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullahbin Ahmad Badawi. Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006, Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.

Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?
Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?

Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan. Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seperti YTL, Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan, Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai. Syarikat-syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB. (Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini)

Najib kata berjimatlah. Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta. Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR. Berjimat apebendanya?

Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan. Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga. Negara tidak akan bangkrap Najib. Yang bankrap mungkin beliau.

Kesimpulannya, ketelusan, kebijaksanaan menandatangani perjanjian, tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan

Monday, February 18, 2008

Undi PKR




PARLIMEN P-18 KULIM BANDAR BARU


Assalammu’alaikum,Sahabat serta rakan taulan sekelian,

Pertama saya memanjat rasa syukur kehadrat ALLAH atas kurniaNya saya diberikan sahabat serta rakan taulan seperti saudara/saudari yang sudi membantu dalam satu projek kami untuk mendapatkan kerusi Parlimen P-18 Kulim Bandar Baharu. Projek yang saya codename sebagai OTAK= Ops Tawan Kulim Bandar Baharu.

Pada asalnya saya patut bertanding di Parlimen Pandan, Selangor, yang mana saya telah pun membuat groundwork sejak tahun 2006 lagi dengan pelbagai program dan aktiviti. Namun musibah telah menimpa calun yang dititip untuk bertanding di Kulim iaitu Sahibus Samahah Dato' Sheikh Azmi Sheikh Ahmad (bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang) apabila beliau ditimpa penyakit kencing manis/diabetic menyebabkan kaki kiri beliau terpaksa dipotong diatas paras lutut dua minggu lepas.

Pihak pimpinan telah menapis beberapa calun yang berpotensi dan mendapati saya harus menggantikan Dato' atas alasan saya berasal dari Baling, daerah yang bersebelahan dengan Kulim. Juga pihak PAS Kawasan di bawah pimpinan Ust. Yaakob dan PKR Bhg. Kulim di bawah pimpinan sdr. Irwan bersetuju sebulat suara untuk saya menjadi calun P.18. Ini juga dipersetujui oleh Badan Perhubungan PAS negeri Kedah dan Badan Perhubungan Negeri PKR. Oleh itu saya menerima mandat yang diberikan walaupun saya berasa ramai lagi di luar sana yang lebih layak daripada saya terutama anak-anak tempatan Kulim-Bandar Baharu yang tidak kurang kelayakan.

Walaupun saya merupakan ahli PAS (sekarang menjawat Pengerusi Tetap PAS Kwsn Bandar Tun Razak), namun dipinjamkan ke PKR kerana kerusi Parlimen P. 18 adalah kerusi PKR.

PRU- 12 : Pengendali Laman Web, Bloggers sedia Gempur BN

p/s : Bila tiba musim pilihanraya, semua jentera kerajaan dipalu, mahasiswa diberi amaran.. Cuma dibenarkan mengundi tida dibenarkan menyertai kempen parti.. Peliknya kerajaan malaysia...



KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Laman web dan bloggers pro pembangkang sudah pasti akan menggunakan internet sebagai medium utama dalam menghadapi propaganda Barisan Nasional sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 12 ini.

Di sebalik pelbagai usaha BN untuk menyekat kebebasan penyebaran maklumat, ia ternyata gagal menghalang kemaraan rakyat yang semakin sedar dengan pelbagai salahlaku serta penyelewengan pemimpin kerajaan.

Walaupun internet terhad kepada segmen tertentu dari kalangan pengundi, namun perkembangan pesat teknologi maklumat serta peningkatan rakyat celik IT amat membimbangkan BN, terutamanya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Pengendali laman web terkenal, Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin berpendapat, internet tetap digunakan secara konsisten dan lebih aktif oleh rakyat Malaysia sejak pilihan raya umum 2004 setelah tercetusnya gelombang reformasi kebangkitan rakyat akibat tangkapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Kita telah bersedia dengan strategi di peringkat bloggers untuk berhadapan dengan pihak Umno sejak 10 tahun yang lalu, bukan hanya dalam jangka masa mendekati pilihan raya ini,”
Tegasnya, meskipun ramai yang mempunyai tanggapan mengenai kepentingan web tersebut yang masih dipandang rendah akan keberkesanannya kepada pengundi, Raja Petra memaklumkan bahawa terdapat sebilangan pengundi yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun yang tidak pernah mengundi sebelum ini mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya kali ini selepas terkesan dengan pengaruh maklumat pada laman web.

“Mereka ini adalah pengundi yang tidak pernah mendaftar, tetapi setelah mendapat maklumat daripada laman-laman web mereka mengambil keputusan untuk mengubah kerajaan yang ada kerana telah ‘fed-up’,”

Selain itu, beliau menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 11 juta bilangan pengguna internet berdaftar di Malaysia yang aktif menggunakan teknologi ‘broadband’ atau jalur lebar sepanjang tahun.

“Ini bermakna sebahagian besar daripada mereka merupakan pengundi dalam pilihan raya ini, walaupun kita mengetahui bahawa orang bandar kurang berminat untuk mengundi berbanding orang kampung. Sebab itu Umno-BN mensasarkan orang kampung yang pada pandangan mereka lebih mudah untuk digula-gulakan,”

Dalam pada itu, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa Umno-BN telah mengadakan banyak perbincangan bagi mengatur strategi khusus memerangi laman web dan blog pembangkang namun kesemuanya menemui kegagalan.

“Mereka telah kaji cara untuk tangani ‘cyber war’ menjelang pilihan raya dengan menubuhkan kumpulan ‘cyber-troopers’ di bawah kelolaan Dato’ Azalina dan Dato’ Norza, tetapi semuanya gagal kerana kita telah tahu taktik mereka yang menghantar komen-komen yang membanjiri blog dan laman web kita sebagai perangkap,”

Jelasnya, usaha yang mereka jalankan sejak 1998 itu gagal menyaingi kumpulan pengendali laman web dan blog alternatif.

Sementara itu, seorang lagi penulis blog yang sensasi, Jeff Ooi pula merasakan sungguhpun kempen menggunakan internet sebagai medium mempengaruhi pengundi tidak relevan dengan kawasan luar bandar, ia tidak bermakna ia harus dikesampingkan.

“Sememangnya kempen siber memang tidak relevan dengan kawasan luar bandar kerana tiada akses internet yang mantap. Tetapi parti-parti politik telah lama menggunakan saluran tersebut untuk menyampaikan agenda kepada pengundi,”

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa rakyat Kelantan adalah antara pengguna internet yang agresif.

“Internet telah biasa digunakan secara agresif di Kelantan. ketika saya singgah di sebuah warung di tepi jalan sebuah pekan kecil, saya sangat terkejut kerana ia mempunyai akses internet tanpa wayar (wireless),” katanya.

Dengan tidak menafikan bahawa terdapat halangan serta kekurangan kempen menggunakan saluran internet ini, beliau masih menyatakan bahawa ia merupakan suatu ruang yang seharusnya dimanafaatkan secara maksimum oleh jentera parti yang bertanding.

Hal ini sekaligus menangkis dakwaan yang dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy, yang menyatakan bahawa laman web dan blog tidak akan menjadi faktor penentu dalam pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun, beliau melihat ia akan menjadi ‘ jentera ‘ yang lebih penting bagi menghadapi pilihan raya selepas ini.

Selain itu, Khairy turut mengakui pasukan dalam alam siber Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih gagal menyaingi jentera siber pro pembangkang namun ia sudah ada permulaan yang agresif.

“Saya nampak pasukan kita masih belum dapat bersaing tetapi sudah ada permulaan dan saya nampak perkara ini penting bukan untuk pilihan raya kali ini tetapi pada pilihan raya selepas ini,” kata Khairy pada Agendadaily ketika ditemui selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, dekat Sungai Rapat Ipoh, Perak petang Sabtu.
Beliau menganggap ketika ini amat penting bagi jentera perang alam siber pemuda digerakkan berlatih menghadapi pilihan raya secara ‘ realiti ‘ untuk tujuan membina kekuatan bagi menghadapi ‘peperangan’ sebenar dalam pilihan raya ke 13.

Katanya, “kalau kita ketinggalan kali ini, kita tidak ada latihan, kita tidak dapat praktis. Saya nampak alternatif media ini tidak akan menjadi satu faktor penentu di pilihan raya kali ini tapi pada pilihan raya akan datang atau seterusnya faktor media alternatif ini akan menjadi lebih penting”.

“Kalau kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk ‘berlatih’ dalam alternatif media ini, kita akan kehilangan satu peluang yang baik. Kita sekarang kena dry run disamping kita cuba menangkis segala tohmahan dalam internet tapi kita akui mereka jauh mendahului kita dalam internet tetapi inilah juga masa yang baik untuk kita cuba dry run...

Tuesday, February 5, 2008

PM bertemu Agong, jangka bubar Parlimen 12 Februari ini?


KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Parlimen Malaysia dijangka akan dibubarkan pada 12 Februari ini, sementara penamaan calon pada 21 Februari dan pembuangan undi pada 1 Mac ini, kata satu laporan laman web Malaysia-today.net.
Ini bermakna pada 1 Mac ini, 10.6 juta yang berdaftar sebagai pengundi akan membuang undi bagi menentukan wakil rakyat yang dipilih.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan bertemu Yang diPertuan Agong hari ini bagi memaklumkan soal pembubaran Parlimen.

Banyak pihak menyatakan, pilihan raya kali ini adalah antara pilihan raya yang sengit memandangkan banyak isu yang mengelilingi kerajaan BN selain usaha jentera BN merampas kembali Kelantan dari PAS.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula telah mewartakan daftar pengundi 2007 hari ini sekaligus menjadikan keseluruhan jumlah pemilih berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang seramai 10,922,139 orang.

Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mat Nor berkata, Daftar Pemilih Induk 2007 yang akan diwartakan itu melibatkan penggabungan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Pertama Sehingga Suku Keempat 2007 dengan Daftar Pemilih Induk 2006.
Katanya, pewartaan itu bagi membolehkan senarai pemilih yang berdaftar pada DPT tahun ini digunakan dalam sebarang urusan pilihan raya.

"Ini selaras dengan Peraturan 24 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

"Dengan pewartaan tersebut, jumlah pemilih dalam Daftar Pemilih Induk 2007 adalah seramai 10,922,139 orang," katanya.- wann/mks.

p/s : Anda bagaimana? Telah mendaftar sebagai pemilih? Mahasiswa dan golongan muda.. ayuh pilih pimpinan berkaliber yang MAMPU membangun NEGARA dalam PRU kali ini.

Monday, February 4, 2008

Bila nak Kawin????




Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba(he..he..ni cadangan pelik kawanku)

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih suami/isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh,
Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

p/s: sesuai utk diberikan sbg jawapan bila org tanya "bila nak kawin??" :)

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Blog Archive

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates