Tujuh gol dan satu kad merah menjadi santapan para penyokong di Stadium Perak di Ipoh apabila pendahulu Liga Super, Kedah mengamuk ke atas pasukan tuan rumah, Perak dengan kemenangan 5-2 di dalam perlawanan menarik malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan Kedah terus kekal menerajui takhta dengan 16 mata selepas 8 perlawanan sambil diekori rapat oleh Selangor dan Negeri Sembilan yang juga dengan 16 mata tetapi dipisahkan dengan jumlah jaringan.
Perlawanan antara kedua-dua pasukan ini sememangnya boleh dikata sentiasa ‘panas’ dengan aksi keras kedua-dua pasukan dan malam ini Khalid Jamlus menjadi mangsa kad merah apabila dia ditunjukkan jalan keluar akibat bentesan yang keras terhadap pemain import Kedah, Nelson Sam Martin pada awal babak kedua.
Namun terlebih dahulu pasukan tuan rumah menggembirakan para penyokong mereka apabila Khalid yang berjaya melepasi kekangan Victor Andrag setelah mendapat lorongan cantik dari Ahmad Sharul Azhar dengan mudah berjaya menolak bola melepasi jangkauan Helmi Eliza Elias untuk gol pertama ketika perlawanan baru berusia 4 minit.
0 komen anda:
Post a Comment