Saturday, September 5, 2009

Isu Kepala Lembu lagi

Salam ukhuwwah...
Selepas berbuka puasa sempat juga tgk berita hari ni. Biasenya saya akan tgk berita tv9 je. Tak berapa suka ngan berita tv1 ngan tv3. Dua-dua sama je, 2x5. Summary je untuk berita penting. Pastu berite yang ada kepentingan dilajakkan. Tak percaya? Try la layan skali. Satu lagi akhbar. Bleh tengok juga la, header utama setiap hari terutama Utusan Malaysia.
Sejak akhir2 ni, dengan agenda merampas kerajaan Selangor oleh kerajaan BeEnd, macam2 isu ditimbulkan. Pertama, isu arak. Kedua, isu kuil. Saya pon tak tahu agenda terselit mereka untuk kucar kacirkan kerajaan sedia ada. Isu arak kita boleh tgkla konklusi mereka menuduh ketidaksepakatan membuat keputusan oleh kerajaan. Walaubagaimanapun, sy tetap bersetuju dengan cadangan Dr Hassan Ali. Kawasan majoriti Islam, larangan jualan arak. (noktah) Sape yang minoriti, nak minum arak, berkorbanla cari kawasan lain atau korbankan minuman tersebut (kalau muslim, paham2 la, dah tua pon xberingat). Ayaq free. Bleh masak. Bio-Aura pun ada.
Di hararakahdaily, ada ulasan berkaitan isu kuil. lihat di sini.
"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." (Surah an-An'am :108)

petikan harakah:

SHAH ALAM, 5 Sept: Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA pagi tadi tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.
Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.
“Jantan dua-dua ekor ini (Tan Sri Khalid Samad dan Khalid Ibrahim) telah menyebabkan orang-orang Melayu dan masyarakat India sudah jadi tidak harmoni. Tapi, disebabkan dua bodoh macam kau, kami (penduduk) raca tidak selesa.” Jamil Mohd Isa.
Beliau yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.
Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Hj. Azmir Md Zain.
“Woi, kaulah pengkhianat…pengkhianat agama lah pukimak!” cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.
Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23. Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.
“Aku tak nak dengar kau cakap. Duduk! Duduk YB bodoh! Duduk.” cemuhnya.
“Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!”
“Bodoh punya wakil rakyat. Bodoh punya MB. Khalid (Ibrahim), kenapa kau cakap terketar-ketar. Kau gagap. Orang gagap tak boleh jadi MB (Menteri Besar)!”
K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."
Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdialog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."
Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.
Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

p/s: Kita rakyat melihat dan berfikir. Apa tindakan kita jika berlaku di kawasan kita. Tidak kira kerajaan BeEnd mahupun PR.? Fikir secara rasional sebagai rakyat negara merdeka kali ke-52.? Persoalan ini  anda sendiri mampu menjawab. Undi di tangan anda. =) Apa jua tindakan, kerajaan perlu kepada kesepakan penduduk. Dialog penting. Supaya tahu apa sebenarnya suara rakyat. Dan menunjukkan pemimpin berani bersemuka dengan rakyat. (Masih menanti bila ADUN lunas mahu buat dialod dengan rakyat yang mengundinya..)




Berkaitan:


Khir: Janji p'raya Pakatan punca masalah kuil (Malaysiakini 4/9/09)
Khir Toyo defends protesters over 'stupid' cow (Malaysiakini 4/9/09)
Mat Sabu ucap tahniah kepada KPN (Harakah Daily 4/9/09)
Khir Toyo says his temple enclave would have prevented row (Malaysian Insider 4/9/09)
Bye-bye, IGP, happy retirement (Malaysia Today 28/8/09)
Temple relocation shelved after chaotic town hall meet (Malaysian Insider 5/9/09)
Chaotic town hall meet produces no solution (Malaysian Insider 5/9/09)
'Muslim sensitivities' an excuse for blatant racism? (Malaysian Insider 5/9/09)
Pindah kuil ke Seksyen 23 ditangguh - MB (Utusan Malaysia 5/9/09)

0 komen anda:

Islamic Clock

About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates