Sunday, September 6, 2009

Puasa sebagai benteng

Salam ukhuwwah..

Menjengah Ramadhan ke-16 , bermakna melintasi fasa 15 terakhir Ramadhan (tahun nie, tggal 13 lagi). Alangkah rugi, jika kita masih gagal memahami puasa yang bukan sekadar berlapar dan berdahaga. Takut2 puasa yang gagal menjadi benteng. Tengok sahaja laman web ustaz Zaharuddin, pelbagai soalan dilontar perihal ketidakmampuan menjaga nafsu. Mengikut nafsu hatta di siang hari Ramadhan ketika sedang berpuasa yang matlamat utamanya taqwa..
Sedang saya merantau menjelajah laman sensawang, terjumpa artikel menarik Ustaz Hasrizal di blognya. Saya petik sedikit untuk renungan bersama.

PUASA SEBAGAI BENTENG


“Wahai sekalian anak muda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan maka bernikahlah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata serta lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” [Muttafaq ‘Alaih]


Itu pesanan Rasulullah Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada anak muda yang berkeinginan tetapi belum berkemampuan.

Mereka disarankan berpuasa kerana puasa itu mampu bertindak sebagai benteng yang menghalang dirinya menjamah larangan Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Namun, mekanisme puasa sebagai benteng perlu difahami. Andai benteng itu hanya benteng sekadar mengempang keinginan, risikonya tinggi. Tembok empangan itu bisa pecah kalau tekanan yang tolak menolak antara air dan empangan dibiarkan tanpa pengawasan.

Tidak makan kerana tiada makanan, itu bukan puasa yang mendidik gelora anak muda.
Tidak minum kerana tiada minuman, itu bukan puasa yang berfungsi mentarbiyyah nafsu yang berkeinginan tinggi.
Sebaliknya jika kita ada segalanya untuk dimakan, lalu kita memilih untuk tidak makan kerana mahu mentaati Allah, maka barulah ia jadi sebuah latihan.
Apakah latihan itu?

Latihan untuk berkata TIDAK kepada sesetengah keinginan diri kerana mahu mentaati Allah. Latihan yang meningkatkan daya kawalan diri.

baca penuh di sini.


0 komen anda:

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates