Friday, November 28, 2008

Solat Dhuha: Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Rezki??

Salam ukhuwwah,


APa khabar sahabat? Tentu sehat-sehat belaka. Selamat bercuti buat sahabat mahasiswa/wi dan adik-adik pelajar sekolah yang masih bercuti. Yang menganggur juga. Lazimnya aktiviti paling seronok masa cuti ialah tido selepas solat subuh. Maklumlah tak perlu ke sekolah atau dewan kuliah. Nak2 lagi mengantuk sebab tido lewat. BAngun solat Subuh dan ambil lajak ke tengahari. Qado tido agaknya.
Saya tertarik dengan suatu kisah sahabat. Saya tidak ingat nama sahabah tersebut, tetapi yang pasti melibat kan dua nama besar sahabah Rasulullah. Suatu hari mereka bermusafir bersama menaiki unta. Maka mereka bertolak selepas solat Subuh. Maklumlah perjalanan jauh maka tentulah memakan masa. Maka tiba di suatu sela waktu, seorang sahabat tersedar bahawa telah masuk waktu dhuha. Maka, beliau pun berhenti lantas mengerjkan solat sunat dhuha. Kita lihat inilah sahabah di zaman Rasulullah terus menerus merebut pahala solat sunat. Apabila selesai, beliau meneruskan perjalanan. Terdetik di hatinya kerana tidak kelhatan sahabatnya berenti untuk turut serta menunaikan solat sunat dhuha sebentar tadi. Maka, beliau meneruskan perjalanan hinggalah sampai ke tempat yang dituju. Sejurus tiba, die disapa sahabatnya kenapa lewat sampai. Maka beliau pon menerangkan beliau berhenti mengerjakan solat sunat. Maka ditanya kembali, tidak terlihat pula sahabatnya itu solat dhuha (dengan husnu dzon seorang sahabat) Maka berkata sahabat seorang lagi bahawa beliau juga menunaikan solat dhuha tp tanpa berhenti, trus dikerjakannya ktika menunggang kenderaannya agar cepat sampai ke tempat yang dituju.
Begitulah kisah dua sahabat yang tekun melaksanakan amalan sunat. Berbeda dengan umat akhir zaman. Yang wajib juga sukar sekali nak melaksanakan. Apatah lagi nak melakukan yang sunat. Nak2 lagi dengan perkara2 haram yang kadangkala menjadi kelaziman.
Berbalik pada topik asal, saya ingin berkongsi perihal solat sunat dhuha. insyaAllah, moga beroleh manfaat bersama.
Mercu tanda skolah yag dah lama di tinggalkan: SMKK
Solat Dhuha :

Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya,
Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu solat Dhuha:

Ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya:

Adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
p/s: Moga kita dapat amalkan bersama. Moga dilimpahkan rezki dan rahmatNya dan cepat kawen (doa untuk sahabat dan diri sndiri. :) insyaAllah.

0 komen anda:

Islamic Clock

About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates