Sunday, December 16, 2007

Teori atau praktikal.?


Sewaktu saya di sekolah rendah, lazimnya ada dua sesi pengajian yang saya hadiri. Pertama, 7.30-1.15 tghr : hari biasa ke sekolah (pembelajaran didalam kelas seperti biasa). Kedua , 2.30ptg -5.00ptg : Kelas Fardhu ain(optional kepada yang ingin belajar mengaji dan ilmu agama).

“ Tidak cukupkah sekadar belajar pendidikan Islam di kelas pagi? “ persoalan yang timbul di kepala saya.

“Of course tidak cukup.” Jawab saya dengan yakin.

Ayah dan emak saya merupakan faktor pendesak kepada penyertaan saya ke kelas petang tersebut. Puas betul ayah memujuk. Suatu pagi, ayah pulang dari masjid dan bagitau pada mak. “Tadi abah dah tanya kat ustazah tu. Dia kata, kelaih agama tu start ngan budak darjah 3 sampai darjah enam.”

“Esok, hang kena pii la tengok, blajaq mengaji.” Kata mak pada saya.

“Malaslah mak..”. kata saya selamba. Memang saya tak mau pi pun. Sebabnya tak ramai pun yang pergi. Yang ada pun mungkin bukan dari kelas saya. Anak-anak orang kampong.

Esoknya, awal-awal pagi lagi mak dah kejut saya. Pada waktu tersebut, saya masih darjah tiga. Maka, sesi persekolahan saya di sebelah waktu petang. Setelah puas dipujuk, saya pun mengalah dan dengan lembabnya bersiap-siap pergi juga. Kata mak memujuk, “ Takpa arini pi servey tgk ja. Bukan nak masuk kelaih lagi pun.Pi satja pastu balik la.”

Bermula hari itu saya pegi ke kelas fardhu ain tersebut, dan mula memujuk sahabat lain untuk turut serta. Maklumlah bukan kena bayar mahal pun. Kalau tak silap berapa sangatlah yurannya. Walaupun selalu skor dengar cemerlang di dalam exam kelas fardhu ain, bacaan alQur’an saya tidaklah lancar sangat. Tetapi Alhamdulillah, saya dapat meguasai ilmu-ilmu asas fardhu ain dan tajwid. Bukannya saya tak pernah belajar mengaji sebelum ini, tetapi sekadar melepasi muqaddam saje. Zaman dulu belum ada lagi buku Iqra’ atau Qiraati.

Kita tinggalkan kisah kelas fardhu ain, tetapi masih lagi dalam lingkungan kisah tersebut.(Apa ayat berbelit-belit nie.. Huhuhu). Antara pendekatan yang dibawa pada waktu sekolah fardhu ain tersebut ialah solat berjemaah di masjid. Selesai kelas kami pada waktu petang, kami akan berjemaah Asar di masjid. Agaknya, inilah pendekatan praktikal yang dibawa. Lazimnya pada hari ini, anak-anak diajar tentang ilmu agama, tetapi mereka tidak di bawa untuk melakukannya secara praktikal. Ya, kita ada Ujian KAFA pada peringkat sekolah rendah, namun praktikal yang dibawa bukan secara realiti dan pengamalan. Lihat juga berkaitan pembacaan alQur’an, anak-anak di suruh belajar mengaji setiap hari atau beberapa kali seminggu, tetapi dibiarkan menonton tv di rumah tanpa mereka disuruh mempraktikkan apa yang mereka belajar. Akhirnya anak-anak, sekadar khatam alQur’an tetapi tidak menghidupkan amalan membaca alQur’an. Alangkah sedihnya.

Secara peribadi, saya yang tidak lancar membaca alQur’an di sekolah rendah, telah mengambil keputusan untuk mempraktikkan bacaan alQur’an atleast satu muka setiap hari sewaktu di sekolah menengah. Alhamdulillah, kesannya sangat menakjubkan. Saya kira, ilmu praktik merupakan elemen paling penting kearah melahirkan masyarakat Islam yang penuh penghayatannya kepada agama. Namun lebih elok lagi memperuntukkan masa anda setiap hari membaca alQur’an sambil disemak oleh sahabat yang lain.

0 komen anda:

Islamic Clock

About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates