Assalamulaikum Wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Artikel ini adalah petikan Saifulislam.com pada tahun 2005.
Di zaman pra Islam, kaum Arab menggunakan taqwim yang berasaskan kepada sistem lunar (Qamariah). Walau bagaimanapun, mereka banyak mencampur adukkan perbuatan melewatkan tarikh, mengawalkannya sehingga kiraan menjadi caca merba. Mereka menjadikan peristiwa-peristiwa besar sebagai penamaan kalendar. Misalnya mereka menamakan tahun 1871S.M. dengan mengambil sempena pembinaan Kaabah, banjir besar pada tahun 120S.M. dan tahun Gajah pada 571M serta tarikh-tarikh yang lain.

Walau bagaimana pun, golongan Arab Jahiliah pra Islam telah meminda kalendar yang mereka gunakan itu semata-mata untuk memenuhi kehendak hawa nafsu. Mereka telah menjadikan di dalam satu tahun sebanyak 13 bulan lantas menjadikan bulan Muharram itu sebagai Safar.
0 komen anda:
Post a Comment