Wednesday, December 12, 2007

Wang kertas dan penipuan

Sambungan artikel lepas :


Warga Amerika Syarikat, Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan The Federal Reserve Department (FRU) pada 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amenika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) adalah sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.


Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan negara Amerika Syarikat, antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Banking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga had ini, FRB digunakan oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berganda-ganda melebihi kekayaan sebenar.


Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British menguasai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.


Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929.


Pada 1944, muncul pula Perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.


Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata Wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetony Fund (IMF) pun ditubuhkan.


Pada 1948, negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara berdaulat di tengah-tengah negara Palestin yang sah. Seterusnya, pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Richard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah defisit imbangan pembayaran yang berterusan.


Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat dan dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun, Amerika Syarikat licik bertindak dengan cara memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.


Selepas 15 Ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa Permintaan dan penawaran pasaran tukaran asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IME. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran, maksudnya, “Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Taghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah’ (anNisaa, ayat 76).

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, fraksi, sebakul barangan dan lain-lain). Nilai yang dicetak di alas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya.


Ia hanyalah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semestinya menunaikan ‘janji’ itu. Atas dasar inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, ‘Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai...’ Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar di sebalik wang kertas ialah a sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap kertas ini, ia pun menjadi tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.


Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan,, mata wang sesebuah negara yang dilanda krisis akan hancur lah wang kertas, dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘dolt Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.


Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank alau institusi kewangan dan kad plastik digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh spekulator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusiaan.


Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramalkan menjadi lebih buruk berbanding krisis pada tahun 1929.


Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan can tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.


Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenangnya tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa. Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat itu akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama seperti sepuluh tahun lalu. ini menjadikan nilai wang kertas (fiat) hanya terletak pada barangan yang kita beli pada had ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM1,000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM2O,000 sebulan pun belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan - terutama rumah - menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.


Orang sekarang bekerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi kewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dan hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.


Bagi melindungi golongan tidak berada, kerajaan terpaksa mengambil langkah-langkah seperti mengawal harga barangan makanan asasi yang dikeluarkan oleh sektor pertanian. Namun begitu, langkah ini menyebabkan ketidakseimbangan ekonomi. Bagi mengimbanginya kerajaan terpaksa menaikkan harga barangan di sektor pembinaan. Kesan nyata adalah meningkatnya harga rumah sehingga menyebabkan rumah-rumah kediaman menjadi semakin kecil dan sempit. Saiz rumah yang kecil kemudiannya mengundang pelbagai masalah sosial terutama di kalangan remaja. Kawalan harga di sektor pertanian juga menyukarkan kehidupan para petani. Pemberian pelbagai jenis subsidi kepada golongan petani tidak begitu membantu mereka.


Jelas, wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila kongres Amerika Syarikat meluluskan penubuhan ERD dan Amerika Syarikat mengadakan Perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’.


INI LAH PENIPUAN TERBESAR DALAM SEJARAH MANUSIA.


p/s : Artikel ini dipetik dari majalah milenia. Terima kasih kepada Milenia kerana telah membongkar kisah wang kertas yang sebenar.

Senjata menentang Riba

Dinar Emas Kelantan Dilancar 20 Sept

0 komen anda:

Islamic Clock


About Me

My photo
Seorang bekas pelajar kejuruteraan di ipta tempatan ... To become success Muslim engineer.. SKSL 1999-1996 SMK Kulim 1997-2000 KISAS Klang 2000-2001 Matric UIA 2002-2004 UIAM 2004-2008 SCICOM 2008 Infineon Technology 2008-...

Ayuh ke Masjid

Ayuh ke Masjid

Sembang sembang


ShoutMix chat widget

Senyum Da'ie

Senyum Da'ie

Personaliti

Click to view my Personality Profile page

Pelawat

Pelawat


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Terima kasih kerana melayari ibnuishak.blogspot.com
Template by ibn_sabil | blog Blogger Templates