Monday, November 17, 2008

Hari esok yang lebih cemerlang


Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil. Begitulah tajuk utama akhbar beberapa hari yang lalu. Dah lama saya nak mencoret sesuatu, tp dek kerana tak sempat maka hari ini la baru nak tulis sikit. Alhamdulillah, pertamanya sekalung tahniah buat adik saya, Husna yang tersenarai sebagai salah seorang dari 9.2 peratus pelajar seluruh negara yang mendapat 5A. Tahniah, adik memang hebat!

farah dan husna sewaktu di KL


PPSMI


Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah isu yang menjadi bualan ramai setelah result rasmi upsr beberapa hari yang lalu. Tapi apa yang lebih terserlah di kaca tv ialah pandangn Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan bahawa keputusan UPSR tahun ini mencatatkan peningkatan sekaligus menyanggah tanggapan negatif masyarakat berkaitan perlaksanaan PPSMI ini yang bermula pada era Tun Dr Mahathir sebagai PM Malaysia yang ke-4. Apapun pandangan tersebut agak bertentangan dengan tokoh-tokoh akademik yang rata2 nya tidak bersetuju dengan PPSMI yang agak menyimpang dari matlamat atau objektif pembelajran yang sepatutnya mengutamakan kefahaman bukannya mengutamakan bahasa perbualan/pembelajaran.

Saya tidak mahu mengulas panjang berkaitan isu ini. Sekadar untuk kita lihat bersama, mungkin kita boleh mendalami seketika apakah objetif perlaksanaan PPSMI ini :

"Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini."

Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.
Mungkin ita boleh sama-sama simpulkan apakah rasional yang diberikan sudah cukup kuat untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Saya kira bagi ibu bapa yang pentingkan prestasi anak-anak mereka hebat di masa hadapan dan mampu bertutur bahasa inggeris dengan baik, pastinya mereka menyokong penuh PPSMI diteruskan. Namun persoalan nya negara-negara seperti Jepun, Korea, Jerman, Russia, France telah membuktikan kehebatan mereka dengan perlaksanaan bahasa masing2 sebagai keutamaan bahasa pengantara berbanding Malaysia yang mengabaikan bahasa kebangsaan mereka. Kesimpulannya, memang perlaksanaan PPSMI mempunyai pro dan kontra dan masih memrlukan idea buah fikiran dari semua pihak disamping tidak mengabaikan masyarakat petani dan nelayan di kampung2.

p/s: Tahniah buat mereka yang berjaya. Penulis didedahkan dengan pembelajaran bahasa inggeris semasa di matrikulasi uia dan main campus uia. Namun, praktik percakapan dan perbualan sekadar diasah setajam2nya semasa mula bekerja. Mungkin bila bahasa tersebut menjadi keperluan, barulah automatik kita lebih fasih dan cakap macam ayaq (bak kata orang utara), Namun sebagai warganegara Malaysia, bahasa pertuturan harian tetap Bahasa Melayu dan inilah bahasa penghubung antara rakyat Melaysia yang berbilang kaum.

0 komen anda:

Islamic Clock

About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates