Wednesday, March 26, 2008

Ir. Nizar mampu bertutur empat bahasa



Lebih 5,000 tergamam mendengar ucapan Menteri Besar Perak, YAB Ir. Mohd Nizar Jamaludin dalam dialek Mandarin, Hokkien, Kantonese, Tamil, kemudiannya Inggeris dan Melayu.



Menteri Besar Perak, YAB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin disambut girang oleh masyarakat Tionghua setibanya ke Dewan Dou Mu, Ipoh untuk memberikan ucapan pada "Forum Apa Selepas Ini?"







KESIMPULANNYA, YAB Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin seorang yang luar biasa dan tidak di ketengahkan sebelum ini kehebatannya menguasai empat bahasa utama dan tiga dialek Cina.

Hari itu, kawan saya yang turut melihat catatan sejarah berkenaan, kagum dan teruja dengan kemahiran berbahasa Ir. Mohd Nizar. Beliau bukan sahaja petah berbahasa Inggeris, juga mahir menggunakan bahasa Tamil dan Tionghua.

Pendek kata, Menteri Besar Perak itu telah memukau masyarakat kaum Cina yang hadir di majlis tersebut apabila beliau telah bertutur dengan bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonese, Tamil, kemudiannya Inggeris dan Melayu.

Mereka yang hadir terus tergamam dengan kelebihan dan kemahiran Ir. Mohd Nizar itu.Sebelum ini tiada Menteri Besar Perak, dan Menteri-Menteri Besar negeri lain (dari bangsa Melayu) yang fasih berbahasa Tionghua dan Tamil seperti Ir. Mohd Nizar.
Kebanyakannya, menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Barangkali kerana kelebihan ini, PAS Perak mengemukakan Ir. Mohd Nizar sebagai calon Menteri Besar kerana percaya bahasa mampu menyatukan rakyat pelbagai kaum.Di Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga petah berbahasa Arab dan Urdu.

Selain dari bahasa Melayu dan Inggeris. Kelebihan ini, dianggap pemerhati politik sebagai suatu mata rantai dalam komunikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat.Ustaz Azizan Abdul Razak yang baru mengetuai Kerajaan Negeri Kedah juga mahir berbahasa Arab dan Inggeris selain berbahasa Melayu.

Lebih 5,000 hadirin dari masyarakat Tionghua di Dewan Dou Mu Ipoh, kebanyakannya terpukau dan tergamam apabila mendengar Ir. Mohd Nizar yang berbangsa Melayu, seorang Menteri Besar pula, menuturkan dengan fasih bahasa ibunda mereka dalam tiga dialek - Mandarin, Hokkien dan Kantonese.

Lagi mengejutkan dan menyentak emosi mereka, apabila Menteri Besar Perak itu berucap pula dalam bahasa Tamil yang petah.Ini menyebabkan, hadirin terharu dan melihat ia suatu anugerah Tuhan kepada rakyat negeri Perak yang bersifat pelbagai kaum itu.

Dalam sunyi sedan terharu itu, dewan bergema dengan tepukan hadirin sebaik ucapan-ucapan dalam pelbagai bahasa tadi, dituturkan.Itu tanda terima kasih dan terharu mereka kepada Menteri Besar dari PAS itu, ujar seorang rakan yang menceritakan semula program tersebut.

Saya memang bercadang untuk pergi ke sana hari itu. Beberapa kawan-kawan yang dipelawa, semua ada hal masing-masing. Dari Kuala Lumpur ke Ipoh, kalau seorang diri memandu, cukup membosankan.Hasrat untuk menyelami dan melihat "kewibawaan" Menteri Besar Perak yang baru, YAB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin tidak kesampaian.

Ir. Mohd Nizar dijemput hadir oleh pihak penganjur untuk berucap pada program forum terbuka itu. Beliau bukanlah ahli panel forum, tetapi diberi penghormatan untuk berucap.

Setiausaha PAS Perak ini, agak saya belumlah teruji selama ini berucap pada majlis-majlis besar politik seumpama itu. Apatah lagi, kini beliau seorang Menteri Besar.Sayapun tidak pula mendengar sebelum ini, nama beliau ditonjolkan dalam program-program anjuran Lajnah Perpaduan Antara Kaum PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Ustaz Dr. Mujahid Yusuf, yang kini menang di Parlimen Parit Buntar.

Barangkali, bukan sahaja Ir. Mohd Nizar tidak termimpi untuk menduduki kerusi nombor satu di Perak itu, malah rakan-rakan kepimpinan PAS yang lain rasanya, semacam tidak percaya PAS "memiliki" seorang Menteri Besar selepas 8 Mac lalu.

Itulah sebab mengapa saya kepingin sangat untuk melihat dengan mata sendiri "kejadian" forum tersebut.Ir. Mohd Nizar telah hadir di forum ”Apa Selepas Ini (What's Coming Next)” dianjurkan oleh empat media cetak Cina utama iaitu Guang Ming Daily, Sin Chew Daily, Eye Asia dan Sin Chew-i.

Ia telah berlansung pada hari Ahad lalu (16 Mac 2008) di Dewan Dou Mu, Ipoh pada jam 2 petang. Inisiatif empat media cetak berbahasa Cina itu patut dipuji.Ahli Forum lain termasuklah Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye, Penerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ketua Editor Sin Chew, Tay Tian Yan.

Ir. Mohd Nizar, seorang jurutera bertauliah telah dijemput oleh Ngeh untuk menyertai forum tersebut.Menurut sumber, kehebatan Ir. Mohd Nizar itu telah mengubah persepsi serong masyarakat Tionghua dan Tamil di negeri itu.

Sebaliknya, mereka melihat kemampuannya berbahasa Melayu, Tionghua, Tamil dan Inggeris sebagai tokoh yang tiada tandingan, malah berupaya untuk membela nasib mereka di negeri itu.Mereka tetap percaya "bahasa" berupaya menjadi faktor utama dalam membentuk perpaduan masyarakat pelbagai kaum, apatah lagi Menteri Besar sendiri memiliki kemahiran berbahasa semua kaum di negeri Perak itu.

Apa yang penting kata sumber itu lagi, kekuatan Kerajaan Campuran di Perak akan lebih terserlah jika pelbagai program membela rakyat (negeri berkebajikan) dilaksanakan segera serentak dengan pembangunan ekonomi sebagai memenuhi tawaran pilihan raya ke 12 yang lalu.

Oleh kerana tiada kawan-kawan yang berkelapangan hari itu, saya membatalkan hasrat untuk meninjau forum ulung tersebut.

Lagipun, esoknya (17 Mac 2008) memang saya akan turun ke Ipoh untuk bertemu Ir. Mohd Nizar sekitar jam 3 petang bersama Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu.Namun rasa kesal, "membungkam-bungkam" dihati apabila mendengar cerita hebat beberapa rakan di Ipoh berkenaan program forum tersebut. Kesal kerana tidak dapat merakam dan merasainya sendiri peristiwa sulong itu.

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates